HATI YANG SETIA

PRE ORDER 
RM40 SM / RM47 SS
termasuk postage

SINOPSIS
Perkahwinan pilihan keluarga. Tapi, bukan tipikal kahwin paksa. Dia terima Haider sebagai suami dengan rela hati demi usia yang sudah lanjut. Helena fikir, senang sikit bila kahwin dengan orang yang dia tak kenal. Dia tak perlu layan seperti seorang suami. Malangnya, sangkaan dia jauh meleset.

Berkahwin dengan Haider, ibarat humban diri sendiri ke mulut buaya. Huru-hara! Muka nampak cool, tapi miangnya kalah ulat bulu.

"I manusia biasa. Lelaki yang ada nafsu. Takkan I nak tengok saja ikan tergolek depan mata." - Haider

Gila apa nak 'bersama' dengan orang yang dia tak cinta. Berkahwin dengan random lelaki, itu dah kerja gila dia pernah buat. Dan dia takkan buat kerja gila kali kedua!

"Kita berkahwin sebab mama je tau. Jangan berangan lebih. I tak cintakan you. " - Helena

"Cinta tu nombor dua. Yang penting, you sihat. I kuat. Maka, lahirlah cinta kita." - Haider.

Haider yang kuat menyakat. Yang suka mengusik. Tanpa sedar, hati terpaut suka dalam diam. Namun, nak mengaku, belum terlintas sebab dalam manis bicara Haider. Ada racunnya. Kadang kala, hati tisu mudah terasa.

"Bangun subuh, Helena. Neraka dah nganga mulut dah. Sikit lagi nak kena jilat api."

Disebabkan mulut laser dia tu, Helena simpan perasaan sayang jauh jauh dalam hati. Dia agungkan ego, hambakan perasaan. Lantas, hati Haider mula menjauh. Usaha seorang suami mula pudar. Tambahan pula, ada bunga sedang mencuit hati sang lelaki.

"Dia bukan isteri. Tapi, dia pandai bagi kasih sayang yang I cari selama ini."

Helena terngadah. Hati mula tercabar apabila dia terpaksa bersaing dengan wanita yang tarafnya lebih rendah daripada dia.

"Jom lahirkan 'cinta'. I tak suka buang masa."

Dek kerana takut kehilangan, dia mula merelakan. Menggoda Haider dengan caranya tersendiri. Rela bertukar jadi perempuan paling seksi demi melawan sang penyondol seksi tak tahu malu. Buang segala ego, simpan sikap malu, dia menjadi seorang penggoda.

"I tak suka tanah kebun yang I jaga, kena sondol dek Bab1. Penat-penat I bercucuk tanam."

Siapa sangka, isteri yang pemalu rupanya penggoda kelas atasan. Haider mula terbuai. Malangnya.. Di saat kebahagiaan mula menghampiri, satu kemalangan berlaku memisahkan mereka.

Tanpa rela, Jiwa direntap pergi.. Hati yang setia kini mati seiring waktu berlalu.

PRE ORDER TILL 30 OCT

No comments:

Post a Comment