WELCOME! MR HUSBAND

RASMI PREORDER NOVEL WELCOME! MR HUSBAND
-
*Free gift untuk 100 yang terawal 🤩
*Bonus cerpen kat belakang novel.
Pre order 13/9 sehingga 15/10
*Harga RM30(sm)/RM34(ss) sudah termasuk pos.
*pengeposan hujung bulan 10.
-
*AWAS! INI CERITA AIR MATA.

Teaser #1 Welcome! Mr Husband.
***
“Love.”

“Ya?”

“Kenapa dalam hati awak tu ada saya?”

“Sebab awak kesayangan saya yang pertama dan terakhir.”

“Kalau saya berangkat dulu ke negara abadi? Saya tetap akan jadi yang terakhir ke?”

“Dah awak yang terisi kat situ. Mana boleh saya nak halau. Biarlah selamanya kat situ.”

“Tapi...”

“Syhhh. Bukan pasal pertama dan terakhir. Tapi hati saya ni selamanya untuk awak. Allah bagi bidadari pun saya hanya nak awak.”

“Allah yang pegang hati kita love. Kalau Dia ambil saya dulu, saya tak salahkan awak kalau awak pilih orang lain. Sebab awak layak untuk bahagia.”

“Nak saya bahagia? Jangan tanya soalan yang bukan-bukan.”

“Tengok tangan saya ni. Dah kecut. Tinggal kulit je. Bibir saya ni. Pecah-pecah. Tak merah macam dulu dah. Muka saya tak flawless dah. Dah cengkung. Badan saya dah kurus kering. Tak cun macam mula-mula kita kahwin. Rambut saya dah nak habis. Banyak gugur. Saya rasa macam saya ni dah tak berguna untuk awak.”

“Sayang. Macam mana saya pandang awak dulu, sikit pun tak berubah. Saya bertahan sebab rasa cinta tu tak pernah padam. Mungkin fizikal awak dah berubah. Tapi hati awak masih hati yang sama. Awak ajar saya banyak tentang rasa bahagia. Tak patut ke saya terus setia? Saya nak jadi suami yang awak akan cari saya kat dalam syurga.”

Dipeluk isteri yang dinikahi enam bulan lepas. Dugaannya berat. Hatinya masih mencintai. Semakin mendalam sehari demi hari yang mereka tempuh. Bukan kerana kasihan. Tapi kerana dia betul-betul mencintai.
***
Teaser #2 Welcome! Mr Husband.
***
“Sayang nak pergi mana ni?”

“Nak mandi. Rasa tak selesa.”

“Kenapa tak panggil saya?”

“Takpe. Saya boleh.”

“Awak tanggungjawab saya sayang.”

Terus dicempung badan isterinya. Dibawa ke bilik air. Kiara hanya tunduk. Dia rasa sangat rendah diri.

“Sayang.”

Anas memanggil. Kiara angkat wajah dan cuba senyum.

“Tak suka ke saya layan macam ni?”

“Saya segan. Saya dah tak cantik.”

Anas sentuh bibir itu dengan jarinya. Dia senyum. Diusap pula pipi dan disentuh alis mata dengan sentuhan yang paling lembut. Digosok belakang badan isterinya perlahan bersama sabun di tangan. Dipegang jari yang sudah tidak bermaya seperti dulu.

“Awak akan tetap cantik untuk selamanya. Saya takkan lupakan kecantikan awak sampai hujung nafas saya.”

Kiara pandang badan sendiri yang berada dalam tab mandi. Apa kebaikan yang dilakukan oleh dirinya di atas dunia ini sehingga dia dikurniakan suami sebaik Anas. Air matanya menitik. Anas sapu dengan jarinya. Dia senyum lagi.

“Sayang. Jangan menyerah. Jangan kalah dengan ujian yang Allah sedang bagi ni. Kita tempuh je bersama. Kita jadi pasangan yang paling bahagia untuk masa yang kita ada.”

Kiara genggam tangan Anas dengan kudrat yang dia ada. Tenaganya hanya tinggal sisa. Tapi, semangat dan cinta Anas yang diberikan padanya, dia rasa dia mampu hidup lebih lama daripada yang semua orang jangka.

“Saya nak mandi sama boleh?”

Kiara angguk. Anas turut masuk ke dalam tab mandi. Dia peluk Kiara.

“Esok-esok kalau saya mati, awak carilah pengganti.”

“Kat dunia ni cukuplah saya hanya ada awak.”

Anas genggam lagi tangan isterinya. Dia kucup perlahan. Didekatkan pula wajahnya pada bibir Kiara. Isterinya mengelak.

Sumpah demi Allah. Dia segan. Segan bila Anas mahu menyentuhnya. Tangan Anas singgah lagi di bibir Kiara. Rasa berbeza dari dulu. Terasa kulit bibir itu kering dan pecah-pecah.

“Love.”

“Ermm.”

“Terima kasih masih sudi bahagiakan saya. Masih sudi dan setia jaga saya yang macam ni.”

“Ujian ni untuk kita berdua. Macam saya cakap tadi. Kita buat semua perkara yang buat kita bahagia.”

“Kalau macam tu saya nak mintak something boleh?”

“Apa dia sayang?”

Kiara palingkan badan. Dia memeluk erat badan suaminya. Memeluk hanya dengan sisa tenaga yang dia ada. Diletakkan kepala pada dada bidang Anas.

“Satu perkara yang akan buat saya jadi isteri dan insan yang paling bahagia. Nanti, bila dah tiba masanya, saya nak meninggal dalam pelukan awak.”

Anas tidak menjawab. Dia diam. Kiara dapat mendengar degupan jantung Anas berubah laju. Dia senyum. Pahit macam mana sekalipun, dia tahu masanya akan tiba. Anas perlu bersedia. Dikucup dada yang tidak berbaju itu dengan perlahan. Memujuk supaya jantung Anas kembali berdegup normal.
***
Teaser #3 Welcome! Mr Husband
***
“Sayang okey tak?”

Anas risau tengok wajah Kiara berkerut.

“Dada ni rasa ketat.”

Anas urut perlahan-lahan dada isterinya. Kiara terbatuk. Kiara tidak sempat mengelak bila batuknya bersembur dan keluar darah yang mengenai tepat di wajah Anas. Dia menggeleng kepalanya berkali-kali bersama tekak yang terasa perit. Meminta maaf secara isyarat kepada suaminya.

“Takpe sayang. Sayang okey tak ni? Kita pergi hospital sayang.”

Kiara geleng.

“Takpe. Benda ni kan dah biasa.”

Anas sapu bibir isterinya yang masih ada sisa darah. Di wajahnya pula Kiara yang mengelap. Dihulurkan air yang ditiup dengan sedikit bacaan ayat Al-quran. Berharap agar kesakitan Kiara sedikit berkurang. Kiara minum. Separuh air di dalam gelas melepasi anak tekaknya.

“Sayang okey?”

Kiara angguk.

“Lega dah sikit rasanya.”

Nafasnya sedikit tercungap-cungap. Anas urut lagi dada Kiara. Memang hal itu sudah biasa terjadi pada mereka. Kiara selalu batuk berdarah sejak seminggu yang lepas.

Kiara pandang Anas dan dia senyum. Lelaki itu tak pernah tinggalkan dia selama dia sakit. Tak pernah sekalipun lelaki itu membiarkan dia sendirian.

Anas mencium pipi kanan Kiara.

“Semoga kesakitan sayang cepat hilang.”

Dicium pula pipi kiri.

“Semoga sayang cepat sembuh dan kita boleh travel satu dunia.”

Dicium pula dahi.

“Semoga Allah letakkan darjat sayang setinggi-tingginya kat sisi Dia sama macam tingginya sayang kat hati saya.”

Dicium pula bibir Kiara.

“Love.”

Kiara sedikit tak selesa. Dia palingkan wajah.

“Kali ni tak dapat elak kan? Padan muka.”

Anas ketawa.

“Sayang selamanya cantik kat pandangan saya. Bibir ni, kering macam mana pun, sayang sentiasa basahkan dengan bacaan ayat suci. Allah suka. Saya pun suka.”

Sekali lagi dia mencuri merapatkan bibirnya ke bibir Kiara.

“Semoga Allah tukarkan kesakitan sayang pada saya.”

Kiara kaget. Dia terus letakkan tangannya di bibir Anas. Kepalanya digelengkan.

“Jangan pernah cakap dan doa benda macam tu. Sewaktu awak cakap awak nak kahwin dengan saya walaupun tahu yang saya sakit, masa tu saya dah sangat redha dengan takdir saya. Saya rela sakit macam mana sekalipun asalkan Allah bagi awak pada saya. Saya tahu saya kejam dengan awak sebab saya tahu saya akan susahkan awak. Saya mintak maaf.”

Anas ambil tangan isterinya dan dia kucup penuh kasih. Penuh rasa cinta.

“Saya tak pernah rasa susah untuk orang yang paling saya sayang. Hanya ada rasa cinta je yang membuak kat hati ni.”

“Terima kasih Love.”

“Sayang baring la.”

“Bantal saya kat situ. Macam mana nak baring.”

Ditunjukkan tangannya pada dada Anas. Lelaki itu senyum. Dia segera berbaring supaya Kiara dapat rebahkan badan.

Ya Allah. Kau pinjamkanlah dirinya sekejap lagi untuk aku. Bukan untuk diri aku tapi demi dia. Izinkan aku bahagiakan dia sehingga dia boleh menerima aturanMu dengan hati yang sangat tulus untuk pergi menghadapMu. Kau ringankanlah kesakitannya. Jadikan aku suami yang mampu untuk iring dirinya menujuMu dalam senyuman.

Anas sapu air mata yang meleleh dari tubir mata. Dia tahan nafas. Tahan suara. Tidak mahu Kiara tahu yang dia menangis.
***
Sinopsis Welcome! Mr Husband
***
Anas suami yang sangat bahagia. Namun tiba-tiba dia diuji dengan kehilangan Kiara. Setelah itu dia menjadi lelaki yang alergik dengan cinta. Dia tak mampu untuk menahan rasa sakit kehilangan.

Medina telah banyak melihat kasih sayang yang telah terlahir dalam rumahtangga arwah kakaknya. Dia tidak pernah berjumpa lelaki seperti Anas. Pencinta luar biasa. Bekas abang ipar itu perlu ditawan hatinya. Dia bukan mahu menjadi pengganti Kiara. Tapi dia mahu Anas menjadi dirinya yang dulu dengan harapan lelaki itu akan membalas cintanya.

Medina membuat perancangan. Dia mengahwini Anas kerana tidak mahu lelaki itu terlepas ke tangan orang lain.

“Aku terima D bukan sebab cinta. D pernah jadi adik ipar aku. Aku tak tahu macam mana D boleh suruh mama untuk satukan kitorang. Aku terima D sebab aku dah penat. Malas nak pikir apa-apa. Aku tak boleh nak cintakan D. Cinta tu dah mati untuk arwah isteri aku” - Anas

“Sukakan manusia, memang terseksa. Tapi kalau kau sukakan Allah, Dia bagi banyak benda pada kita. Trust me.” - Sean

Medina cuba menggoda suaminya supaya lelaki itu tidak terus hidup dalam kesakitan. Dia mahu mereka bahagia.

Medina tahu cintanya sejati. Dia yakin Allah akan lembutkan hati milik Anas. Berkali disakiti, berkali ditolak, semuanya terasa bukan apa-apa bila sekali Anas mencintai.

“Aku malas nak ambik tahu apa yang orang nak cakap. Aku ikhlas nikah dengan Anas. Mulai sekarang ni aku nak amalkan sikap pergi mampus tentang apa orang nak cakap. Aku nak jaga Anas sampai Allah tarik semua sakit yang pernah dia rasa.” - Medina

“One is enough. Two is too much. Kalau dah sampai kali ketiga dia tak layan kau, baik kau gantung diri je la. Geram pulak aku.” - Zana

Kadang-kadang untuk mencintai, kau hanya perlu ikut rasa hati. Salah atau betul tak pernah ada bila kau serahkan segalanya pada Dia.

atau

No comments:

Post a Comment