HATI BERBUNGA CINTA ~ MUN LINZ

LIMITED EDITION
HATI BERBUNGA CINTA 
RM43 SM / RM53 SS
termasuk poslaju
BAKI STOK TERHAD
“Ainul, saya minta maaf di atas kesalahan saya masa zaman sekolah dulu. Harap awak jangan simpan dalam hati ya.”
“Kalau saya simpan juga?
“Janganlah macam tu. Biasalah zaman remaja, zaman nakal. Awak pun dah tak macam dulu. Sekarang dah lawa. Mesti beratur pakwe ni.”
Ainul mengerling manja. Biar ramai yang beratur, hatinya masih tidak boleh merupakan Arman. Tak sangka pula hari ni boleh terjumpa semula dengan lelaki yang pernah mentertawakan kehodohan dirinya ketika di zaman sekolah dulu. Rupa paras Arman masih lagi seperti dulu. Malah semakin kacak. Rasa-rasanya kalau digandingkan dengan Ainul memang sepadan sangat. Bagai pinang dibelah dua.
“Awak pun apa kurangnya. Buah hati orang mana?” Ainul mula menjalankan jarum. Sengaja memutar-belitkan soalan. 
“Orang kampung saya juga. Nama dia Ayu.” 
“Oh…” Ainul memalingkan wajah ke arah lain. Hati yang sudah memaafkan terluka kembali. Terasa penantiannya selama ini sia-sia sahaja.
‘Tak boleh! Aku takkan benarkan mana-mana perempuan dekat dengan dia. Arman aku punya.’ Ainul nekad di dalam hati. Kalau tak dapat dengan cara baik, banyak cara lain yang boleh diusahakan.
“Ainul. Boleh bagi alamat? Senang nanti nak hantar kad jemputan.”
“Boleh. Bagi nombor telefon awak. Nanti saya hantar alamat saya ke Whatsapp.”
Jemari Ainul begitu lincah menekan nombor-nombor yang Arman Danial berikan. Sebaik sahaja nombor di masukkan aplikasi Whatsapp, terpampanglah gambar kacak Arman di skrin telefon Ainul Batrisya.
“Huh! Nak hantar kad jemputan ya. Tunggulah dalam seminggu. Bukan kad jemputan yang sampai, tapi cincin nikah. Siaplah kau, Arman Danial…”

No comments:

Post a Comment