BIRTHDAY SALES


Assalamualaikum. Sales ni dilanjutkan lagi 2 hari. Sudah 200 lebih terjual dalam tempoh promosi.
-
GRAB YOURS NOW.
-

Buku self publish. Jualan online sahaja. Takde kat kedai. Penulis tidak menerima sebarang review yang negatif. Buku best. Sangat berbaloi beli dengan harga promosi yang runtuh berganda ni.

Nak tunggu? Korang takkan dapt harga ni kat mana2. Jangan menyesal. Nanti nangis bucu katil. ðŸ¤­ðŸ¤­Stok makin susut. Ni serius nak clearkan stok sebab penulis nak pindah rumah. Tak reprint dah.

Tak tahu nak pilih yang mana? Better pilih semua.🤭🤭. Boleh kongsi pos untuk 3 buah buku. Jimat berbaloi2.
Jom layan blurb kat bawah.

Blurb Suamiku...Mr Spicy 2
***
Noah dan Farihan menjalani kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri yang dilimpahi kebahagiaan. Semua yang telah berlaku untuk kehidupan sebelumnya banyak mengajar mereka agar saling menghargai.

Kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan. Farihan terjerat dalam situasi yang tak dijangka oleh fikirannya. Kemunculan kembali seorang emak dan kekasih wanita itu yang pernah meninggalkan hutang kepada keluarganya membuatkan hidupnya mula huru hara.

Noah bukan lelaki yang penyabar apabila dia diuji dengan kehilangan insan yang dia sayang. Dia kembali menjadi lelaki yang pedas dalam setiap tindakan. Demi orang yang dia sayang, dia sanggup menjadi racun kepada sesiapa sahaja yang dirasakan tak berguna kepadanya.

Mencintai Farihan sudah seiring dengan nafasnya. Ada yang sengaja mencari hal, manusia itu akan menyesal. Cintanya selalu membara. Kerana dia insan yang mencintai dengan penuh setia.

“Sayang tak nak abang berubah jadi diri abang yang dulu. Kita terima takdir ni sebagai ujian untuk kita hargai hidup ni sama-sama.”- Farihan

“Bagi abang masa untuk damaikan kembali cinta kita. Biar semua parasit tu tak wujud lagi sampai bila-bila.” - Noah

Sekali mencintai, dia boleh menentang apa pun dengan auranya. Apa yang dirampas dia berikan pembalasan dengan caranya. Cuma satu yang dia cuba untuk menerima.

“Tiada yang hilang bila ia kembali ke tangan Tuhan.”
***
Blurb Kekasih Halal Ekspres SE
***
Hidup dalam ikatan pernikahan yang tak pernah dia suka membuatkan jiwa Azifa Ilani terjerat dengan perasaan yang berombak dengan rasa yang tak pernah mendamaikan. Jiwanya lebur bila dia dinikahkan dengan orang yang dia tak pernah kenal. Semuanya menjadi payah dan dia terperangkap dengan status isteri yang dibawanya ke mana sahaja.

Rasa cinta yang sangat mendalam pada tunang yang telah pergi membuatkan dirinya seperti hidup dalam mati. Tidak mudah untuk dia menelan semua payah ujian yang terhidang. Bukan semua orang mampu menahan air mata dengan dugaan yang datang. Dia menidakkan hak seorang suami.

Pertama kali Azhad Zairy memandang Azifa Ilani, hatinya terpaut. Wanita itu insan yang paling tepat untuk dia jadikan suri di hatinya. Dia nekad menggunakan kuasa wali abang wanita itu untuk menikahkan mereka. Niatnya ikhlas. Hanya disebabkan cinta yang telah melekat kemas di dada.

Kemunculan lelaki bernama Nizam membuatkan wanita itu hampir pitam. Keajaiban apa yang dijamah oleh pandangan matanya? Dia teruji lagi. Lelaki itu sangat mirip dengan tunang yang telah pergi.

Dia nekad untuk melarikan diri dari segalanya. Sakit itu tidak bisa lagi dihadap. Dia perlu balik kembali ke tempat asal segalanya bermula. Meninggalkan suami dan lelaki yang bernama Nizam.

Banyak hati yang terkoyak dengan jalan yang perlu mereka terima. Semuanya merangkak perlahan-lahan dan masuk ke dalam jubah kehidupan yang perlu mereka tempuh. Cuma satu perkara yang perlu mereka sedar.

Mereka tidak boleh menidakkan takdir.
***
Blurb Suami Paling Menyesal
***
Anggerik Ufaira dan Matin Rauf disatukan atas perancangan orang tua mereka. Walaupun mereka telah lama saling mengenali tapi tak pernah bercakap sesama sendiri. Atas sebab menjaga hati mamanya, Anggerik menerima Matin sebagai suami.

Matin pula terpaksa menerima kerana harta yang dijanjikan oleh papanya. Papa Matin mempunyai pelbagai agenda terhadap perkahwinan itu. Dia tidak mahu keturunannya mempunyai zuriat daripada darah daging Anggerik. Selepas dua tahun berkahwin, Anggerik disahkan hamil.

Matin menjadi lelaki kejam yang mahu membunuh nyawa di dalam perut isterinya. Anggerik menjadi wanita yang bangkit dengan sepenuh kekuatan. Dia berusaha sedaya upaya mempertahankan anaknya. Sehinggalah suatu hari dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dari Matin. Hidupnya selepas itu diselamatkan oleh seorang lelaki 'superhero' bagi Anggerik.

Satu persatu hal yang sepatutnya diketahui Matin dari dulu telah terbongkar. Dia menjadi lelaki yang gilakan Anggerik. Rasa bersalahnya di bawa ke mana-mana bersama pencarian Anggerik. Tapi tak semua orang mampu mendapat peluang kedua.

"Saya tak pernah tahu macam mana rasanya bahagia. Bila dia datang dah bahagiakan saya baru saya rasa nak hidup dan saya rasa yang saya ada kehidupan. Kenapa awak pula muncul dan bercakap pasal sayang? Sebelum ni saya apa? Pelacur?" - Anggerik

"Abang tahu sayang sakit. Abang tahu abang takkan dapat tebus semua salah yang abang dah buat. Abang suami paling tak guna. Abang menyesal. Tolong izinkan abang bahagiakan sayang." - Matin

Lafaz cerai secara baik atau fasakh! Itu pilihan yang diberikan oleh Anggerik. Matin merasa terbunuh dengan perasaannya sendiri. Dibuang segala ego dan digali semula hatinya untuk dia buktikan pada Anggerik tentang sesuatu. Sesuatu yang Anggerik perlu tahu sejak lama dulu. Hati lelaki itu telah lama mencintainya.
***
Blurb Mr Ex Gila Talak.
****
Qis Delisha dan Luth Riyadh pernah melalui zaman bahagia. Mereka bercinta sejak zaman universiti. Kerana rasa cinta, mereka bersama-sama membina masjid. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua minggu. Semuanya kerana kisah silam Qis yang dibongkar buat pertama kali. Lelaki yang bernama suami itu tidak dapat menerima. Qis dihina dan dicaci maki. Akhirnya talak dijatuhkan.

Belum pun habis idah, Luth mengetahui perkara sebenar tentang kisah silam Qis. Dia menjadi lelaki gila talak. Dipujuk rayu jandanya untuk kembali rujuk. Hati Qis hancur. Tak mungkin semudah itu dia termakan pujuk. Luth pula tak pernah putus asa bagi menambat kembali cinta Qis.

Lelaki yang dekat dengan jandanya akan dilanyak menjadi belacan. Strateginya sentiasa ada. Luth gunakan senjata cinta mereka. Jimmy. Merupakan seekor iguana yang dibela oleh mereka dengan penuh kasih sayang. Luth mampu menjadi lelaki yang paling gila. Mampu menjadi lelaki yang paling romantik.

"Otak aku ni tengah bergegar. Kalah gempa bumi. Jangan duk semakkan kepala aku boleh tak? Sekali aku benci, muka bapak hensem pun aku tak ingin. Jimmy lagi hensem." - Qis Delisha

"Betul tak nak abang? Kang abang ban diri sendiri dari duduk kat bumi ni, abang pergi stay marikh. Susah-susah pulak sayang nak cari doktor gila. Abang tak nak sayang meroyan sensorang. Sayang tak boleh hidup tanpa abang kan?" - Luth Riyadh.

Macam apa pun Qis menghalau, Luth tetap menjadi lelaki yang tak faham bahasa. Dia mahu title janda yang dipegang Qis akan dihapuskan dengan title duda yang dipegangnya. Dia yakin jodoh mereka kuat. Dia pernah khilaf kerana melepaskan Qis. Dia janji dengan dirinya yang dia akan jadikan perempuan itu wanita yang paling bahagia.

Biarlah digelar gila talak. Dia rela demi Qis Delisha.
***
Blurb NAIN
***
Aishah adalah wanita sempoi yang sikapnya sentiasa membuatkan sesiapa sahaja yang dekat dengan dirinya akan merasa senang. Satu malam dia diragut dan tidak sedarkan diri. Bila dia bangun, dirinya bukan lagi berada pada tahun 2019. Dia telah berada lapan puluh sembilan tahun ke belakang. Iaitu pada tahun 1930. Tak dapat nak diterima logik akal, dia terpaksa meneruskan hidup di zaman yang di luar kotak fikirannya. Semuanya berubah 360 darjah.

Saat pertama kali melihat Zulkarnain, lelaki itu telah membuatnya jatuh cinta. Pada zamannya, dia bukan jenis seorang wanita yang senang untuk menyayangi seseorang. Tapi Zulkarnain ada auranya yang tersendiri. Sungguh! Dia mencintai lelaki itu. Zulkarnain lelaki yang tidak percayakan cinta. Dia manusia kaku. Tapi Aishah wanita pertama yang mengajarnya untuk bercinta.

“Kenapa Aishah suka memanggil aku dengan nama Nain? Tidak ada yang pernah memanggil aku dengan nama itu. Ikutlah seperti orang lain. Namaku Zulkarnain. Kekalkan seperti itu.” - Nain

“Sama seperti apa yang kau rasa. Gelaran kepada aku Aish. Kenapa dipanggil Aishah? Kau suka macam tu kan? Sama juga seperti aku. Aku suka memanggil kau Nain. Biarlah nama kau terus special seperti specialnya kau di hati aku.” - Aish

Cinta mereka mula berputik. Mereka bahagia walau ditentang oleh wanita yang mencintai Zulkarnain. Saat lelaki itu mahu melafaz akad, Aishah ‘dipanggil’ untuk kembali ke zaman yang melahirkan dirinya. Cinta mereka disekat takdir.

Aishah kembali sedar tapi kali ini dunianya tanpa Zulkarnain. Kenapa perlu perjalanan hidupnya sebegitu setelah dia mendapat cinta yang tak pernah dia bayangkan. Mereka terluka dengan ujian. Tapi...hikmah yang Allah sembunyikan tidak pernah mereka tahu.

Jangan pernah bersangka buruk dengan Tuhanmu. PerancanganNya bukan yang baik tapi yang terbaik untukmu.


No comments:

Post a Comment