RHAPSODY - Hayati Ahmad.

🌹RHAPSODY - Hayati Ahmad. (baru)

PRINT 300 UNIT SHJ



random teaser
🌹Aku pandang wajah Ben. Sekali lagi dia mengusap wajahnya dengan telapak tangan.
“Are you ok.”
Ben angguk. Nampak sangat aku sudah kena tipu.
“Orang rasa tak perlulah sampai nak bercerai. Benda boleh bincang kot.”
Ben tidak menjawab, sebaliknya mengambil kembali lembaran kertas tersebut lalu memasukkannya kembali dalam sampul. Dia bangun lalu meletakkan sampul itu di atas meja. Mata aku tidak lari dari melihat tindak-tanduk Ben.
“Tidurlah, esok nak kerja.” Ben mengingatkan aku seraya merebahkan diri di atas katil.
“Hmm, yelah.” Aku keluar dari bilik. Tutup pintu bilik Ben rapat-rapat lalu bersandar di pintu. ‘Takkan dia sedih kot. Kan dia yang beriya hendak kahwin dua?’ Tidak faham aku.

Aku tak pernah sentuh kau sejauh itu. Bukan aku tak nak. Tapi aku cuma nak penjelasan. Siapa ayah baby tu.
Suasana terjeda seketika. Mungkin Ben sedang mendengar perbualan dari pihak sana pula.
Betul, kita boleh berpisah. Tapi aku tak nak kehidupan kau akan terabai selepas ni.

Senyap lagi.
No!
Suara Ben menengking agak tinggi! Terkejut aku.
Aku ok dengan apa yang kita dah lalui. Aku pun banyak silap. Banyak buat salah kat kau. Dan aku minta maaf. Tapi aku tak sanggup bila dengan kau, tapi aku masih membayangkan dia. Itu khianat namanya.

Erkk, dia tu aku ke? Terkebil-kebil aku cuba menghadamkan kata-kata Ben. Kan seronok kalau aku dapat dengar dari kedua-dua belah pihak. Barulah aku dapat nilaikan dengan adil dan saksama. 
Suasana terdiam lagi untuk seketika. Aku merapatkan terus telinga ke pintu. Bukan saja rapat, malah tersandar ke pintu dengan kepala yang terteleng. Punyalah syok kerja menelinga ni ye. Asyik!
Kau balik sini dulu. Kita bincang semuanya dengan tenang. Jangan terburu-buru macam ni.
Sepi lagi. Aku terus pasang telinga. Masa macam ni aku betul-betul mahukan telinga capang macam piring Astro. 
Beberapa ketika berlalu, Ben masih berdiam. Sekarang ni Sophie nak balik ke Malaysia ke? Soal aku kepada diri sendiri. Dia mengandung? Lagi satu persoalan muncul. Haih, cerita tergantung. Spoil betullah!
Krett!
“Auuw!” Aku hampir tertiarap ke lantai. Pintu bilik Ben tiba-tiba saja terbuka ketika aku sedap-sedap bersandar pasang telinga mendengar perbualannya.

“Apa ni!” Aku tengking Ben.
Ben kelihatan tercengang sambil menahan tubuh aku.
“Beratnya!”
Cepat-cepat aku tolak semula badan Ben yang aku terpeluk tadi.
“Mana ada berat, 56 kg je. Choiii!” Aku terus berlalu meninggalkan Ben.
“Dik!” Lenganku ditarik.
“Apa lagi?” 
Aku tarik lenganku dari pegangan Ben. Tapi Ben lagi pintar menarik aku lalu memeluk kemas pinggangku. Ingat nak menari tangoke?
Nafas Ben terasa hangat menerjah leherku saat dia menempelkan wajahnya ke sisi pipi aku.
“Temankan abang malam ni.” Ben berbisik.
Aku telan air liur. Tapi pada masa yang sama aku mengikut saja bila dia tarik aku masuk ke biliknya.
atau

No comments:

Post a Comment