KOMBO SEKSIS

PREORDER DIBUKA
Cetakan terhad 300 set sahaja‼ 
KOMBO SEKSIS 🔥 
#RHAPSODY RM30SM/RM33SS 

#LUMPUHKANINGATANKU- RM35SM/RM38SS
#HARGAKOMBO RM60SM/RM65SS
#POSTAGERM8
-
P M / www.wasap.my/60189666752/KOMBOSEKSIS
P M / www.wasap.my/60189666752/lumpuhkanIngatan
P M / www.wasap.my/60189666752/rhapsody
-
LUMPUHKAN INGATANKU🔥
“Papa nak abang kamu menikah. Dan kamu bertanggungjawab buat Aleesya jatuh cinta pada Dani.” - Datuk Nadim.


“But papa..”- Farid.



“Tak ada tapi-tapi. You must do it.. You are our last hope. Papa nak hari ini kamu pergi jumpa Aleesya dan buat dia jatuh cinta dengan kamu..”- Datuk Nadim.



Aleesya Eveline, satu nama yang tidak asing lagi didunia hiburan tanah air. Namun disebalik wajah yang cantik dan berbakat itu, tersimpan satu rahsia hati yang dipendam sejak sekian lama. Walaupun dirinya sering dikontroversi dengan pelakon terkenal Hakimi Reza, hatinya setia menanti yang satu.



Putra Farid Danish, berbeza dengan abang kembarnya. Dia inginkan keluarganya kembali bersatu. Sebaliknya buat Putera Farid Dani yang hidupnya penuh dengan kegelapan. Hidupnya sentiasa dikelilingi ‘bidadari’ dunia di kelab malam. Dia tidak dapat memaafkan dirinya diatas kehilangan dua wanita paling penting dalam hidupnya. Dia bencikan dirinya sendiri. Dia bencikan papanya. Dia bencikan semua orang!



“Wow.. I can't believe this.. Cita rasa papa memang tinggi. Dani ingat papa akan cari perempuan biasa-biasa je untuk Dani tapi tak sangka Aleesya Eveline yang papa carikan. Bravo! Your plan is excellent papa. I'm proud of you.”- Dani.



Demi melihat kembarnya bahagia. Farid akur dengan rancangan gila papanya tanpa mengetahui agenda sebenar si bapa dan abangnya.
Namun bagaimana pula dengan empunya diri? Mampukah Dani dan Aleesya hidup bersama dengan perangai Dani yang tidak dapat menerima mana-mana wanita menggantikan dua orang wanita kesayangannya. Mampukah Aleesya menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya telah menikah dengan Dani, bukannya Farid setelah semuanya terbongkar nanti?

==========================

#RHAPSODY 🔥
SEBAIK sahaja doktor menolak tirai katil tempat merawat pesakit, Ben segera mendekatinya.
“Macam mana doktor?”
“Dia ok. Lukapun dah cuci. Balik, rehat. Lepas makan ubat nanti baiklah.”
“Ada jahit tak?”
Doktor tersenyum seraya menggeleng.
“Ada kecederaan bahagian tisu akibat hentakan. Balik nanti cuba tuam lebam-lebam tu dengan ais. InsyaAllah bengkak tu akan surut lebih cepat.” Aku sempat menjeling nama doktor tersebut. Farahanim.
Ben menguruskan segala-galanya. Kemudian dia memimpin aku kereta. Walaupun kemik, Kereta Ben masih kelihatan cantik. Honda Type R_maklumlah.
Ben ters berbaring di katil sebaik sahaja masuk ke bilik. Mungkin dia penat sangat dengan apa yang telah berlaku pada hari ini. Aku teringatkan Milo Peah. Terus aku keluar dari bilik
“Adik, nak ke mana tu?”
“Nak milo tak? Kalau nak orang buatkan.”
Ben angguk. Dia tersenyum. Kesian pula aku melihat bibirnya yang sedikit bengkak. Aku segera ke dapur membuatkan air milo panas untuk aku dan Ben.
Kali ni aku cuba hendak jaga hati Ben. Itupun kalau bolehlah. 
Setelah mengemaskan bekas minuman kami, aku cari buku untuk di baca. Tidak sanggup pula aku berdua-duaan dengan ben dalam bilik ni. Stress!
“Dik…” Tiba-tiba saja Ben sudah ada dibelakangku. Belumpun sempat aku menjawab kedua belah lengannya terus melingkari tubuhku, Ben menarik lalu memeluk aku dari belakang.
Dada aku kembali dipalu gendering perang! Ben membenamkan bibirnya ke leherku. Nafasnya terasa hangat mengenai pipiku.
“Dik…”
“Ehmmm…” Tanpa sengaja aku mengerang perlahan.
Pelukan Ben semakin kemas. Aku cuba menolak. Namun ketika Ben memusingkan aku menghadap tubuhnya, aku terasa semakin panas. Aku menikmati sentuhan Ben. Ada perasaan indah yang sukar untuk kukawal.
“Sayang… do you love him?” Rengek Ben dalam cemburunya. Aku tidak menjawab. Ben mendorong aku ke kasur tidur… renungannya kuyu, wajah Ben merah. 
“Tell me that you’re mine.” Ben mengusap wajahku. Aku memejamkan mata_Mengingini sesuatu yang ada padanya. Ben mengaturkan segala-galanya dengan diplomasi seorang pejuang. Dan aku adalah puteri yang sedang berada dalam tawanannya.
“Khai…” Aku merayu dalam rengekan. Ben terhenti. Aku tersentak! Sungguh aku tidak mampu mengawal lisanku. Ben melepaskan pelukannya seraya bangun lalu menarik selimut ke tubuhnya.
Aku terdiam.
“Abang tak berapa sihat. Sorry.” Ben terus berbaring di sebelahku. Rasa bersalah mula bergumpal-gumpal dalam hatiku.
Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran nipis di sebelahku. Ben tidur dengan membelakangkan aku.....

atau

No comments:

Post a Comment