KOMBO LOVE ~ MIA KIFF

PRE ORDER SEHINGGA 25/8
KOMBO LOVE 

🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Tajuk : Suami Yang Ku lepaskan

Sinopsis 

Dikahwinkan diusia muda, buat Nayla memberontak. Saat dia ghairah mengejar masa depan dan cita-cita, tiba-tiba dia terpaksa terikat dengan lelaki bernama Aliff. 

"Nayla hairan kenapa abah kahwinkan Nayla , padahal abah pun tahu apa impian Nayla. Nayla tak faham la kenapa abah buat Nayla macam ni!"- Nayla. 

"Mungkin perkahwinan ni dapat buka ruang Nayla capai impian Nayla..." - Aliff 

"Impian apa? Jadi tukang masak kau kat dapur? Beranak anak-anak kau setiap tahun? Itu yang kata impian? Kau dah hancurkan segala impian aku..." - Nayla. 

Peluang sambung belajar ke Ireland di gunakan sepenuhnya Nayla untuk merdeka dari ikatan seorang isteri. Bebas! Dia memutuskan untuk membawa haluan sendiri, berdendam hingga lupa mama, abah dan suami yang ditinggalkan di Malaysia. 

6 tahun berlalu, kembalinya hanya untuk menuntut cerai dari suami yang tak pernah diakui itu. Fareel lelaki yang tahu status dan segala masalah Nayla, setia menanti dengan sabar membuatkan Nayla mahu hidup bersamanya. Itulah yang menjadi alasan Nayla untuk pulang meminta cerai. Hanya Fareel yang layak untuknya. 

Hampir 6 tahun tak pulang, lain pula yang terjadi. Nayla menerima pelbagai kejutan yang tak disangka-sangka. Mampukah Nayla berdepan dengan semua itu dan mendapat apa yang dia mahu dari Aliff? Berpisahkah mereka? Segalanya terjawab dalam, Suami Yang Ku Lepaskan.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹

LOVE YOU MR CRAZY
Sinopsis

Sumayyah, gadis kasar yang suka buat kerja lelaki. Serba boleh. Tapi hidupnya jadi carca marba, bila dikejar seorang lelaki gila bernama Noah Zachery. 

Hidup Noah Zachery bagaikan tiada makna kala isteri tercinta, meninggal dunia. Hari-hari menangisi kematian isteri hingga kemurungan. Sekali pandang, dah macam manusia zaman paleolitik. Namun hidupnya berubah kala bertemu dengan Sumayyah. Gadis itu dianggap penganti isterinya lalu dikejar sampai dapat. 

"Saya bukan isteri awak, saya Sumayyah. Lepaskan saya! Tolong... Tolong...." Jerit Sumayyah sekuat hati manakala Noah berjaya menangkap tubuhnya dari belakang. 

"Kalau sayang bukan isteri abang, bagi bukti. Ayu ada tanda lahir kat punggung. Tunjukkan dulu..." Noah bagai orang hilang akal memaksa gadis itu. 

"Awak gila ke? Tu aurat saya lah.. Lepaslah... Tolong.. tolong..." Satu penumbuk dihadiahkan ke muka Noah. Noah menyerigai nakal. Tak terkesan langsung tumbukan padu itu. 

"Tak sakit pun sayang, sedap..." Mendengar itu Sumayyah cemas lantas meronta-ronta sepenuh tenaga.

Kejar mengejar berlaku sehinggalah Noah sedar, itu bukan arwah Ayu. Tapi gadis itu berjaya hidupkan semula jiwanya yang telah mati untuk mencintai. 

Perkahwinan yang sangat mencabar. Noah sentiasa harapkan Sumayyah akan seperti arwah Ayu tapi ternyata bagai langit dan bumi. 
Mampukah mereka mengecap bahagia walaupun arwah Ayu sentiasa membayangi kehidupan mereka? Dapatkah Sumayyah bertahan bersuamikan lelaki 'gila' itu yang banyak sangat karenahnya? 
Segalanya terjawab dalam, Love You Mr. Crazy
atau

No comments:

Post a Comment