KOMBO KANDA DINDA

READY STOK
REPRINT
BAKI TERHAD
💋💋💋💋💋💋💋💋💋
SIGNITURE KASIH 1

Syed Aryan berhenti di tepi kereta. Wajah lesu dan tidak bermaya isterinya dipandang lama. Mulut itu masih bergerak-gerak, namun sudah tak jelas apa yang dituturnya.
“Ryan, jangan dipaksa hati kau tu untuk terima dia. Kalau kau rasa tak boleh dan tak mampu untuk ikhlaskan hati terima kekurangan dia, kau hantar dia balik pada aku, Ryan. Jangan kau seksa dia untuk ego kau tu.”
Syed Aryan menelan liur. Dibetulkan kedudukan Mawar dalam dukungannya. Wajah itu ditatap lagi. Lama matanya melekat di situ sehinggakan hatinya dijentik sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak mampu untuk tafsirkan. Hadirnya pelbagai.
Bahunya ditepuk dari belakang.
“Kenapa? Tak sanggup nak teruskan?”
“Boleh tak kalau kau tolong buka pintu kereta ni untuk aku? Membebel aje dari tadi.”
“Aku membebel sebab aku nak betulkan balik otak kau tu.”
Syed Aryan mendengus geram. Asyik terkena saja dia dengan abang iparnya itu.
“Bukalah cepat. Kau ingat ringan ke adik kau ni?”
“Kenapa? Dah tak sanggup? Kalau tak sanggup, bak sini. Abang dia ni masih kuat untuk dukung dia.” Tubuh adiknya ditarik. Cepat-cepat pula Syed Aryan menepis.
“Buka ajelah cepat. Kau nampakkan isteri aku ni demam teruk. Jadi apa-apa nanti, muka aku juga yang kau nak tumbuk.”
“Tahu tak apa. Tapi kali ni aku dah tak bagi penumbuk. Aku cincang kau terus sampai mak ayah kau pun dah tak boleh nak cam mayat kau nanti.”
Tajam mata Syed Aryan menjeling. Geram pula dia dengan abang iparnya itu. Berhabis-habisan kenakan dia.
“Cepatlah buka. Aku nak bawa adik kesayangan kau ni balik rumah aku.”
“Dia perlukan doktor. Bawa dia pergi klinik, bukannya bawa balik rumah kau tu.” Pintu kereta dibuka.
“Tak payah kau nak risau pasal tu. Aku ada doktor peribadi aku sendiri. Lagipun, dia ada suami. Suami dia ni dah terlebih mampu untuk hilangkan gigil dia ni.”
“Kau jangan nak lebih-lebih. Adik aku tengah demam tu.”
Syed Aryan tayang senyum senget. Pintu kereta ditutup perlahan setelah memastikan keselesaan isterinya.
“Dia isteri aku, kan? Kau tunggu aje berita gembira dari aku.”
“Kalau besok demam adik aku bertambah teruk, naik van jenazahlah kau nanti, Ryan.”
Syed Aryan hanya buat tak tahu. Hanya lambaian tangan yang dia hadiahkan kepada Marwan.

💋💋💋💋💋💋💋💋💋
SIGNITURE KASIH 2
“Lelaki ni, jiwanya pendendam. Penuh dengan ego. Tak mustahil dia akan datang balik ke sini untuk lunaskan apa yang dia nak.”
Kesatnya air liur yang ditelan Ariana. Pintu hadapan dipandang dengan rasa cuak yang bukan sedikit.
“Saya cuma nak ingatkan, pintu bilik tu saya dah tendang sampai terkopak. Awak dah tak boleh nak kunci pintu tu. Senang sangatlah kalau perogol tadi nak serang awak balik.” 
Sengaja dia mengugut walaupun hati cukup sakit bila teringatkan muka lelaki jahanam itu. Lebih-lebih lagi bila teringatkan keadaan isterinya semasa dia merempuh masuk tadi. Nasib baik dia memang sudah merancang untuk balik ke sini. Dia akan ambil peluang ini untuk berbaik dengan isterinya itu.
“Suka hati awaklah. Saya nak naik dulu. Maaflah kalau lepas ni saya dah tak boleh nak tolong awak. Kalau awak menjerit pun, saya takkan dengar sebab saya dah tutup pintu bilik saya.” 
Anak tangga dipijak dengan muka yang sudah terukir senyum senget. Yakin, teknik provokasinya akan berjaya. Dan bibirnya semakin lebar melarik senyum bila dia nampak kelibat seseorang yang sedang mengekorinya dari belakang.

No comments:

Post a Comment