DOMINAN karya Fazlyn Ridz
Teaser:-
Yukh merenung lama kucing itu. Namun hatinya berkata-kata sendiri. Kucing ini dibencinya selama ini. Malah dia pernah hampir mencederakan Sweetie. Dia masih ingat semua itu. Namun akhirnya kucing ini juga yang memberi jasa melindungi anaknya dari bahaya. Perlahan Yukh memegang kepala kucing itu.
Ketika di dalam bilik rawatan, doktor menjelaskan pembedahan terpaksa dibuat untuk memotong sebahagian lagi kaki yang cacat kerana sudah mula menunjukkan tanda memburuk akibat bisa ular. Jika tidak, kucing itu akan terus hidup dalam kesakitan kerana bisa itu berpusat di kakinya. Mereka segera bersetuju.
“Buatlah apa saja, asalkan dia selamat,” ucap Yukh. Irene terus memandang lelaki itu. Hairan.
Sebelum mereka pulang, Yukh sempat menjengah lagi Sweetie. Lelaki itu menangis seorang diri.
“Aku minta maaf...” ucap Yukh sedih.
“Yukh,” tegur Irene dari belakang. Lelaki itu lekas menyeka air matanya sebelum berpaling.
“Kita balik? I nak pergi ofis,” ujar Irene. Yukh hanya mengangguk.
Di dalam kereta Irene hanya membisu. Rasa kehilangan. Kucing itu dijaga penuh kasih sayang. Kucing itu peneman tatkala dia merasa sedih. Menghiburkan hatinya. Kini terlantar antara hidup dan mati.
“I lupa... ada kucing beranak kat bilik basement semalam.”
Yukh menoleh kepada Irene. “Kucing beranak?”
“Tak tahu kucing siapa. I rasa Sweetie yang ajak dia masuk rumah,” ucap Irene sambil memandang ke hadapan. Semalam dia terlupa hendak melihat kucing itu.
“Banyak ke?”
“Ada tiga ekor.”
Yukh diam. Irene menoleh kepada Yukh.
“You tak offer diri untuk buang kucing tu?” tanya Irene hairan.
Yukh tidak menjawab juga. Dia tahu soalan itu sebenarnya menyindir.
“I rasa selama ni you cukup anti dengan Sweetie. Tadi I nampak you nangis. Kenapa?” tanya Irene.
“Dia selamatkan anak kita,” jawab Yukh rendah.
Irene kembali memandang ke hadapan.
“Tak payah buanglah. Arissa suka kucing,” ucap Yukh tidak lama kemudian. Serik. Binatang kesayangan Rasulullah SAW itu ada fungsinya. Selama ini dia menganggap kucing itu hanyalah beban. Sekarang pandangannya berubah.
“Saya boleh buatkan sangkar kucing kat belakang tu. Sangkar yang ada tak cukup besar untuk semua kucingnya.
atau

No comments:
Post a Comment