RAMADAN TERAKHIR

RAMADAN TERAKHIR - Dhiyana 
Zine LIMITED EDITION
Stok Terhad 100 naskhah sahaja..
Jangka pos selepas raya.
Cepat..selagi cukup quota order...
HARGA SILA PILIH:
RM20 SM /SS termasuk pos flexipacl
ATAU
RM25 SM / RM28 SStermasuk poslaju
.
.

"Assalamualaikum... Kak Mun... Oh, Kak Mun..."
"Waalaikumussalam..." Sahut Munirah dari dalam rumah. Dia bangun dari duduk di kerusi. Simpulan kain batik yang hampir terlerai diperketatkan semula. Terlenggok-lenggok dia berjalan ke arah pintu utama.
Apabila daun pintu utama dibuka, seraya si tetamu menyengih.
"Saya nak hantar kain..." ujar si tetamu.
Munirah mengangguk. "Mai lah masuk. Kak nak ambik ukuran baru."
Si tetamu menapak masuk apabila dipelawa. Munirah tercari-cari pita ukuran. Susunan kain yang sudah siap dipotong dan digunting dialihkan dari atas meja. Tak juga kelihatan pita ukuran.
"Isyhh! Ni yang aku geram." Munirah mendecit, geram.
"Kenapa kak?" tegur si tetamu dengan gelagatnya.
"Kak geram ni, Nada oitt! Pita ukuq depa pi buat main. Lepas tu lempaq merata-rata. Bila kita perlu jenuh nak mencari pula." leter Munirah. 
Pandangan mata tertunak pada objek yang bergantung di batang leher. Spontan si tetamu ketawa. "Kat leher kak tu apa?" 
Munirah tundukkan pandangan. Terlihat pita pengukur yang dicarinya bergantung di batang leher.
"Allahuakbar... Ni kalau ulaq mau dia belit dah. Buta karey ka nyanyuk ka apa pun tak tau lah."
Pita pengukur ditarik dari batang leher. Dicarinya pula buku senarai tempahan pelanggan, untuk merekod ukuran badan. Jumpa saja diselaknya helaian kertas tersebut.
" Hang tengok ni, Nada..." dia tunjukkan pula buku yang mengandung tempahan pelanggan.
"Beli pi lah 15 buku sekali pun, buku hat nilah jugak depa nak guna. Buat roket lah, melukis lah, nak tulis ABC pun kat buku ni lah juga. Macam-macam ragam depa ni." leter Munirah lagi. Anak 3 orang serupa 10 orang. Pening kepala dia dibuatnya.
Si tetamu yang dipanggil Nada ketawa. Terhibur dengan leteran Munirah.
"Mai berdiri sini... Kak nak amek ukuran badan hang."
Nada bangun dan berdiri di hadapan Munirah. Wanita itu mula mengambil ukuran dengan menggunakan pita pengukur. Kemudian dicatat ke dalam buku tempahan pelanggan pula.
"Amboi... Ukuran pinggang dengan pungkok makin kecik. Hang diet sebab nak kahwin ka?" seloroh Munirah. Sungguh! Perbezaan ketara sangat jika dibandingkan dengan ukuran puasa tahun lepas.
"Diet untuk kesihatan kak. Mudah nak cari saiz baju. Tak payah nak cari plus size dah."
"Betui! Kak setuju tu dengan hang."
Munirah diam sejenak. Kemudian dia kembali menyambung berbual.
"Kak ni... Dok cakap yang tu ja lah.. Bulan depan aku nak diet. Sampai ke sudah, diet pun entah ke mana. Dok bulan depan lagu tu lah, lagu tu entah dah berapa round dia pusing." 
Nada tawa lagi. Kelakar betul Kak Mun ni... Dengan loghat utaranya lagi. Perencah betul! 
Sedang tegak berdiri memberi peluang kepada Munirah mengukur itu dan ini, dia terpandang akan sebingkai gambar yang terletak di atas kabinet tv. Banyak bingkai gambar sebenarnya tetapi anak mata hanya tertancap pada yang satu itu saja. 
"Kak Mun..." 
"Awat? Nak bagi labuh lengan baju ka?" 
"Eh? Bukan..." laju saja Nada menggelengkan kepala. 
"Lepas tu? Awat hang panggil?" 
"Saya nak tanya..." 
"Tanya apa?" 
"Tu... Siapa?" seraya bibir terjuih ke arah deretan bingkai gambar yang bersusun di kabinet tv. 
"Yang mana satu? Banyak gambaq kat situ, Nada oitt." Munirah turut berkalih ke arah bibir muncung Nada menghala. Dia perhatikan deretan bingkai gambar yang tersusun atur. 
"Gambar hitam putih tu."
Laju saja mata Munirah berlari arah ke bingkai gambar yang dimaksudkan Nada. Arghhhh! Sudah! Nada ni entah perempuan ke berapa yang bertanya akan gerangan pemilik gambar itu. 
"Tu... Sejenis makhluk Tuhan yang lupa diri." jawab dia, selamba. 
Nada terkejut. Lantas dia berpaling dan memandang Munirah. Kak Mun ni marah ke? Tapi... Kenapa macam relaks jer? 
"Maksud kak Mun?" 
"Dah bertemu kerja, dia jadi lupa diri. Kerja lebih penting untuk dia. Lagi pun, dah memang kerja dia lagu tu. Menuntut sepenuh perhatian dari dia." jelas Munirah. 
"Makhluk ni siapa, kak Mun?" Nada masih lagi tertanya-tanya. 
"Adik bongsu kak..." 
"Kak Mun ada adik?" Nada terkejut. Tak sangka pula kak Mun ada adik sebegini handsome.
"Tak pernah nampak pun dia kat sini." 
"Memang lah tak pernah nampak. Dia bukannya dok sini. Dia kerja kat US nu! Dah 3 tahun tak balik-balik. Itu lah yang kak cakap... Dia sejenis makhluk yang lupa diri bila bertemu dengan kerja. Sampai tak hirau dah cuti Raya ka, cuti Krismas ka, cuti Deepavali ka. Yang dia tau, kerja ja dalam kepala."
"Oh..." Terjungkit kening Nada dengan bebelan Munirah. Kerja kat US. Mesti bukan kerja biasa-biasa ni. 
Anak mata masih lagi terlekat pada gambar tersebut. Auochhh... Renungan mata tu, seksinya. 
"Handsome sangat ka yang hang sengih-sengih sorang smbil tengok gambar dia?" 
Nada sengih. Kalau tak handsome memang tak lah dia nak sengih sorang-sorang. 
"Single lagi ke dia kak?" 
"Bujang terlajak." 
"Auochhh... Bujang terlajak. Sudah semestinya single lagi lah kan?" terasa dalam hati ada taman bunga yang tengah berkembang mekar. 
"Kalau sejenis makhluk macam tu Nada oitt... Mana nak mai girlfriend atau bini?" 
Nada ketawa. Single tapi jauh lah pula. Kenapalah jauh sangat berkerja tu? 
"Kak Mun..." 
"Awat?" 
"Gatal adik kak Mun ni... Dia kenyit mata pula kat saya." 
Munirah menjuling mata ke atas. Penat nak melayan si Nada ni. Acah innocent tapi gedik bukan main lagi. 
"Malunya saya, kak Mun..." Nada menekup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Namun, di celahan jari-jemari dia tetap mengintai sebingkai gambar yang menjadi titik fokusnya sejak tadi. 
"Gedik sungguh hang ni, Nada!"
Selamba saja Nada ketawa. Sindiran Munirah langsung tak berkudis di hati. Bakal kakak ipar tu... Tak boleh sentap-sentap

No comments:

Post a Comment