My Love Bodyguard ~ Hayati Ahmad

Cetakan Terhad
My Love Bodyguard 
RM35.00 SM/RM38.00 SS
Postage RM8.00
Blurb:
“Boleh bawak kereta?” Aku angguk. 
“Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi. 
“Boleh menembak?” Aku angguk lagi.
“Jadi bodyguard saya boleh?”
“Apa bodyguard?!” Akim mengangguk mengiyakan kata-katanya.

Jodohnya dengan lelaki tua. Kecoh satu kampung bila pengantin melarikan diri di malam pernikahannya. Tapi Kuala Lumpur tidak menjanjikan yang indah buat dirinya yang naif. Sehinggalah dia terpilih sebagai Bodyguard kepada seorang usahawan muda yang kacak.

“Bodyguard?” Aku lihat Airiel senyum meleret bila aku sebut bodyguard. 
“Yess I’m the bodyguard from Taiping… ada masalah ke?” Airiel melongo mendengar aku speaking.
Rupanya cinta itu bukan esa, bukan tunggal. Ia boleh bercabang-cabang dan bercambah-cambah sehingga dia keliru. 
Aulia, baginya cinta itu adalah dosa. Ketika hatinya menyedari ada rasa yang indah antara dia dengan Akim, Airiel pula muncul antara mereka. Menyenangkan dan amat setia disisinya. Mungkin ia karma atas dosa-dosanya kerana dia sebenarnya telah dinikahkan dengan si tua bangka yang tetap menuntut haknya sebagai suami.

Akim, kehebatannya belum tentu menjamin kemenangan untuk memiliki hati Aulia. Menakluki bukan bererti memiliki.

“Jadi awak akan merayu pada saya?”
“Tak, saya takkan merayu pada awak. Saya hanya akan merayu kepada Allah, kerana DIA yang memiliki awak.”
“Saya hanya cintakan Arjuna.”
Dan lelaki yang biasa-biasa itu membuatkan Akim menjadi sangat kerdil.

Seorang sahabat, seorang abang atau seorang kekasih. Aulia keliru…

No comments:

Post a Comment