KOMBO OBSES LELEH

💋POSSESSIVE💋
Harleen masuk ke dalam kereta. Dia kerutkan dahi saat terpandang Khair. Baju lelaki itu sudah bertukar kepada t shirt biasa. Bukan lagi baju kerja.
“Awak dari mana? Tak kerja ke hari ni?”
“Half day je tadi. Rasa tak sihat.”
“Laa kenapa tak bagitahu? Patutnya saya balik naik grab je. Tak payah susah awak datang ambik.”
“Takpe sayang. Untuk awak apa pun saya sanggup buat.”
Harleen senyum. Dia pandang Khair dan lelaki itu turut membalas senyumannya.
“Dah solat?”
Harleen angguk.
“Kita tengok wayang nak?”
Harleen kerutkan kening.
“Takkan nak pergi dalam baju kerja macam ni?”
“Kita balik kejap. Siap semua kita keluar la. Dinner kat luar je.”
Suaminya itu senyum makin lebar. Terserlah kehensemannya. Harleen cair. Terus hilang ingatannya pasal kejadian dia dipukul.
“Okey tak sayang?”
“Hah? Okey. Mana-mana je.”
Harleen sedikit terleka. Khair ambil tangan Harleen. Dia kucup mesra.
“Saya sayang awak. Sampai bila-bila.”
Dia sebenarnya mahu meminta maaf tentang kejadian dua hari lepas. Tapi dia malu. Harleen tidak sepatutnya dipukul. Itu yang membuatkan hatinya diserang rasa bersalah. Kerja di pejabat pun dia tak dapat fokus. Sebab itu dia hanya kerja separuh hari.
Tentang kejadian pagi tadi, Imad tercedera macam mana pun dia tak nak ambil kisah. Persetankan saja mana-mana lelaki yang mahu dekat dengan isterinya.
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
💕ENCIK SADO CIK TOMBOY💕
“J”
“Apa?”
“Kau rasa kan, bila kita nak bincang date kahwin?”
“Eh kau. Kenapa macam tak menyempat je ni. Kau takut hilang aku ke?”
“Tak takut hilang kau. Aku takut kau lari je. Takut aku tak larat nak kejar.”
“Aku nak lari kenapa jugak. Takde tempat aku nak pergi. Kedai bakery ni je hidup aku. Kalau kau nak cari aku, cari je kat sini. Confirm aku ada.”
“Tipu lah. Ada lagi satu tempat yang kau confirm ada.”
“Kat mana?”
J jungkitkan keningnya pada Izzat.
“Kat hati aku.”
J lemparkan tepung kepada Izzat. Lelaki itu ketawa.

No comments:

Post a Comment