Assalamualaikum...
Pre order KOMBO OBSES LELEH
[Novel POSSESSIVE dan Zine Encik Sado Cik Tomboy]
Pre order sehingga 25/4. Pengeposan awal bulan 5.
Novel dan zine akan dicetak mengikut permintaan order yang diterima.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Blurb POSSESSIVE
***
Posesif adalah sifat obses yang ada dalam diri seorang pencinta. Apa yang dia tahu, orang yang dicintai adalah milik dirinya secara mutlak. Khair menjadi lelaki posesif apabila dia mengenali Harleen. Apa sahaja yang dilakukan oleh Harleen perlu sempurna di matanya. Tidak boleh ada kesilapan. Dia boleh menjadi lelaki gila dalam warasnya.
Harleen seorang pencinta yang setia. Dia tidak tahu lelaki yang dicintai merupakan seorang yang posesif. Khair pandai menyembunyikan rasa walau dia kelihatan agak mengongkong di mata Harleen. Di belakang wanita itu, Khair melakukan perkara mengikut kata hatinya. Asalkan dia puas.
“Jangan mencintai saya terlalu mendalam. Simpan sedikit sayang untuk diri awak sendiri. Andai satu hari nanti saya terpaksa pergi, awak takkan rasa terlalu kecewa.” - Harleen
“Awak akan selamanya jadi milik saya sayang. Jangan pernah cuba untuk tinggalkan saya sebab perkara tu mustahil. Jangan fikirkan pun.” - Khair
Harleen terjerat dalam cinta yang luar biasa. Dia tidak cuba untuk melarikan diri. Dia setia dengan kekasih hati. Tapi sejauh mana kekasih posesif seperti Khair akan bertindak dia tidak pernah tahu. Demi Allah, dia menyayangi lelaki itu.
Kisah mereka, kisah yang jarang menghuni hati manusia. Kerana cinta, mereka belajar mempertahankan dengan cara masing-masing. Cuma pilihan di akhir cerita, mereka perlu sama-sama redha.
Ini kisah cinta. Cinta yang penuh suka dan derita. Bahagia itu mampu tersisip dalam cinta yang luar biasa. Kita hanya perlu percaya.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Blurb Zine Encik Sado Cik Tomboy
***
Perkenalan mereka berdua di atas jalan kerana hampir terlibat dengan kemalangan. Kerana cupcake, cik tomboy membenci encik sado yang padanya sangat tidak sensitif dan terlalu ego.
Kerana cupcake juga, mereka yang menjadi musuh telah mula berkawan. Cik tomboy menyelamatkan encik sado yang terkena serangan gastrik dengan cupcakenya.
Kerana aksi menyelamat yang telah dilakukan, encik sado rendahkan ego. Dia melamar cik tomboy. Mereka mula bercinta. Cinta suami isteri yang penuh romantik.
Sebagai yatim piatu, cik tomboy tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua-dua orang tuanya. Dia berkongsi semua rasa bersama anak-anak yatim. Mengenali encik sado, dia tidak merasa kurang. Lelaki itu memberikan cinta yang sarat. Sarat dengan rasa bahagia.
Awas! Ini cerita semanis gula. Nak turut merasa bahagia? Sila baca.

No comments:
Post a Comment