KOMBO GOOD BOY

Bismillahhirrahmannirrahim ♥️ 

🍃BUANG SEGALA TENTANG DIA
SUCI HIDAYAT

Rasa cinta itu pernah wujud. Namun tak terluahkan. Yang seorang, terlewat. Yang seorang lagi tercepat. Terlewat untuk berterus-terang. Tercepat menerima lamaran seseorang.

Sangka IMAN NUR ALISA, perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya. Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta ZAID terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa.

“Sebab kau dah tak macam dulu. Kau dah tak mampu puaskan aku. Kau dah tak cantik. Sumpah, aku jijik tengok kau, Alisa!” – ZAID, suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.

Jiwa wanita itu hancur ditoreh kata-kata sang suami. Wajah dan tubuh wanita itu entah berapa kali merasai tapak tangan dan tapak kaki. Malah, Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera.

“Meh aku ajar kau, rahsia ‘mengikat’ lelaki. Buka mata kau, tengok! Buka telinga kau, dengar! Aku nak kau ingat babak ni, sampai kau mati!” – VIA, bekas kekasih Zaid yang kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.

Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak. IBRA ISKANDAR merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa merayu, mohon dijauhi. Cinta dan lelaki adalah perkara yang paling Alisa takuti kini.

“Saya janda, Encik Ibra. Carilah perempuan yang lebih mulia.” – IMAN NUR ALISA

“Rasulullah SAW menikahi Siti Khadijah, juga seorang janda. Hinakah Siti Khadijah?” – IBRA ISKANDAR
-
🌹SUGAR MOMMY
MAYYA BELLA

Menjadi seorang yang kaya, berharta, ada paras rupa adalah impian setiap wanita. Datin Maya Sofya. Datin muda berumur 32 tahun yang memiliki segalanya. Tapi sayang, jiwanya kosong tanpa kasih dan cinta.

“I nak you selalu ada dengan I. Selalu teman I. Pujuk I. Belai I. Dakap I. Kiss I. Buat apa je yang boleh bahagiakan I. Yang boleh hilangkan semua rasa sedih I. Jangan risau, I bayar you, Anip. You cakap je you nak berapa.”- MAYA SOFYA

Anip. Seorang pelajar institut pengajian tinggi. Terperangkap bila terdesak mahu mencari kerja sambilan untuk menebus tanah pusaka di kampung yang bernilai RM200,000. Demi tanah pusaka peninggalan arwah abahnya. Dia terpaksa berdepan dengan kegilaan Maya Sofya.

“Datin, jauh sikit, datin. Berdiri kat situ. Jangan dekat. Tolonglah, Datin. Janganlah macam-macam Datin. Stop! Stop! Jangan raba saya. Stoppp!!! Janganlah macam ni Datin. Tolonglah. Kita tak boleh macam ni Datin. Berdosa besar, Datin. Lepas! Lepas baju saya ni! Nanti kembang! Mahal saya beli ni, Datin!” –ANIP

Walaupun Anip hanya seorang budak mentah yang jauh lebih muda darinya. Kehadiran Anip mengembalikan senyuman Maya Sofya. Hidupnya kembali berbunga-bunga. Hidupnya terasa kembali bermakna. Kebaikan Anip, buat dia rasa sangat-sangat bahagia. Dirinya kembali ceria. Dunianya kembali terasa indah dan berwarna.

Adakah setiap rasa yang tumbuh di jiwa Maya Sofya, Anip juga turut merasainya?

Kalau terjalin pun ikatan pernikahan antara mereka, apakah ia berlandaskan cinta sama cinta atau sekadar menghalalkan satu hubungan semata-mata?
-
KOMBO GOOD BOY 🤤
===============
💋 DUA BUAH NOVEL :
BUANG SEGALA TENTANG DIA - SUCI HIDAYAT
SUGAR MOMMY - MAYYA BELLA

💋 PRINT ON DEMAND

💋 TERBITAN MEI 2019 :
PREORDER RASMI 1 MEI - 31 MEI
PENGEPOSAN JUN 2019

💋 FREE GIFT UNTUK 200 PEMBELI #KOMBOTERAWAL (FRIDGE MAGNET, GIFT DAN KAD DARI KEDUA- DUA PENULIS)

No comments:

Post a Comment