KESUMA JIWA

RM38 SM / RM42 SS
termsuk postage
DIA MEMANG SENGAL! KALAU TAK BUKAN JIWA NAMANYA😂😂

Korang percaya tak yang Jiwa pergi kebun pakai baju kedah mak dia? Yak ye je si Jiwa ni. Berani ke dia nak pakai baju kedah pergi kebun? Korang layan ajelah telatah si Jiwa ni ye. Siapa yang dah baca mesti tahu.


“Kamu jangan nak bagi alasan tak nak pergi kebun ya Jiwa. Mak hambat kamu satu kampung ni.” Hai, kecil besar Mak Kiah melihatkan Jiwa yang membuat muka tidak bersalah.

“Mana ada. Mak saja nak provok Jiwa. Jiwa memanglah nak pergi kebun ni. Tapi… Jiwa tak ada baju nak pakai.”

Mak Kiah masih lagi bercekak pinggang. Dia sudah agak Jiwa akan berkata begitu.

“Kamu tak ada baju nak pakai? Tak apa, baju kurung kedah mak banyak dalam almari tu. Kamu pilih mana satu. E…. pening mak tau dapat anak macam kamu ni. ‘Rajin’ sangat nak bekerja.”

Jiwa mencebik. “Aw! Menurut perintah my mother. Muah!” Jiwa sengaja menjadi lembut. Tajam pinggulnya ke kiri dan ke kanan.

Panas hati Mak Kiah melihatkan telatah Jiwa yang sememangnya sering kali membuatkan dia membebel. Tangan Mak Kiah pantas membuka baju kemeja Jiwa yang terbalut pada buah nangka. Sambil itu mulut Mak Kiah tak habis membebel.

“E… baju tak koyak lagi dia buat sarung nangka. Baju ni elok lagi nak bawa ke kebun. Hai, entah apa baju yang si bujang tu nak pakai ke kebun nanti.” Bebel Mak Kiah sambil membuka baju kemeja Jiwa yang ketiga. Jangan dia pakai…. Mata Mak Kiah membulat. Teringat akan kata-katanya sebentar tadi.

“Alamak! Baju kurung kedah aku!”

Mak Kiah terus berlari ala marathon 1000 meter masuk ke dalam rumah. Risau juga kalau si Jiwa sudah salin baju dan bergerak ke kebun dengan baju kurung kedahnya. Silap haribulan orang kampung nampak, mahu orang kata anaknya sudah tukar jantina. Haish! Selisih! Masuk sahaja di dalam rumah, kelibat Jiwa mula dicari. Dia cuba masuk ke dalam bilik Jiwa. Kosong. Terus tersirap darah Mak Kiah. Ala…. Mati aku. Mak Kiah kemudiannya berlari masuk ke dalam biliknya. Dia menyelongkar almari baju dan mengira satu persatu baju kurung kedahnya. Sah! Kurang satu!

“Senyumlah… senyumlah… Ah! Ha! Cek mek molek…. Aw!”

Tidak lama kemudian, Mak Kiah mendengar akan suara Jiwa menyanyi. Mak Kiah memasang telinga. Amboi, main lagi ‘sumbang’kan lagu. Mak Kiah keluar dari bilik dan terus memandang ke luar jendela. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan mesti ada alasan tak nak ke kebun. Bukan dia tidak kenal dengan Jiwa. Ada sahaja alasan yang dia nak beri untuk tidak ke kebun.

“Jiwa! Kamu jangan buat pasal, nak.” Jerit Mak Kiah di luar pintu bilik Jiwa. Pintu bilik Jiwa diketuk berkali-kali.

Tiba-tiba suasana senyap. Mak Kiah melekapkan telinganya ke pintu bilik. Sudah, kenapa senyap pula ni? Tidur ke dia? Satu apa pun tak dengar bunyi. Pelik. Tadi dengar menyanyi bagai. Sekarang ni, senyap pulak. Mak Kiah kembali mengetuk pintu bilik Jiwa berkali-kali. Takut juga kalau Jiwa buat perangai pakai baju kurung kedahnya untuk ke kebun.

“Jiwa, kamu jangan nak pakai baju mak. Nanti abah marahkan mak pulak. Baju tu abah kamu belikan untuk mak.” Jerit Mak Kiah lagi.

“Mak yang suruh pakai baju mak. Jiwa ikut cakap mak. Cantik juga baju mak ni. Berbunga-bunga.” Sambut Jiwa dari dalam. Terbuntang mata Mak Kiah bila mendengarkan jeritan Jiwa dari dalam itu.

“Mak gurau aje Jiwa. Mak nak pakai baju tu nak pergi buat berniaga. Pulangkan balik baju mak.” Mak Kiah terkejut apabila pintu bilik itu dibuka. Terpacul wajah Jiwa sambil tersengih. Jiwa masih lagi bersinglet. Sambil itu dia menyapu bedak di ketiak kanan dan kiri. Hurm… barulah wangi.

Mak Kiah menjengah di dalam bilik Jiwa. “Mana baju mak?”

“Mana ada Jiwa ambik baju mak.”

“Kamu jangan nak tipu mak, Jiwa. Tadi bukan ke kata kamu dah pakai baju mak. Baju mak hilang satu tadi. Mak dah kira. Baju, dah hilang satu. Baik kamu cakap, Jiwa. Mana kamu sorokkan baju mak.”

“Tak ada maknanya Jiwa nak ambik baju uniform mak tu.”

“Eh, hilang satu. Betul! Mak dah kira.” Bukan main confident Mak Kiah bersuara.

“Mak letak salah tempat kut?”

“Ke kamu dah buat sarung buah cempedak pulak?” Jiwa menepuk dahi. Pulak dah!

Jiwa kemudiannya mencapai tangan Mak Kiah dan memimpin sehingga di tepi rumah. Mak Kiah sengih. He…he…he… Bukan main terletak bajunya di ampaian. Jiwa memeluk tubuh dan menantikan emaknya bersuara. Jiwa mengangkat kening sebelah.

“Yang ini mak kira tak?” Mak Kiah sengih lagi. Dia menggelengkan kepala. Meledak Jiwa membuka ruang gelak.

No comments:

Post a Comment