DWI ADNILFAZ

DWI ADNILFAZ 
(FREE Zine MDS II)

🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
MUSUH DALAM SELIMUT
.
Amirul kecewa setelah mendapat tahu kekasihnya Suhaibah mengahwini ayah kandungnya. Konflik keluarga kian runcing. Namun Tuan Muhkriz melihat sesuatu itu dari sudut pandangan sebagai ayah. Dendam hanya merugikan! 
Lalu dia memberi tugas sukar kepada Amirul. Anak tirinya dihantar bertugas jauh di US Bersama seorang wanita bernama Andara. Mereka perlu tinggal serumah. Andara itu wanita lain dari yang lain. Kematangannya menjadi batas utama antara Andara dan Amirul. 
Amirul sedar apa yang ada di sebalik rancangan ayah tirinya. Hanya mereka ingin lihat, apakah pilihan yang dibuat oleh Amirul setelah berhadapan dengan wanita secantik Andara. Adakah dia akan terus serumah bersama Andara sehingga jadinya maksiat atau dia memilih untuk memisahkan diri dari wanita itu.
Tetapi mereka sama-sama jatuh cinta. Jadi pilihan yang lain menjadi pilihan mereka. Amirul menikahi wanita itu ketika mereka masih menetap di US. Tetapi setelah pulang ke Malaysia, Amirul berhadapan dengan emak tiri muda yang masih cinta kepadanya. 
Musuh dalam selimut II kali ini berkisahkan tentang siapakah musuh sebenarnya. Ianya tentang musuh di dalam diri mereka sendiri. Musuh utama adalah apabila mereka tidak memilih yang baik membiarkan diri menjadi jahat. 
Orang yang menang apabila mereka berjaya melepasi kejahatan dalam diri mereka sendiri!

Kapsyen. 
Kita saling memerlukan, saling memahami. Takdir terindah dalam hidup ini apabila kita bertemu dan belajar mengenal erti cinta!

🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄
FALLING - FAZLYN RIDZ
BLURB:
Lelaki itu sebenarnya tidak suka wanita Korea. Kerana dia pernah berhadapan dengan kisah hitam ketika berada di London suatu masa dulu. Namun apa ada pada masa depan, dia tidak tahu! 
Luqman bertemu Kim Jung Na semula di Seoul setelah beberapa tahun dia terlupa akan gadis itu. Anehnya, Jung Na masih ingat kepadanya. Ketika pertemuan, Luqman mendapat tahu Jung Na sudah bertunang atas pilihan ayahnya. Lebih aneh lagi, Jung Na seakan-akan cuba menggodanya. Apa mahunya gadis itu? 
“Saya cuma nak seseorang pisahkan saya daripada Jang Hyuk Su.” - Jung Na
Luqman cuba membenci setelah mendapat tahu tujuan sebenarnya gadis itu. Sayangnya, dia juga telah jatuh hati kepada Jung Na. 
“Bersama saya keadaan akan jadi lebih susah. Saya tidak mahu awak menyesal kemudian hari.” - Luqman
Sayangnya, ketika perasaan mereka bersatu, kad undangan perkahwinan Jung Na sudah siap dicetak. Sedaya upaya melepaskan cinta di hati, Luqman separuh gila jadinya. Dia nekad menghadiri majlis perkahwinan Jung Na; merasa terhina kerana Jung Na sengaja memberikan kad undangan itu dalam keadaan dia kecewa. Sudahnya, sebelum ikrar perkahwinan bermula, gaun perkahwinan Jung Na musnah di tangan Luqman dan upacara perkahwinan terpaksa dibatalkan.
Kerana cinta, Jung Na nekad mencari kekasih hatinya setelah Luqman tega membuat kecoh di majlis perkahwinannya. Demi cinta, dia telah mengahwini Luqman secara rahsia. Tetapi tidak mudah berhadapan dengan tentangan daripada bapanya yang angkuh itu.
Berjayakah mereka? Falling… cinta antara lelaki Melayu dengan wanita Korea. Ikan di laut asam di darat, tidak semestinya mudah untuk bersatu. Namun mereka terus setia dalam gelombang yang mendatang semata-mata untuk mencari kehidupan milik bersama.

No comments:

Post a Comment