REEZ ~ SITI NUR DHUHA

TERPAKAI TAPI MACAM BARU
NK JUAL RM25 TERMASUK POSLAJU SEM / RM30 SS
“Sofea…” bibir Reez bergerak lembut menyeru tanpa suara saat anak matanya meneroka seraut wajah indah yang amat dirinduinya selama ini. Reez sungguh tidak menjangkakan pencariannya menemui titik pertemuan secepat ini.

“Sayang…” mulut Reez terbuka sedikit bersama air mata yang gugur tanda kegembiraan yang tidak terhingga. 

Berbulan lamanya hidup yang dilaluinya penuh sengsara, memikirkan hidup mati isterinya itu. Kini takdir ILAHI mempertemukann kembali dengan sang kekasih hati. Dan cinta yang sedia mekar berbunga semakin marak bagaikan api yang menyala-nyala. Detik itu juga, gelodak hatinya membuak-buak untuk mendapatkan Sofea dan memeluk isteri tersayang.

Tanpa berfikir panjang, Reez keluar dari tempat persembunyiannya. Membuatkan wanita-wanita yang sedang mandi-manda di situ sedar akan kemunculannya. Serentak itu, kesemua mereka menjerit nyaring. Termasuklah Sofea.
“Argh!”

Mana tidaknya, tanpa angin mahupun ribut tiba-tiba sahaja muncul sambil tersenyum. Macam lelaki miang.
Dan tidak semena-mena Reez melompat terjun ke dalam air.
Burr!

Maka bertambah paniklah mereka semua.

“Wei, apasal dia terjun. Kita orang tengah berkemban ni!” Senah, Linah, dan Ewah bagaikan itik pulang petang berenang laju ke daratan tanpa sempat menarik Sofea ikut bersama.

Reez pula, sejak terjun ke dalam air, masih belum menimbulkan diri.
“Tunggu!” Sofea jadi kaku saat melihat pemuda itu.

Setelah beberapa ketika, barulah dia mula bergerak untuk ke pinggir sungai. Namun tidak semena-mena Reez muncul dari dalam air betul-betul di hadapan Sofea. Baru sahaja dia mahu menjerit dek kerana terlampau terkejut, namun tiba-tiba tubuhnya ditarik dan dipeluk seerat-eratnya oleh pemuda itu. Rangkulannya kemas dan kejap.

“Syukur Ya ALLAH, isteriku masih hidup. Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih syukur padamu.”

“Hei, lepaskan saya! Apa maksud awak ni? Siapa isteri awak? Argh! Tolong! Tolong!” Sofea merayu pertolongan teman-temannya sambil berusaha merungkaikan dakapan Reez.
Senah, Linah, dan Ewah yang sedang menyarungkan baju di sebalik semak mengintai dari celahan daun apabila mendengar suara Sofea meminta tolong. Terbeliak biji mata mereka melihat sahabatnya sedang dipeluk. Dalam kepala mereka, lelaki itu tidak lain tidak bukan sedang berniat jahat untuk meragut kesucian sahabat mereka. Mereka berlari meninggalkan sahabatnya untuk mendapatkan bantuan.

“Sayang, kenapa ni? Sayang dah tak kenal abang ke?” Reez angkat kepalanya daripada bahu Sofea apabila insan yang dikasihinya itu meronta-ronta kuat. Seakan-akan jijik dengan pelukannya.
Dia menatap wajah Sofea dalam jarak yang rapat. Anak matanya meneliti seluruh wajah Sofea sebelum berhenti pada parut di dahi isterinya itu. Reez yakin inilah tanda kemalangan yang terjadi berbulan lepas.

“Hey! Awak pekak ke? Lepaskan saya! Biadap sungguh kelakuan ni, awak tau tak! Tolong jangan jadi pencabul kaum wanita. Awak ni, tak ada iman ke?” Sofea dengan sekuat tenaga cuba merungkai pelukan Reez.

Apabila dia akhirnya berjaya melepaskan diri, terus saja sebiji penamparnya dilayangkan pada pipi Reez.
Pang!

Kuat sungguh. Sampai berpinar-pinar pandangan Reez dibuatnya.
“Sayang…” perasaan Reez terguris pedih.
“Ini abang, suami Sofea.”
“Suami? Apa awak merepek ni? Saya tak kenal pun awak!”

Mendengar bicara Sofea itu membuatkan Reez semakin keliru. Dia amat yakin, memang inilah isterinya. Dia perlukan bukti lanjut.

Reez segera teringatkan sebutir tahi lalat di belakang cuping telinga Sofea. Tanpa meminta izin, Reez terus merentap tudung yang tersarung di kepala Sofea itu. Terurai jatuh rambutnya yang ikal mayang. Tanpa Sofea sempat melarikan diri, kepalanya telah ditarik rapat ke dada Reez. Ditekan kemas dengan jari-jemari tangan kanan Reez. Sementara tangan kiri pula menyelak lembut rambut Sofea yang terurai. Belakang cuping telinga Sofea dilihat.

Ya! Terdapat sebutir tahi lalat di situ. Memang sah, inilah isterinya. Meskipun berjuta-juta kali Sofea mengatakan tidak, Reez tetap yakin dan pasti.
“How dare you!” Sofea memukul-mukul otot lengan Reez agar dirinya dilepaskan.
Reez melepaskan Sofea. Tudung Sofea yang terapung di atas air diambil lalu dihulurkan bersama satu senyuman nakal.

“Jom ikut abang pulang ke rumah kita, sayang.”
“Awak ingat saya perempuan murahan ke? Yang senang diajak ke rumah lelaki?” Marah Sofea sambil menyarungkan semula tudung di kepalanya.
Tidak semena-mena tubuh Sofea dicempung dari dalam air itu.

“Jangan banyak songeh, kena ikut abang balik sekarang.”
“Hei, lepaskan saya! Tolong! Tolong!”
Reez pekakkan telinga. Yang dia tahu, Sofea akan dia bawa pergi dari situ. Sofea akan pulang ke mahligai indah mereka.

Bagaikan merai kejayaan Reez yang telah menjumpai isteri tercinta, angin entah dari mana datangnya tiba-tiba bertiup kuat lantas menggugurkan dedaunan kering dari pepohon kayu yang sebahagian dahannya sudah condong mencecah sungai. Taburan daun itu melewati Reez dan Sofea. Sofea yang sedang meronta di dalam cempungan Reez turut terpaku dengan jatuhan rimbunan dedaunan itu.

“Sayang ingat tak dulu, masa kita makan aiskrim di bawah pokok? Daunnya berguguran seperti ini juga. Indah sekali.” Reez berbicara sambil menatap anak mata Sofea.
Reez dapat melihat terdapat kesan genangan air hangat pada tubir mata Sofea. Namun mengapa isterinya itu enggan mengakui ikatan yang tercipta di antara mereka sebelum ini.
“Saya tak ingat dan tak pernah jumpa awak pun seumur hidup saya! Sekarang turunkan saya!”

“No!” itu sahaja balasan Reez.
“You’re mine! Only mine!”
Seperti suatu ketika dulu, Sofea pernah memaksa Reez untuk menjadi miliknya, begitu juga Reez pada detik ini. Dia akan melakukan hal yang sama pada Sofea, meskipun jalan yang bakal ditempuhi akan datang penuh liku dan duri.
Jangan pernah dinafikan cinta seorang suami. Ikhlas kasihnya tidak mungkin terganti. Malah, hangat kasih Reez terhadap Sofea kian membara. Meskipun hubungan mereka bakal teruji berkali-kali, cintanya buat Sofea tidak mungkin akan terpadam sampai mati.

“Sofea… sweet romance for you, love.” Ujar Reez bersama satu lirikan senyum di hujung bibirnya. Senyuman itu bukan sebarang senyum, tetapi senyum yang penuh dengan maksud yang mendalam.

No comments:

Post a Comment