AKU YANG KAU TINGGALKAN ~ ALINA HAIZAR



PRE ORDER REPRINT HGGA 4 APRIL
AKU YANG KAU TINGGALKAN ~ Alina Haizar
RM
35 SM / RM38 SS
 POSTAGE RM8 SM / RM12 SS

"Masya-Allah, Sazali anak Deris tu?" Mak Cik Siah bertanya inginkan kepastian.

“Iye, mak cik,”

"Depa dua tu kawan ke? Mak cik tak tau pulak.
Kami pun tak tau, mak cik."

"Kalau mak cik tau, taklah mak cik rekomen Ani tu kat Puan Zainun. Patutlah Ani tu nampak macam tak seronok pun, lebih-lebih bila dah dekat-dekat nak kahwin ni."

Baru Mak Cik Siah perasan akan ketidakceriaan wajah anak gadis itu sejak akhir-ahir ini. Tidak seperti lazimnya wajah bakal pengantin yang bakal disepuh bahagia.

"Habis macam mana ni, mak cik? Apa kita nak buat? Mak cik kena cakap dengan Puan Zainun tu."

"Nak cakap apa? Pengantin perempuan sudah lari? Heiii…, macam mana mak cik nak bagitau Puan Zainun ni? Mesti dia kecewa sangat." Dia suka betul bila Ani setuju hari tu. Walaupun kecil-kecilan tapi dia dah buat persiapan juga tau! Mak Cik Siah mula naik pening memikirkan masalah yang tiba-tiba mendatang ini.

"Nak buat macam mana mak cik? Dah bukan jodoh." Nia juga seperti orang yang sudah putus harap.

"Susah mak cik nak cakap dengan Puan Zainun. Habis tu, duit yang Puan Zainun dah bagi hari tu macam mana?"

"Kena pulangkanlah…, nak buat macam mana lagi?" jawab Nia perlahan. Dia tahu bukan mudah untuk dia berbuat demikian.

"Macam mana nak pulangkan, Nia? Mak cik tau Nah sudah beri pada tuan tanah untuk tebus balik semuanya? Kalau minta balik duit tu, habis tu kau orang nak duduk mana?"

"Tak taulah mak cik."
Buntu fikiran Nia jadinya bila mendengar kata-kata Mak Cik Siah.

"Kalau Puan Zainun paksa juga macam mana? Dia sudah terdesak juga tu. Dia sudah banyak habis wang juga untuk membuat persiapan perkawinan ni. Baik-baik Puan Zainun, dalam hal ini dia akan berkira juga. Sebab dia berhajat sangat untuk jodohkan Zaril. Dia boleh saman keluarga Nia nanti. Kalau dia minta bayar ganti rugi, macam mana?"

"Takkanlah mak cik, mana kami nak cari wang lagi?"

“Hisy budak Ani ni pun satu. Mana kita nak cari dia? Susah betul," sungut Mak Cik Siah, buntu fikiran Mak Cik Siah dengan perbuataan Ani.

"Apasal dia tu terdesak sangat nak kahwinkan cucu dia. Cucu dia tak ada pilihan sendiri ke?"

"Eh! Nia tak tahu ke pasal Zaril? Ani dengan emak Nia tak cerita ke?"

"Cerita pasal ape?" soal Nia lagi.

"Tak pelah. Tak ada apa-apa.ummmm emak Nia macam mana?" Mak Cik Siah terus menukar topik perbualan.

"Teruk, mak cik. Dia asyik menangis sejak semalam lagi. Sampai sekarang dia dok susah hati. Tak mau makan, tak mau minum. Nia risau, Nia tak pernah tengok emak macam ni. Dia macam putus asa betul. Dia kata, biar dia sakit, dia nak mati. Emak mana pernah macam tu, mak cik."

"Kesian betul mak cik dengar pasal Nah. Kalau bukan sebab ayah Nia, dia tak akan susah macam ni. Si Rosnah tu kerja kuat membanting tulang setiap hari. Nia tau tak macam mana emak Nia tu kerja kuat untuk bagi hampa semua pelajaran?”

"Nia sedar mak cik. Tak terbalas kami semua atas pengorbanan emak selama ini." Suara Nia terus sebak kembali mengenangkan pengorbanan demi pengorbanan yang terpaksa emaknya lakukan semata-mata untuk kelangsungan hidup mereka.

"Dia dah tua, Nia. Bukan larat dia nak kerja kuat lagi. Dia dah berangan-angan, lepas Ani kahwin, Nia pulak dah kerja, bolehlah dia berehat sikit. Legalah dia sikit. Sekarang ni dia kena kerja lebih teruk, tanah sendiri pun sudah tak ada." Mak Cik Siah juga turut terbawa-bawa nada kesayuan anak gadis di hadapannya itu.

"Nia boleh tanggung beban tu, mak cik. Bila Nia dapat kerja Nia akan bawa adik dan emak tinggal dengan Nia."

"Itu bila Nia dapat kerja? Sementara tu macam mana? Hangpa semua dah kena keluar dari tanah tu. Kalau nak, tumpang rumah mak cik lah? Tapi rumah mak cik ni kecik sikit. Anak-anak lelaki mak cik ramai." Mak Cik Siah mempelawa, cuba menawarkan penyelesaian pada masalah jirannya itu.

"Nia mesti cari jalan untuk selamatkan keadaan, mak cik. Nia mesti buat sesuatu. Kesian dengan emak."

"Mak cik pun susah. Silap-silap Puan Zainun marah dengan mak cik. Ini semua mak cik yang aturkan. Takut lepas ini, dia tidak akan percaya dengan mak cik lagi. Tak boleh kerja lagi dengan dia.” Mak Cik Siah sudah mula gusar.

“Larrr Iye ke mak cik? Habis? Macam mana kita nak selesaikan masalah ni, mak cik. Sekarang ni bukan kami sahaja, Mak Cik Siah juga jadi susah. Apa yang Nia boleh buat?" soal Nia, mula naik rasa risau, Emak pulak langsung tak berdaya lagi.

Mak Cik Siah termenung tidak berkata-kata apa-apa buat seketika, kemudian dia bertanya, "Nia betul cakap Nia nak tolong?"

Nia mengangguk. Pasti.

“Baik. Kalau betul Nia nak tolong Emmm Apa kata Nia kena ganti tempat Ani? usul Mak Cik Siah.

"Hah! Nia ganti tempat Ani? Mana boleh! Apa kata Puan Zainun? Takkan kita nak tukar senang-senang macam tu aje. Ani tu pilihan Puan Zainun. Mesti Puan Zainun pilih Ani sebab Ani cantik. Nia bukan macam Ani. Nia biasa sahaja."
Nia terkejut mendengar cadangan jirannya itu.

"Sebenarnya Puan Zainun belum pernah lihat wajah Ani pun. Bila Mak Cik bagitahu dia yang Ani setuju kahwin dengan Zaril Ikhwan. Puan Zainun terus setuju aje. Puan Zainun hanya mahu seorang gadis yang baik untuk dikahwinkan dengan Zaril. Dan dia hendak semuanya disegerakan. Minggu depan lawyer akan datang untuk sain dokumen tau."

"Mak cik apa pulak kata Zaril Ikhwan? Senang-senang nak tukar macam beli baju. Tidak mungkin Zaril tu nak terima Nia, Ani tu cantik, tak macam Nia."

Mak Cik Siah memandang wajah yang tulus di hadapannya itu, dia akui Nia Atirah tidak mempunyai kejelitaan yang terserlah seperti Ani. Tetapi bila dipandang lama-lama, manis juga wajah Nia Atirah. Memang diakui bahawa Nia bukan mempunyai susuk tubuh menawan seperti Ani Ayuni, dia nampak agak kurus dan cengkung sedikit. Mungkin terlalu sibuk belajar.

“Kalau berisi sikit, cantik juga budak Nia ini, bisik hati kecil Mak Cik Siah. 

Tetapi pada pendapat Mak Cik Siah, itu bukan menjadi ukuran pada Puan Zainun, apatah lagi Zaril Ikhwan. Soalnya sekarang, perkahwinan Zaril Ikhwan mesti diteruskan segera. Puan Zainun sudah dengar di kalangan anak-anak dan cucu-cucunya yang tidak setuju harta Puan Zainun diserahkan semuanya kepada Zaril Ikhwan kerana Zaril Ikhwan sudah tidak boleh berfungsi sebagai manusia dewasa yang normal. Pada mereka, Zaril Ikhwan sudah jadi sayur yang lembik dan tidak bermaya lagi. Sebelum mereka memprotes keputusan Puan Zainun, lebih baik dia segerakan perkawinan Zaril Ikhwan.

Mak Cik Siah rasa Puan Zainun tidak banyak karenah dalam hal siapa yang bakal berkahwin dengan cucunya, Ani Ayuni atau Nia Athirah. Asalkan gadis itu seorang yang baik dan sanggup menjaga cucunya.

"Mak cik rasa perkara itu tidak akan jadi masalah. Kalau Puan Zainun setuju, cukuplah."

"Pelik juga, Zaril ni Mak Cik Siah. Semua dia serahkan pada Puan Zainun."
Perkara yang menyelubungi fikirannya sejak tadi, diluahkan pada Mak Cik Siah akhirnya.

"Diakan tidak berapa sihat sekarang ni. terang Mak Cik Siah. Emak Nia tidak cakap apa-apa ke pasal keadaan Zaril?"

"Tak ada apa-apa pun. Apa sebenarnya ni, mak cik? " Nia mensyaki ada sesuatu yang pelik tentang lelaki yang bernama Zaril Ikhwan. Namun dia tidak dapat meneka apa yang tidak kenanya.

"Tak ada apa-apa. Kalau nak tahu, tanyalah emak Nia. Mak Cik Siah tidak mahu berkata banyak lagi. Apa pun dia mesti memujuk Nia supaya mengambil tempat Ani.
Apa kata esok mak cik jumpa Puan Zainun, terangkan apa yang berlaku. Kalau Puan Zainun setuju, Nia ganti tempat Ani, masalah kita semua akan selesai."

Ternganga Nia dibuatnya. Begitu mudah sekali mereka bertukar tempat. Ini macam main-main sahaja. Perkara yang mempertaruhkan masa depannya bolehkah ditentukan sebegini drastik tanpa dia diberi masa untuk berfikir pun.

"Nia setuju tak?

"Nia... Nia umm mak cik, susahlah mak cik beratnya hati Nia."

"Kalau Nia tak setuju, macam mana ni? Tadi kata nak tolong keluarga Nia dan mak cik?" gesa Mak Cik Siah.

“Hmmmm hmmmm Bagi masa untuk Nia fikir dulu. Nia perlu waktu untuk membuat keputusan." Ini soal masa depannya.

"Tak ada masa dah Nia. Kenduri tu tinggal sebulan sahaja lagi." Mak Cik Siah masih mendesak.

"Esok... Esok Nia bagi keputusan."

"Baik, Nia fikir baik-baik Ini sajalah peluang Nia untuk tolong emak Nia, ujar Mak Cik Siah sebelum Nia berlalu pulang."

No comments:

Post a Comment