MY LOVE BODYGUARD ~ HAYATI AHMAD

PRE ORDER

RM35 SM / RM38 SS
#PostageRM8

KALI ini aku nekad. Meskipun aku masih belum cukup sihat, aku telah memaksa supaya Airiel bersetuju untuk membawa aku pulang ke rumah walid. Aku harus mendapat penjelasan dari Akim, apakah maksud sebenar pesanan dalam whatapps dia tempoh hari?

Sebaik sahaja sampai, umi menyambut aku dengan wajah sugul. Rumah kelihatan sunyi sepi. 
“Walid mana mi?”
“Walid ke office, bosan katanya duduk kat rumah.”
“Bukan hari tu walid kata nak pencen ke?” Umi tersenyum mendengar soalanku.
“Nak buat macam mana Rukiah, walid tu dah biasa kerja. Kalau rehat je, rasa tak seronok katanya.”
Romaku terasa meremang sebaik sahaja masuk ke bilik kami kerana di sinilah segala kenangan bersama Akim tersimpan. Aku terus membuka almari untuk menukar pakaian. Tiba-tiba pandangan aku jatuh kepada sepasang baju melayu berwarna ungu yang tersangkut di dalam almari. Setahu aku, Akim tidak pernah membeli baju ini. Aku belek-belek baju itu. 
“Baju siapa ni umi?” Soalku tanpa memandang ke belakang. 
“Baju abang…” Tiba-tiba suara Akim menyahut. Aku segera menoleh. Dia tercegat memandangku.
“Cepat abang balik.”
“Abang cuti hari ni.” Aku terus mendapatkan Akim lalu memeluknya. Akim berdiri macam patung…
“Kenapa bang, abang tak rindu Lia ke?” Aku melepaskan pelukanku. Akim tarik nafas panjang. Dia juga kemudiannya menarik tangan aku lalu di bawa duduk di katil.
“Abang tak rindukan Liake?” Soalku lagi.
“Ehemm… rindu.” Akim menggigit bibirnya. Dia merenungku… tiba-tiba dadaku terasa sesak.
“Lia nak tanya, kenapa abang bagi whatapps kat Lia macam tu.”

“Bukan Lukhman yang hantar, I yang hantarkan.” Tiba-tiba Lynn menyampuk. Aku tersentak. Minah ni betul-betul penyibuk. Sampai ke bilik kami pun dia terjah.
“Kau tak malu ke masuk bilik orang?” Aku ketap bibir geram.
“Kau yang tak malu datang tak diundang.” Lynn menyindir aku.
“Hei, kau blahlah sebelum aku tumbuk muka penyek kau tu!” Aku mengugut. Geram betul aku. 
“Lukhman!” Lynn merengek. 
Wah, darah aku mula mendidih! Kemain gedik minah ni.
“Lia, kenapa Lia datang sini. Kan Lia tak sihat lagi. Anak kita siapa jaga?”
Aku tergamam dengan kata-kata Akim.
“Lia nak jumpa abang.”
“Ok, sekarang dah jumpa. Lia balik ye.”
“Abang halau Lia?”
“Tak, abang tak halau. Tapi Lia baliklah.”
“Kau memang tak tahu malukan Rukiah…” Lynn sindir aku.
“Lynn, you keluar sekarang!” Suara Akim sedikit meninggi. Lynn menghentak kaki keluar dari bilik dengan rungutan keras.
“Ok, sekarang abang akan minta Airiel hantar Lia balik ye.”
Aku pandang Akim…
Aku renung jauh ke matanya…
Apakah tiada rasa simpati dia kepada aku yang datang dari jauh ini. Penatpun belum habis.
“Betul ke apa yang Lia baca tu?”
Akim angguk perlahan.
“Habis Lia?”
“Lia tetap isteri abang.”
“Tak… Lia takkan nak bermadu. Abang kena pilih, Lynn atau Lia.”
“Lia…!”
“Sekarang!”
Akim menggeleng-geleng.
“Abang!” Akim tetap menggeleng. Lynn masuk semula kebilik kami. Lynn menjeling aku dengan pandangan sinis. Nenek juga ikut mengintai-intai dengan berpura-pura lalu di bilik kami. 
“Abang, kalau abang pilih dia, abang kena lepaskan Lia!” Aku tuding Lynn dengan jari runcingku. Aku beri dia amaran keras dengan renunganku. Akim milik aku, bukan dia!
Kalau boleh aku mahu cucuk saja matanya dengan telunjukku ini. Lynn cuma tersenyum tanpa membalas kata-kataku. Tapi senyuman Lynn benar-benar membuatkan aku semakin marah.
“You pergilah pujuk Rukiah tu. I tak nak sebab kita nanti dia jadi… apa orang kata? Meroyan?” Lynn masih tersenyum memandangku. 
“Perempuan tak tahu malu!” Aku rasa mahu saja ramas mulut Lynn.
“Lia, cukup!” Akim meninggikan suaranya sehingga membuatkan aku tersentak.
“Syhhh… tak elok you layan dia macam tu. Dia kan baru melahirkan. Lynn bergegas mendekati Akim lalu mengurut-ngurut dada suamiku itu. Dan anehnya, Akim langsung tidak menentang sebaliknya hanya membiarkan Lynn memperlakukannya begitu.
Aku makin penasaran. Terasa darahku sudah panas mendidih di kepala.
“Perempuan tak guna!” Aku sudah hilang pertimbangan. Aku tidak sedar bila masa aku menerpa Lynn. Cuma tahu-tahu saja dia sudah terbentur ke dinding menerima serangan aku.
“Lia!” Belumpun sempat aku meneruskan serangan, pergelangan tanganku pantas saja dicengkam oleh Akim.
Lynn menggogoi dengan hidung yang berdarah. Tidak ada sedikitpun rasa simpati aku kepadanya melainkan ketika ini inginku ramas-ramas sahaja makhluk keji itu sahaja.
“Lynn!” Akim hanya memandangku ketika Lynn menerpa memeluknya.
Lalu sekali lagi sabar aku lupus!
“Setttan!” Aku hayunkan pelempang ke muka Lynn sekuat-kuatnya. Tapi tiba-tiba Akim pula yang terteleng. Wajahnya merah padam. Aku sendiri terperanjat, kusangka Lynn rupanya dia yang kena!
“Abang!”
Akim segera menarik tangan Lynn lalu meninggalkan aku terpinga-pinga di dalam bilik ini.
Dum! Kedengaran pintu bilik Lynn dihempas kuat.
Sedetik… dua detik dan waktu terus berlalu. Aku pandang pintu yang tertutup itu. Aku langsung tidak mendengar kaki dia melangkah mendatangi aku di bilik ini.
Aku terus peluk diri sendiri. Aku tekapkan mukaku ke bantal. Aku memekik semahu-mahunya. Aku amat berharap pintu bilikku akan terbuka lalu Akim masuk memujukku. Aku nak dia panggil aku sayang dan memihak kepadaku walaupun aku sedar bertapa teruknya sikap aku hari ini.

“Abang… masuklah bilik kita. Abangkan sayang Lia…” Aku merayu sendirian.
“Abang cakaplah abang sayangkan Lia, bukan dia. Abang kena sokong Lia, bukan dia. Abang….” Aku terus merintih.
Tapi Akim langsung tak keluar dari bilik itu. Aku tertidur dalam tangisan. Bila aku sedar, hari sudah lewat petang. Mungkin saja telah memasuki fasa Maghrib.

Nak solat, aku masih dalam nifas. Nak baca al-quranpun masih belum boleh. Aku tunggu juga Akim. Tapi umi ada datang memujukku.
Selama beberapa hari aku hanya menangis. Akim langsung tidak menjenguk aku di bilik. Kalau dia masukpun hanya untuk mengambil pakaiannya, lalu dia akan keluar semula. 
Aku tak mahu makan sama sekali. Kalau umi datang hulur makanan, aku hanya mampu menelan air sahaja. Sepanjang waktu aku lemah. 
Aku sudah jadi macam orang tidak siuman kerana saban hari menunggu Akim di atas katil dalam keadaan busuk dan tidak terurus. Setiap kali umi masuk dan cuba memujuk aku, aku hanya memandangnya dengan renungan kosong. 
Pada hari keempat, abang ngah muncul. Ketika itu Akim sudahpun pergi kerja dengan Lynn. Abang ngah paksa aku mandi. Abang ngah heret aku ke bilik air. Abang ngah mandikan aku. Setiap kali dia menyirami aku bibirnya terkumat kamit mengalunkan selawat. Suara abang ngah kedengaran menggigil seolah-olah sedang mengulum tangisnya sendiri.
Setelah memohon izin dengan umi dan walid, abang ngah paksa aku masuk keretanya lalu bawa aku balik ke kampung.
Umi yang kemaskan barang-barang aku. Sementara walid pula langsung tidak bercakap. Sesekali dia kelihatan memicit hidungnya yang sudah bertukar ke warna merah.

Aku cuba mengumpul sisa-sisa kekuatan yang masih ada. Setiap kali ada bunyi kereta, aku amat mengharapkan itu adalah kereta Akim yang datang untuk menjemputku. 
Hampir sebulan aku langsung tidak melihat Akim. Aku rindu separuh mati. Aku jadi benci kepada Rifqie kerana dialah aku harus melalui semua ini. Akim pilih Lynn sebab aku sudah tidak secantik dulu gara-gara mengandung dan melahirkan Rifqie.
Akhirnya doktor mengesahkan aku mengalami Pospartum Depression.
“Tak, Lia tak gila. Lia masih belum gila. Dan Lia takkan gila!”


No comments:

Post a Comment