KISAH YANG AKU INGINKAN

PRE ORDER


BLURB : DEAR, DR. QAYEED



Gara-gara wisdom tooth, aku dan Dr. Qayeed dipertemukan. Namun statusnya sebagai ‘suami’ dan ‘papa’ orang menghalang untuk aku menerima salam perkenalan darinya. Lantas aku cuba menjauh. Tetapi semakin aku menjauh, semakin dekat dia cuba menghampiri.

“Baliklah, doc. Anak dan isteri tengah tunggu doc kat rumah tu.” – Aku
“Anak mungkin. Tapi bukan isteri.” – Dia 
“Oh, yang hari tu bekas isteri ya?” – Aku
“She’s not my wife. Not even my ex.” – Dia

Persoalan terjawab dan akhirnya aku membuka hati ini untuk menerima dirinya. Namun di saat aku dan dia meniti hari bahagia, kenapa hati ini terasa dilukai? Bukankah dia janjikan aku ketelusan, sedangkan berciciran rahsia di antara kita?

****

BLURB : KASIH YANG KAU TINGGALKAN

Pertemuan pertama di awan biru meninggalkan rasa indah pada aku dan dia. Tetapi sebaik saja kami menjejaki rumah yang sama, rasa indah itu bertukar menjadi benci.

“Jadi, dia nilah anak perempuan tu?” – Darwis Shah
“Excuse me? What did you call my mother?” – Aku 
“I don’t like your mother.” – Darwis Shah

Semakin keras hatinya hendak menerima ibuku, semakin keras juga hati ini hendak menerima ayahnya. Tetapi dalam saling membenci itu, dia datang menghulurkan bantuan di saat aku benar-benar memerlukannya.

“They won’t hurt you again. I promise you.” – Darwis Shah

Janjinya itu membuatkan hati ini kembali tercuit dengan kebaikannya. Tetapi apakan daya, aku dan dia tidak seharusnya bersama. Kerana dia abangku dan aku adalah adiknya.

Bila rasa kasih mula tersimpul dan hati sudah nekad, tiba-tiba… dia pergi meninggalkan aku.

Kenapa?

Kenapa kau pergi setelah kasih kau beri?


No comments:

Post a Comment