RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI


💝 Teaser RHTM 💝
#PreOderSehingga31Disember
PROMOSI POS PERCUMA SEHINGGA 31 DISEMBER

"Kenapa belum tanggalkan tudung tu. Setahu saya kalau dah kahwin, awak boleh tunjukkan rambut awak pada saya. Betul kan?”
Kaku Nabiha saat itu. Dia kembali duduk dan tangannya mula bergerak mahu menanggalkan tudung yang masih dipakainya. Andai itu kemahuan suaminya wajiblah dia turuti walaupun dia sebenarnya masih tak biasa mempersembahkan auratnya pada Shawn. Walaupun sekadar aurat rambut. Sejak kecil, sejak dia baligh, mahkotanya itu cukup dijaga. Hatta di hadapan pak ngah juga Nabiha bertudung. Kerana itu malam ini di hadapan Shawn dia agak gugup untuk menyerlahkan auratnya.
“Biar saya tolong,” pinta Shawn saat melihat Nabiha seperti kepayahan menanggalkan tudung di kepalanya.
Tangan mereka saling bersentuhan. Dan itu sudah cukup menyebabkan detak jantung Nabiha berdegup makin hebat.
“Oh God banyaknya pin.” Dahinya berkerut hampir tertekan. Kiri, kanan, atas dan bawah. Semuanya dipin kemas oleh Nabiha. Patutlah tudung dia tak senget kemas semacam. Ini rahsianya ya.
Nabiha hanya mampu tergelak. Tuhan saja yang tahu perasaan bahagia yang menjengahhatinya saat ini. Dia tidak menjangkakan Shawn sudi berbual dan menolongnya seperti ini. Dia bayangkan Shawn akan dingin dengannya. Tapi telahannya meleset sama sekali. Shawn kelihatannya berusaha untuk menyesuaikan diri. Nabiha juga seperti itu. Moga mereka sama-sama dapat melalui fasa rumahtangga ini dengan baik.
Tidak pernah terdetik di hati Nabiha untuk melalui takdir seperti ini. Dia langsung tak pernah terfikir bahawa jodohnya adalah lelaki yang selama ini menjadi cinta hati majikannyasendiri. Lelaki yang dipanggil Encik Shawn kini telah sah menjadi suaminya. Seorang suami yang wajib untuk dia hormati. Nabiha telah berjanji pada dirinya sendiri. Ahmad Nazeem bukan sahaja akan menjadi suami yang dihormati bahkan dia akan cuba mengait cinta untuk lelaki itu. Belajar untuk mencintai walau dia masih kekok dengan subjek cinta ini.

No comments:

Post a Comment