REEZ SWEET ROMANCE FOR YOU LOVE

HAPPY HOUR!!!
24 JAM SAHAJA ! BERMULA SEKARANG JAM 9.30 PAGI 19 DISEMBER HGGA 9.30 ESOK PAGI 20 DISEMBER JAM 9.30 PAGI
SINOPSIS penuh Reez
REEZ, hanyalah untuk gadis yang hebat sahaja. Anggun dan jelita, sudah tentu. Sesuai dengan dirinya yang hidup bergelumang dengan kemewahan. Sangka Reez, jodohnya adalah artis antarabangsa atau sesiapa sahaja yang sama taraf dengan kedudukannya sebagai seorang pengarah syarikat. Sementelah, dia juga memiliki raut wajah yang tampan bersama anak mata yang cukup mempesonakan para gadis. Dengan hanya satu senyuman sudah mampu membuatkan dirinya digilai. Reez menjadi dambaan gadis, pujaan wanita, dan idaman setiap perempuan. Namun untuk memiliki lelaki sehebatnya, bukanlah mudah. Ego Reez terlalu tinggi. Cintanya terlalu ‘mahal’.

Sofea Aisya, si pemilik alis mata yang lebat ini sedari dahulu lagi mencintai Reez. Mengekori dan mengintip Reez adalah kebiasaan di dalam hidupnya. Dia sentiasa ada berdekatan dengan Reez dengan pelbagai bentuk penyamaran untuk menyembunyikan identitinya. Yang penting dia sentiasa dapat menatap lelaki yang paling dicintainya itu. Cinta yang membara di dalam dadanya itu memaksanya menjadi seorang gadis yang gelojoh dalam merealisasikan cita-citanya untuk menjadi isteri Reez.

“Sekarang memanglah awak tak nak. Nanti pandailah saya nak buat awak kahwin dengan saya” Sofea sudah seperti perempuan yang tidak tahu malu. Dia nekad tidak akan melepaskan Reez kepada mana-mana gadis, sama ada Reez rela atau tidak, Reez harus menjadi suaminya.

Dalam satu insiden yang tidak diduga, Reez berdepan bahaya apabila diburu oleh sekumpulan lelaki yang berniat jahat. Bagai mengantuk disorongkan bantal, Sofea menghulurkan tangan untuk membantu. Dan misi untuk memerangkap Reez menjadi pasangan hidupnya mula diatur. 

“Janganlah bising! Kalau orang lain dengar macam mana? Saya tak nak timbul fitnah nanti. Berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. Awak kena faham, apa yang saya buat sekarang ni sebab saya tak ada pilihan. Ini je cara menyelamatkan nyawa awak buat masa ini. Jadi, sebagai balasannya, awak pun kena jaga maruah saya juga.” Keras suara Sofea memberikan amaran sedang di dalam hati penuh muslihat.

Demi cinta, fitnah ditabur oleh Sofea Aisya buat lelaki idamannya itu.
“Sofea dan Reez memang bercinta selama ni. Bahkan kami dah ter... terlanjur bah. Sekarang ni Sofea hamil dua bulan. Kalau abah nak bukti, ada dalam beg tangan Sofea pregnent test.”

Sungguh Reez terpempan. Bila masa pulak aku terlanjur dengan dia. Aku ni teruna lagi tau, sentuh perempuan pun tidak pernah.
“Macam mana aku nak jadi suami kau Sofea? Aku tak ada rasa apa-apa pun kat kau. Sayang ke? Cinta ke? Rindu ke? Kasih ke? Sikit pun tak ada Sofea. Aku tak mampu nak hidup bersama dengan kau. Jadi suami kau.”

Disebabkan nyawanya yang terancam, Reez akur sahaja untuk menikahi Sofea Aisya yang langsung tidak dicintainya itu. 
Dan hari pernikahan tiba jua. 

“Kau nak sangat jadi isteri aku, kan Sofea?! Hmm? Baik! Aku akan kahwini kau. Aku akan buktikan , aku takkan sesekali jatuh cinta pada kau. Jasad aku bolehlah kau miliki, tapi tidak hati aku. Masa tu kau akan terluka, kecewa, dan menyesal. Memang kau perempuan tak tahu malu. Cinta tak boleh dipaksa Sofea!” 

Baju pengantin yang terdampar di atas katil yang masih belum dicuba sejak hari Sofea memberikan kepadanya itu dicapai. 

Bagaimanakah alam rumah tangga mereka? Berbahagia atau pun tidak? Semuanya akan terjawab di dalam naskhah ini? Dapatkannya sekarang.

PRE ORDER TINGGAL TAK BANYAK HARI LAGI
TEMPAH SEKARANG
KEUTAMAAN CETAKKAN UNTUK YANG MEMBUAT BAYARAN PRE ORDER


No comments:

Post a Comment