DIA LELAKI BERHANTU - Adnil Zaff

DIA LELAKI BERHANTU - Adnil Zaff

BLURB

Raihana sudah lama menyimpan perasaan cinta kepada Zackery. Sayangnya dia hanya mampu menyepikan diri. Zackery tidak mungkin akan memandang wanita biasa seperti dia. Namun satu takdir merubah banyak perkara!
Akibat kemalangan, Zackery kehilangan upaya serta satu-satu adiknya telah meninggal dunia. Daripada seorang yang gah, Zackery hidup sebagai lelaki lumpuh. Hidup segan matinya tak mahu. Meratapi nasib diri dibiarkan terkontang kanting oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak upaya. 
Raihana hadir menghulurkan bakti demi Tuhan, demi cinta. Zackery dikahwininya. Dipupuk, dijaga, dibelai dan dimanja seperti selayaknya. Namun hatinya terus runsing.. Tidak tahu derita apa yang sedang menghurung suaminya. Suatu hari petunjuk Allah tiba. Zackery rupanya sedang didampingi makhluk lain. 
Dibawa berubat, mereka berdepan dengan jawapan persoalan misteri mengapa Zackery lumpuh selama ini. Bersama Pak Kiyai, Zackery belajar ilmu agama. Sekaligus Zackery dan Raihana terpaksa berjauhan.
Sayangnya, ketika berjauhan Raihana digemparkan dengan warkah luka. Dia telah diceraikan Zackery! Hampa. Raihana membawa diri jauh dari keluarga. 
Beberapa tahun menjanda, Raihana diketemukan semula dengan Zackery ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama kenyataan lain. 
“Apa pulak yang dah merasuk abang ni? Pak Kiyai tu tak ubatkan abang betul-betul agaknya sampai abang tak faham apa yang abang sendiri buat!”-Raihana
“Abang betul-betul tak faham! Jangan mempersendakan abang macam ni! Abang masih suami Hana tau!!!”- Zackery
Mereka masih suami isteri yang sah? Kata Julia dan Adila, Zackery itu lelaki berhantu. Manakan tidak? Seburuk mana perangai Zackery di mata orang lain, Raihana tetap menginginkan lelaki itu. Sayangnya, mereka tidak mendapat restu. 
Dia Lelaki Berhantu, kisah pengorbanan dan kesilapan masa lalu. Setelah sekian lama berkorban dan terpisah, bagaimanakah untuk mereka menggapai bahagia itu?

atau

No comments:

Post a Comment