BABAK CINTA ~ SHIROE SHERRY

BAKI TERHAD
RM32 / RM35
Termasuk pos
“Apa dalam guni tu?” Soalnya menyibuk. Tak sempat aku jawab, Paloma dulu menyahut.

“Meow…” Aku telan liur. Mampus.

“Kucing?” Mata lelaki itu sudah terjegil. Haaa...sudah!

“Err…ya. Paloma nama dia. I pun datang sini nak buat check up. Dia tak sedap badan. Biasalah tu, pregnant.” Jawabku kalut. Entah betul atau tidak aku tak tahu. Ada ke pencinta haiwan bawa haiwan diorang datang check up kandungan? Scan perut? Bagi asid folik? Ahh, aku tak tahu sebab aku bukan pencinta haiwan. 

“Oh ya ke? Datang buat check up ke datang nak buang dia? Kenapa sampai perlu bawa dia dalam guni? Paling koman pun gunalah kotak.” Pandangan Fahin dah lain macam. Tajam macam pisau dah mata dia sekarang. Nampak sangat dia tak percaya dengan alasan mengarut aku tadi. 

“Tolong encik. Rara nak buang Paloma.” Sampuk Sartik tiba-tiba. Aku terkejut lantas berpaling memandangnya. Pandangan Sartik masih pada Fahin dengan wajah yang mencemik macam nak menangis. 

“Sartik!” Nampaknya Sartik sudah mengkhianati aku.

“Apa? You sedar tak apa yang you buat sekarang ni?” Marahnya tiba-tiba. Dia sudah bercekak pinggang. Bala dah datang. Aku buang kucing aje pun, bukannya buang bayi. Lagi pun kucing ni bukan aku yang punya, malas aku nak bertanggungjawab ke atas dia dengan anak-anaknya yang bakal lahir. Patutnya Si Paloma ni cari bapak yang buntingkan dia. Dasar kucing jantan tak guna. Habis madu sepah dibuang. 

“You tak faham.” Jawabku tidak berperasaan sambil berpeluk tubuh. 

Tiba-tiba lelaki itu merampas guni daripada tangan Sartik dan melepaskan Paloma. Paloma duduk relaks menjilat bulunya yang boleh tahan lebat dan halus. Perutnya yang kembung dan bergerak-gerak tu sikit lagi boleh buat aku nak termuntah. Geli!

“Apa yang I tak faham?” Soalnya dingin. 

“I tak suka kucing.” Fahin ketawa sinis selepas mendengar jawapanku. 

“Oh, you tak suka kucing? Jadi alasan tu logik sangatlah sampai you boleh buang dia? You bukan buang dia aje tapi you buang anak-anak dia sekali.” Aku tak tahulah aku patut gelak ke tidak walaupun sekarang aku rasa nak gelak sangat-sangat. Hal kucing aje pun. 

“I buang dia sebab anak-anak dialah. I tak boleh tengok anak kucing.”

“Kenapa?” Soalnya lagi. Tengok muka dia pun aku tahu dia tak puas hati. 

“I tak bolehlah.” Dengusku geram. 

“Tak logik langsung.” Aku cuba bersabar mendengar komennya yang berbunyi sinis. Dia ingat aku main reka alasan tu? Dah aku memang geli tahap nak mati dengan anak kucing nak buat macam mana?

“Kenapa you sibuk-sibuk nak campur urusan I dengan Paloma? Yang you nak marah-marah sangat ni kenapa?”

“You ni tak berperikemanusiaan, tahu?” Aku terlopong. Dia samakan aku dengan orang yang buang bayi? Ini boleh mendatangkan marah. Sabar Rara. Sabar!

“Habis tu you berperikemanusiaan sangatlah? Takkanlah you tak pernah tahu ramai lagi orang lain buang kucing, bukan I seorang aje.” Kalau tak diingatkan dia ni bekerja di bawah satu bumbung dengan aku, ada jugak aku tak layan terus. Buang masa bertekak pasal hal kucing. 

“Masalahnya I tak terserempak dengan diorang, I terserempak dengan you. Satu lagi you sedar tak yang dia tengah mengandung sekarang? Tak kesian kat dia ke?” Aku kerling Paloma. Aku kesian tapi memang aku tak boleh, nak buat macam mana?

“Kalau I tak kesiankan dia, dah lama I buang dia, sejak I tahu dia mula bunting lagi tau. I pilih untuk buang dia kat sini, itu pun dah cukup baik, ada klinik, dan pastilah ramai pencinta haiwan kat sini.” Biar dia nampak sikit kebaikan aku ni. Memang aku tak ngam dengan kucing tapi aku taklah kejam sangat. 

“Bagus sangatlah jawapan you tu ya? Kalau nak diikutkan logik waktu sekarang ni yang penting untuk kita jaga dia. Bukan buang dia. Dia nak beranak tu you tahu tak? Beranak!” Fahin buat isyarat tangan menunjuk pada perut Paloma. Dia ingat aku buta tak nampak dan tak tahu semua tu?

“Sebab tu I buang dia kat sini. You tak nampak klinik tu?” Aku buat isyarat mata menghala pada Klinik Pencinta Haiwan. Fahin mendengus sambil tangannya mengusap dahi. Terkejut agaknya mendengar jawapanku. 

“You ingat dia akan menapak ke situ ke kalau dia nak beranak? Tolonglah fikir sikit. You ni memang kejam.” Ketawaku pecah serta merta.

“I kejam?” Aku telan jugak mamat ni.

“Ya!” Matanya menjelingku. 

“Okey I memang kejam jadi dengan hati yang tak berperikemanusiaan ni, I nak buang Paloma. Kalau you rasa you tu berperikemanusiaan sangat, tak kejam sangat you ambiklah dia. You bukan selamatkan dia aje tapi dengan anak-anak dia sekali.” Ujarku geram. Status aku dengan lelaki itu tidak aku hiraukan. Tengoklah macam mana suasana dekat pejabat esok, yang pastinya aku dengan dia semakin tak serasi. Pasti akan kecoh satu hotel yang memang selama ini sibuk bergosip aku dengan dia tak berapa nak ngam. 

“Jom kita balik Sartik!” Aku heret tangan Sartik dan membiarkan sahaja Fahin memandang dengan perasaan tidak puas hati. Huh, padan muka, suka hati dia cakap aku tak berperikemanusiaan padahal aku ni dah fikir sampai nak pecah otak nak buang Si Paloma tu dekat tempat sesuai. Kalau aku ni jahat, waktu aku tahu dia mula-mula bunting dulu aku dah buang dia. Biar dia kelaparan nak cari makan untuk dia dengan anak-anak dalam kandungan tu. 

“Naurah!” Aku berpaling ke arahnya sewaktu menarik pintu kereta. 

“Apa?” Soalku berani.

“You akan menyesal.” Ujarnya sambil menahan marah. Sekali lagi aku rasa nak tergelak. Dia bercakap macam aku pulak yang buntingkan Paloma dan dia jadi pak sanggup. Bengong! Untuk menambahkan lagi tahap amarahnya aku senyum sambil lambai tangan pada Paloma.

“Bye Paloma. Jangan lupa makan banyak-banyak buat simpan tenaga nanti nak meneran. Semoga Paloma dapat anak yang comel-comel seterusnya hidup bahagia sampai akhir hayat dengan Fahin ya? I’ll miss you!” 

Paloma mengiau kuat seakan-akan faham dengan apa yang aku cakap tadi. Fahin sudah bercekak pinggang. Merah padam wajahnya. Tengoklah tu, Paloma pun tak marah-marah macam dia. Padahal aku buang Paloma bukan buang Fahin. Siapa kucing sekarang? Opps, terlebih sudah. Aman hidup aku!

PS: Naurah lebih kepada geli tak boleh tgk anak kucing yg baru lahir

No comments:

Post a Comment