RAMADAN ELMUBARAK ~ SYAMNURIZMIL


MINI POCKET SHOT STORY
LIMITED EDITION
HARGA RM15 
postage poslaju RM8 SM / RM12 SS
Tak tahu pula, selama ini aku diperhatikan. Tak tahu pula bapak ada rancangan lain untuk aku. Tak tahu pula arwah tok ayah ada deal dengan arwah Tok Dil. Kalau aku tahu pun, apa yang aku boleh buat? Tak ada Lail... tak ada! Kerana jodoh itu... telah pun ditetapkan oleh Allah SWT!

“Nama?”
“Ramadan.”
“Ramadan apa? Ramadan Al-Mubarak?”

“Eh, mana tahu?”
“Dah biasa dengan pick up line basi macam tu.”
“Tapi, betul... tu memang nama saya. Ramadan El-Mubarak. Spell with E. Saya boleh tunjukkan IC saya kalau Cik Lailatul Qadr tak percaya.”

Dia Ramadan. Ramadan El Mubarak. Kebetulan pula dalam Ramadan ada Lailatul Qadr. Macam berjodoh pula! Tapi layakkah aku untuk Ramadan? Dia jauh lebih baik daripada aku.

“Untuk membina keluarga yang bahagia tu, Lail... perlu ada isteri yang solehah. Bukannya isteri yang boleh cakap bahasa arab.”

“Anak pak bukan solehah sangat pun...”
“Tak dak siapa pun yang sempurna, Lail. Nabi pun tak mengaku dirinya soleh dan sempurna. Dia yang dijamin syurga pun, sembahyang taubat tak berhenti. Ya benar... jodoh itu ditentukan oleh Allah SWT... tapi Lail, ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.”

Oleh kerana aku hanya ada 30 hari sahaja untuk buat keputusan, bapak menyenaraikan lapan ciri memilih suami dalam Islam untuk membantu aku membuat keputusan dan satu ciri extra... untuk menetapkan keputusan aku.

Adakah Lailatul Qadr untuk Ramadan El Mubarak? Atau hanya malam seribu bulan yang panjang?


No comments:

Post a Comment