BISIK GELORA ~ FAUZIAH SHAARI

PRE ORDER ~ LIMITED EDITION
KOMBO DISEMBER RM47 SM / RM51 SS
BISIK- BISIK GELORA RM34 SM / RM38 SS
ZINE CINTA YG KUINGINKAN RM18 SM / RM20 SS
termasuk postage

TEASER 4
“Kau masuk pejabat pukul berapa? Balik pukul berapa?” 
“Pukul lapan, balik sembilan malam.”
“Sembilan malam?”
Arumi tidak menjawab. Senyap. Jad diam. Memikir. Dia tunduk melihat Arumi yang menunduk. Dia berdeham sedikit lantas duduk kembali.
Arumi tersentak. Amat bimbang jika Jad melontarkan kata-kata yang negatif akan permintaannya.
“Baiklah, kau boleh kerja tapi...” Jad jatuhkan tangannya ke bahu Arumi.
Arumi berdebar. Degup jantungnya terasa tidak teratur pula. Bulu-bulu romanya meremang pantas. Dia resah di situ. Mahu lari, pasti terkepung. 
“...aku hantar kau kerja dan aku juga yang ambik kau di pejabat. Masuk pukul lapan dan balik mesti pukul lima. Tak boleh lewat dan tak boleh balik malam,” tegas Jad sembari perlahan-lahan merayapkan jemari ke pipi Arumi. Dia jeling sedikit wajah gadis itu yang mula gugup. Bertaut seketika pandangan mereka lalu pantas Jad melemparkan senyuman tetapi dibalas dengan palingan gugup dan menyampah oleh Arumi. Jad ketawa kecil akhirnya.
“Aku tahu kau benci aku. Ah, peduli apa aku. Kalau aku rasa nak, nakkan kau...” Tubuh Arumi dipandang miang. Dia lorotkan pula jemarinya ke batang leher gadis itu. Putih. Jenjang. Dan, ada sebutir tahi lalat besar di batang leher itu. Dikerling lagi paras yang gugup itu. Sudah bertukar pucat pula. Tetapi, tetap cantik dan menawan sebenarnya. Jad senyum lagi. Kali ini senyum sendiri. “...kau kena patuh tau. Kalau tidak, nahas kau!”
Sungguh Arumi terkujat. Terpejam matanya dek ancaman Jad.
Mata Jad makin ‘gatal’ bagaikan menelanjangi seluruh tubuh perempuan itu hinggalah ke betis yang terdedah. Hmm...seksi juga. Bergaya, ada stail, umpatnya pula. Dia hela nafas geloranya seketika. Agak tenang usai dia melepaskan helaan itu. Kembali, dia tenung paras yang mula terpejam-pejam menahan rasa perbuatannya. Dia tahu Arumi cuba melepaskan diri tetapi gentar untuk menepis tangannya atau bangun dari simpuhnya. Barangkali takut dicekik olehnya. 
Arumi menahan nafas hingga tidak dapat memikir lanjut kesan pengawasan Jad. Debaran kian kencang. Sesak di dada makin parah. Mindanya lebih kepada bagaimana mahu melepaskan diri dan menurunkan nafsu buas Jad. Dia memejamkan mata agar tidak bertentangan mata dengan lelaki itu. Namun pentingnya, dia berasa masih boleh bernafas jika matanya itu dikatup rapat. Selebihnya, dia berjaya meredakan resah di batinnya ini.
Saat Jad menguis-nguis jemarinya di batang leher gadis itu, perlahan Arumi mengengsot ke belakang tetapi... Secepat kilat rayapan di leher naik ke dagu dengan cengkaman kuat. Spontan anak matanya mencari anak mata Jad.
Mereka bertentangan.
Terkedu seketika. 
“Kau faham apa aku cakap tadi?” Jad tidak mahu dibuai asmara. Dia bukan lelaki alim yang membiarkan ‘habuan’ terbiar begitu sahaja jika berpeluang namun dia juga bukan gelojoh hingga akhirnya memudaratkannya. Banin Arumi, walaupun isterinya tetapi dia tidak ‘mengenali’ perempuan ini.
Arumi tidak tahan dan cuba meronta serta melepaskan diri dengan menolak tangan Jad namun Jad lebih dahulu menepis tangan gadis itu seraya menguatkan cengkaman di dagu. 
“A...auw...sa...sakit.” 
“Sakit?” Jad menarik gadis itu dengan cengkaman di dagu hingga ke cermin hiasan di ruang tamu itu. Arumi terikut rentak itu. Jika tidak, dagunya tambah perit.
“Apa ni, sakit la! Kau gila ke apa ni! Lepaskan aku!”
Arumi menjerit-jerit namun Jad kian seronok. Malah dia mengemaskan cengkamannya.
“Kau tengok cermin ni?” Jad menonyoh muka Arumi ke cermin.
Arumi diam. Disia-siakan sahaja arahan Jad itu.
“Aku kata, tengok cermin la!”
“Ya lah, aku tengok.” Akhirnya Arumi mengalah lagi lalu membuka katupan matanya. Yang dilihat hanya mukanya yang herot diperlakukan oleh Jad dan wajah bengis lelaki itu di cermin. Dia menyumpah dalam diam. Sudahlah dagunya berasa perit dengan cengkaman itu. Barangkali kuku Jad panjang hingga dia terasa cengkaman kuku mencucuk kulit dagunya. Entah berapa lama tak ketip kuku, agaknya.
“Lain kali, jangan cuba nak lawan apa yang aku buat. Lagi kau melawan, lagi sakit jadinya. Apa-apa aje yang aku buat kat kau, ikut aje sebab kau tu bukan orang lain dengan aku. Kau tu isteri aku, kan. Jangan risau, selagi kau baik aje, selagi tu aku tak kan cederakan kau. Dan, kalau nak minta apa-apa dengan aku, minta dengan baik dan penuh hemah. Insya-Allah, aku tunaikan,” kata Jad bersahaja lantas menolak wajah cantik itu ke arah cermin.
“Auw...” Arumi mengerang kesakitan. Dia usap dagu dan dahi yang baharu terhantuk cermin.
Jad bersahaja, duduk kembali di sofa. “Lagi satu aku nak cakap, jangan cuba nak lari dari rumah ni, ya. Silap hari bulan aku siarkan di akhbar, isteri lari dari rumah dan semua gambar-gambar bogel kau tu aku sebarkan di internet,” gertak Jad seraya mengambil alat kawalan jauh Astro untuk menukar saluran demi saluran.
Arumi ternganga. Terpaku kakinya di ambal lembut berwarna hijau tua itu. Luluh hatinya mendengar ugutan demi ugutan.

atau

No comments:

Post a Comment