Biarkan Pergi ~ emy Roberto

LIMITED PRINT
HABIS TIADA REPRINT LAGI baki stok terhad!
RM28(SM)/RM35(SS) TERMASUK POS
Ready Stock ‼️‼️
PANDANGAN Insyirah menala ke kiri. Nafas 
dihembus perlahan. Sampai bila nak tengok drama Pangako Sayo di antara Jai dengan bekas kekasih dia ni. Dalam banyak-banyak tempat, di Pavillion ini jugalah mereka berdua bertembung dengan... nama apa...oh, Valley!

Berdiri macam tiang lampu dengan mata sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Insyirah mula bosan. Kalau tahu macam ni tadi, baik keluar 
dengan Jai lain hari.

“Syira, come.”
Insyirah menoleh bila bahunya ditepuk lembut. Jai melemparkan senyum. Wajah Valley dah 
masam macam limau asam. Mata memerah, hidung pun memerah. Tak payahlah menangis bagai kalau setakat bergaduh dengan bekas teman lelaki.

Dia pun begitu dulu tapi selepas menyedari 
betapa bodoh dan tampak hodohnya
menangisi perpisahan yang terjadi, dia berasa malu. Orang putih kata, crying over something stupid is not worth it.

“Jai darling, I macam mana?”
Rolling eyes! Suara manja yang dibuat-buat 
begitu sangatlah buat Insyirah tak lalu nak dengar. Matanya beralih pada Jai yang bereaksi selamba.

“Apa problem minah ni?” Insyirah berbisik ke 
telinga Jai. Dia tak selesa bila mereka bertiga mula menjadi perhatian ramai, tak biasa lah jadi center of attraction.

“Nak overtake awak sebab saya nak kahwin 
dengan awak.” Jai kenyit mata.


Hal dengan Valley dah selesai lama dulu, jadi 
malas nak panjangkan cerita. Dia sendiri pun tak faham kenapa Valley berdrama sangat.

No comments:

Post a Comment