Tuan I Love You ~ suci hidayat

REPRINT
PRINT ON DEMAND
KULIT BARU
HARGA RM40 SM / RM47 SS
termasuk postage
Sinopsis #TUANILOVEYOU 💋
Tunang, putus. Tunang, putus. Tunang, putus. 
Tiga kali sudah Ain memutuskan tali pertunangan dengan tiga lelaki yang berbeza. Bagi Ain, lelaki kaki kikis seperti Fuad, kaki perempuan seperti Amar dan si baran seperti Fadil, sama sekali tidak layak dijadikan suami. Lagipun seorang Ain, bukan spesies gadis terdesak. Bagi Ain, cinta tak perlu diasak-asak. 

Tuan Azad, lelaki terlajak usia yang tidak pandai bercinta. Paras rupa, harta, dan kerjaya sebagai peguam yang dimiliki rupanya bukan jaminan jodoh itu akan melekat dengan mudahnya. Seperti Ain, Tuan Azad terbiasa hidup tanpa cinta.

Pendirian mereka sama. Jodoh itu tidak perlu dicari-cari. Tak perlu diusaha. Apatah lagi dipaksa. Biar cinta itu datang sendiri dalam debar yang rela. 

Kematangan Tuan Azad membuat Ain terpesona. Kemanjaan Ain menggetarkan rasa dalam dada Tuan Azad.

"Tuan, I love you! Hik hik!" 
"Jangan mengada-ngada, Ain!"

Sehinggalah berlaku satu peristiwa yang membuatkan kedua-duanya saling terdesak!

"Saya bukan perempuan murahan yang terdesak sangat nak bersuami! Saya masih waras lagi, Tuan Azad! Saya ada maruah! Memang betul saya sebut, 'Tuan, I Love You!' Tapi itu tak bermakna saya perempuan lapar jantan sampai tergamak gadai maruah! Itu semua main-main je. Bergurau. Tak lebih dari tu!"

"Bergurau? Main-main? Maknanya selama ni, semuanya sekadar mainan bagi awak? Baru saya tahu yang saya ni cuma barang mainan. Hanya layak dipermain-mainkan."

Episod indah, ceria dan bahagia dalam hidup kedua-dua mulai berubah rentak. Kecewa, kesedihan dan air mata mulai mengambil tempat. 

Masihkah mereka percaya bahawa nama mereka sememangnya tertulis di dinding takdir untuk hidup bersama? Atau sekali lagi, mereka harus memujuk hati untuk menjalani hidup tanpa cinta?

No comments:

Post a Comment