KOMBO KUCH KUCH HATIKU

KOMBO KUCH KUCH HATIKU
Pre order dibuka..
200 pembeli terawal berpeluang mendapat hadiah Hello Kitty atau Purfume.
LAGI HEBAT... yang beli KOMBO semua layak sertai Cabutan Bertuah.. 
Wow! Hadiah EMAS..
Beg pun ada..Purse ada..
❤❤❤❤
Di Mihrab Takdir - Hayati Ahmad.

"Aku akan pastikan kau akan terus ingat kata-kata ini sampai ke nafas yang terakhir!" Hana mengetap rahangnya. Dia mengemas kukuhkan genggaman tangannya.Bila-bila masa dia sanggup menghayunkan penumbuk comelnya ke wajah lelaki berjambang itu.

Adam tersenyum. 

Raihana benci! Renungan Adam terlalu 'jahat'.

"Hate me? Seem like you falling in love to me. Mata awak sentiasa menipu. Pembohong maha besar." Adam berbisik. Kedengaran begitu keji. Adam menggoda dalam paksa. tangannya cuba menyentuh pipi Hana. Pantas Hana menepis.

"Sentuh aku kalau kau berani, aku akan pastikan kau akan menyesal!"

"Awak comel bila menipu, hidung awak akan menjadi merah... pucuk hidung Hana dicuitnya. Pipi awak akan panas... kekura tangannya digeselkan ke pipi Hana. Hana mengelak dengan menggeselkan pipinya ke bahu dan... bibir ni..." Adam menelan air liurnya. Hana memalingkan muka. Tidak sanggup dia melihat gerakan halkum Adam yang terlalu hampir dengannya. 

Sedetik...dua detik masa berlalu dengan tegang. Tiba-tiba Adam menarik lengannya yang mengepung tubuh Hana.

Dengan renungan berbaur ugutan, dia melangkah pergi. Hana menggigit bibir. Hatinya terasa ngilu tersayat, pedih. Adam langsung tidak menoleh.
❤❤❤❤
CATATAN CINTA BUAT DR.LUQMAN - Sophilea.
“IZINKAN AKU MELAFAZ KATA BICARA HATI YANG SUKAR DI TERJEMAH SAAT HATI BERBICARA SAAT JIWA BERKATA CINTA”
Nota biru itu du renung lagi. Separuh hatinya yakin bahawa nota dan catatan kecil ini dari Cempaka Elina namun separuh lagi hatinya gusar.
‘Apa betul Cempaka yang kirimkan catatan-catatan ini. Kenapa dia bagi terus sahaja pada aku. Malu? Apa yang nak di malukan setelah lima tahun aku dan dia berkongsi sebuah kehidupan. Atau ini caranya untuk dia tunjukkan cintanya pada aku.”

“Apa yang abang menung sampai Cempaka masukpun abang tak sedar?”
Cempaka sangkutkan tuala di penyidai baju. Puteri mereka dah lama lena penat barangkali bermain di sekolah. Apalah yang anak kecil itu mengerti selain dari bermain dan bergembira. 

Luqman hulurkan tangan. Cempaka sambut kemudian kepalanya di rebahkan di lengan sasa Luqman.
“Can I ask you something?” Luqman elus lembut rambut Cempaka. Juntaian di dahi di rapikan ke tepi.
“Sejak bila seorang suami kena minta izin untuk bertanya/ selagi soalan itu bukan memohon keizinan untyk hadiahkan Cempaka ‘madu’ asli Cempaka bersedia untuk jawab.”
Luqman ketawa kecil. Barangkali Cempaka belum lupa ,malam pertama perkahwinan Luqman minta izin untuk menikahi Dyja.

“Jangan di ungkit kisah lama takkanlah abang nak buat lagi. Cukup Cempaka seorang dalam hati abang semalam hari ini dan esok sehingga akhir naas abang. Kalau di beri pilihan anra Cempaka dan Ainul MArdhiah di syurga nanti abang tetap pilih sayang untuk temankan abang di dunia yang abadi.”
Sejuk hati Cempaka mendengar pengakuan ikhlas Luqman.
“Abang belum jumpa Ainul Mardhiah bolehlah cakap macam tu..”
Lengan Luqman di usap perlahan. 
“Sayang…Ainul Mardhiah itu adalah bidadari yang menanti para syuhada Allah. Abang ni nak tengok istana Ainul Mardhiahpun belum tentu. Abang Cuma nak Tanya sejauh mana sayang Cempaka pada abang?”
Cempaka tarik nafas panjang dihelanya perlahan.

“Abang…cinta itu rasanya tak perlu di ungkap setiap hari dengan kata-kata. Sayang itu tak perlu di luah sepanjang masa. Cukup Cempaka letakkan abang di satu tempat paling istimewa dalam hati Cempaka.

No comments:

Post a Comment