FASAD ~ ADNIL ZAFF

STOK TERHAD
HARGA RM30.00 SEM / RM33.00 SS
postage RM8.00 SEM / RM12.00 SS

“Sayang...”
Jannah segera mengangkat wajah tatkala
mendengar suara itu. Kemudian dia berpaling ke

belakang. Pandangan Jannah singgah tepat di wajah

seorang lelaki tua. Sedetik... dua detik... dia hanya
memandang.
‘Sayang? Siapa sayang?’ detik hati Jannah
hairan. Sempat dia memandang ke arah kakitangan di
sekelilingnya. Masing-masing terpinga-pinga.
“Encik bercakap dengan saya ke?” tanya
Jannah hairan.
Wajah Tan Sri Malik berubah. ‘Encik?’
“Ini abang, sayang. Ana tak kenal abang?”
ucap Tan Sri Malik bersungguh.
Jannah terus terpaku memandang lelaki
bertongkat itu.
“Saya tak kenal, encik. Encik salah orang
agaknya ni. Ada urusan apa di sini?” balas Jannah
sambil menggeleng sedikit.
Tan Sri Malik mula memegang wajahnya.
Adakah Jannah tidak mampu melihat dirinya
sekarang ini? Apa lagi yang tidak kena? Adakah jampi
manteranya tidak menjadi?
“Encik perlukan bantuan ke?” tanya Jannah
semakin hairan dengan gelagat lelaki itu.
“Ini Abang Malik. Takkan Ana dah lupa
abang?” ujar Tan Sri Malik lembut.
Berderau darah Jannah mendengar nama itu.
Wajahnya terus berubah seperti sedang berhadapan
dengan hantu.
“Jangan dekat dengan saya!” tegas Jannah.
Pantas dia menjauhi lelaki itu. Kawasan yang dirasakan
paling selamat, sudah tentulah di sebalik kaunter
daftar masuk itu. Jannah segera masuk ke situ.
“Tolong... tolong pergi dari sini. Jangan ganggu
saya!”
“Kenapa Ana buat abang macam ni? Abang
rindukan Ana. Abang nak bercakap dengan Ana
sekejap.” Tan Sri Malik mula berjalan ke hujung
kaunter itu.
“Stop!!!” jerit Jannah panik. Lelaki itu
benar-benar menakutkannya.
“Tolong panggil pengawal sekarang!” arah
Jannah kepada kakitangan yang terpaku sambil
memandang. Seorang pegawai lelaki ditolaknya agar
membantu menghalang lelaki tua itu.
“Encik, ini kawasan larangan.” Kakitangan
lelaki itu cuba menahan Tan Sri Malik daripada masuk
untuk mendapatkan Jannah.
“Kau diam! Aku bercakap dengan kekasih
aku.” Tan Sri Malik menuding lelaki itu dengan
tongkatnya.
“Ana... sinilah, sayang. Abang nak jumpa Ana.
Abang rindukan Ana. Ana dah janji nak kahwin dengan
abang,” rayu lelaki tua itu penuh kelembutan.
“Saya tak kenal pak cik!!! Jangan dekat
dengan saya!” tegas Jannah. Pantas dia mengangkat
gagang telefon. Sambungan ke kamar ayahnya didail.
Menggigil kakinya saat menanti talian berjawab.
“Daddy! Ada orang ganggu Ana. Tolong turun
ke lobi sekarang!” Suara Jannah terus meninggi sebaik
sahaja terdengar suara ayahnya menyapa.
Tan Sri Malik tidak jadi mahu mendekat. Tahu
gerangan yang sedang dipanggil Jannah.
“Ana, sampai hati Ana buat abang macam
ni. Abang terlalu sayangkan Ana. Abang dah lama
menunggu. Abang nak kahwin dengan Ana,” rayu
lelaki itu bersungguh. Penuh harap.
“Saya tak kenal pak cik ni siapa. Tolonglah
jangan ganggu saya! Saya sungguh-sungguh tak kenal
pak cik!” bentak Jannah masih diburu ketakutan
kepada lelaki tua itu.


No comments:

Post a Comment