MEMANG SALAH DIRIKU ~ HANI FAZUHA


TERLARIS!! STOK BERBAKI 3 NASKAH SHJ!
LIMITED EDITION. HABIS TIADA REPRINT!
HARGA RM45 SEM / RM50SS

********

Aku buat-buat tak dengar dia panggil aku. Tapi Hanna panggil lagi sekali. Takkan aku nak buat tak dengar juga, kang dia cakap aku pekak pulak.

“Ya, sayang...”
“B pernah bawa Mimie ke rumah ni, kan? Sekali tu masa Hanna ada. Selain tu, dah banyak kali kan?”
Aduhai Hanna... soalan KBAT sungguh dia beri aku. Susah nak cari jawapan ni. Kalau jujur sangat kan silap-silap merajuk. Kalau berbohong, takut pulak nanti dia tahu, masak kena panggang.

“Ada la beberapa kali juga.” Aku memilih untuk jujur.
Hanna bangkit tiba-tiba dan dia pandang aku. Saat itu aku rasa makin seram. Hanna ni sejak mengandung, bercakap kena hati-hati sikit.

“Pernah tak lepak-lepak macam ni dengan Mimie?” soalan ditanya lagi dna pantas aku menggeleng. Gila nak duduk-duduk begini berdua tanpa ikatan. Kang terlanjur, mampos.

“Dia teman masa mula-mula tengok rumah. Lepas tu masa pindah dan kekadang bila B tertinggal apa-apa, nak balik ambil, dia ikut tapi setakat tunggu dalam kereta saja.” Panjang kebar aku jelaskan.

“Sayang... jangan fikir luar kotak boleh tak?” Aku buat permintaan. Kalau nak cakap jangan fikir pasal Mimie, tak mungkinlah dia akan dengar.
Hanna kembali baring. Kali ini tangannya peluk pinggang aku. Lain macam sungguh Hanna ni.

“Kata tadi nak minum. Ni B sorang jer minum ni.” Aku menunduk sedikit untuk mencapai muk di atas meja. Dan-dan dia angkat kepala dan ambil kesempatan cium dada aku yang tak berbaju.

Haih! Hanna ni, suka sungguh buat jiwa lelaki aku bergolara.
“Na... jangan suka goda B macam ni. Kalau boleh B tak nak kerah tenaga sayang kerap sangat. Takut sayang penat.”
Dia sengih lebar.
“B... Mimie kata, dia kena buang keluarga sebab tak nak gugurkan kandungan dan tak nak kahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Kesian dia B. Dah la sarat mengandung, hidup sendirian. Dia nak lahirkan anak tu, B. Biar tanpa ayah sekali pun, dia sanggup.” Senafas Hanna bercerita.

“Kesian dia kan?” Hanna pandang aku, seolah mahu aku berkata sesuatu.
Aku pandang dia sekilas. Rambutnya yang sudah agak panjang berselerak atas paha aku, aku lurutkan perlahan.

“Jangan percaya sangat, Na. Dia tu drama queen. Macam-macam cerita versi berbeza dia boleh cipta untuk tagih simpati. Jangan terpedaya.” Aku nasihati Hanna. Dulu aku tak nampak. Sekarang ni, macam-macam cerita pula aku dengar tentang dia tu. Sebab tu bila Hanna kata dia jumpa Mimie, aku cukup risau.

Dan aku pelik sungguh ada juga manusia yang begitu. Jangan nanti bila dia dah lahirkan anak tu, dia jaja pula anak dia sakit ke apa untuk tagih simpati. Orang macam tu, elok saja kena panah petir.

“Aduhh...” Hanna bangkit sambil menekan perut.
“Kenapa?” Aku sudah menggelabah bila tengok mukanya berkerut seribu.
“Sakit perut.”
“Hah! Nak beranak dah ke?”
Terus mata Hanna membulat pandang aku. Cara dia pandang tu macam aku ni jelmaan hantu yang menakutkan.

“B! apa ni? Baru empat bulan kut, takkan dah nak beranak. Logik sikit fikir!” Hanan marah tiba-tiba.
Dan aku terpinga-pinga. Betul juga. Apasal aku bengong sangat boleh terfikir sampai ke situ? Ni semua salah Mimie. Terlampau fikirkan dia, otak aku jadi tak betul.

“Nak ke tandas sekejap.” Hanna bangkit.

“Nak B temankan ke tak?” Aku ikut bangkit.
“Tak payah!” Hanna sudah berjalan menonong ke arah dapur. Cari tandas di situ.

Tak percayakan dia, aku ikut dari belakang. Tunggu dia depan pintu bilik air. Untuk Hanna, aku sanggup saja jadi Jaga tandas. Kalau dia masih ragu kasih sayang aku, tak tahu lagi nak cakap apa.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment