LOVE STORY TALES HANIFIFI ~ SHIROE SHERRY

PRINT ON DEMAND
“Abang Man balik kampung ke?” Soalku sambil mencapai sebiji rambutan. Pandangan mata cuba aku tahan daripada merenung Hanif yang juga turut ada membantu Hannah memilih buah.
“Ya. Kebetulan musim buah. Ada banyak buah lebih. Bolehlah kita sama-sama kongsi.”
Aku kunyah isi rambutan. Manis sangat. Ambil lagi. Makan. Semakin kuat bunyi Hannah ketawa, semakin banyak aku makan rambutan. Sedar tak sedar dah habis lima biji.
“Kulit tu buang dalam plastik ni.” Azrul tunjuk plastik hitam besar yang kebetulan berada di sebelahnya. Entah apa yang merasuk fikiranku, aku lempar segenggam kulit rambutan tadi tepat mengena Hanif dan Hannah yang kebetulan sedang duduk di tepi plastik hitam.
“Alamak!” Aku terjerit kuat. Cepat-cepat aku berjalan dapatkan Hannah yang sudah kelam kabut bangun menyapu lengan baju. Hanif? Aku tak berani pandang Hanif.
“Fifi mintak maaf Hannah. Fifi tak sengaja.” Entah syaitan apa rasuk Fifi tadi. Ayat tu aku sambung dalam hati.
“Tak apa. Hannah okeylah. Setakat kulit rambutan. Nasib baik Fifi tak baling kulit durian.” Seloroh Hannah. Habis semua orang gelak. Aku angkat muka pandang Hanif. Air liur aku telan. Okey. Hanif tak ketawa macam orang lain.

WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment