KOMBO PRINT ON DEMAND C

KOMBO POD C
ANAK KERAK

ANUM gelisah, dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sepincing. Hatinya diserbu tanda tanya benarkah dia pengsan semasa di dapur. Puas dia cuba mengingati, tetapi ingatannya tumpul. Dalam pada dia memikir sesuatu kedengaran dari atas bumbung seolah-olah sepasang kaki kecil sedang berjalan menginjak zink.
“Kucing kut.” Bisik Anum perlahan, tetapi tengkuknya terasa sedikit meremang. Dadanya berdebar- debar tidak semena-mena. Bunyi derap kaki kecil semakin galak, adakalanya berlari kemudian hilang dan datang kembali. Di dalam gelap Anum menahan perasaan seramnya.
Bunyi derapan itu menghilang tetapi bunyi benda jatuh di tepi tingkap biliknya menyebabkan Anum tersentak. Dia hendak bangun membuka lampu tetapi dia dapat rasakan badannya menjadi kaku tidak dapat bergerak. Dia menunggu beberapa saat, dalam keadaan begini dia tidak dapat mengingati waima satu pun ayat Al Quran, walhal ada surah-surah tertentu dia sudah hafal benar. Di saat begini lidahnya menjadi kelu tiba-tiba.
Seketika kemudian dia merasai sesuatu yang sejuk menjalar di hujung kakinya, Anum terasa mahu menyepak benda yang sejuk itu tetapi kakinya sangat berat mahu di angkat seperti tersangkut batu pejal. Benda sejuk itu bermain-main di hujung kakinya, sesekali mengelikan tapak kakinya. Seketika kemudian, Anum merasakan ibu jari kakinya di nyonyot seperti budak kecil sedang menyonyot punting botol susu.
“Allahuakhbar..” Anum menjerit kuat. Ayu yang sedang lena tersentak bingkas dia bangun membuka lampu.
“Kak kenapa ni?” Ayu cepat-cepat mendapatkan Anum yang masih terkaku tidak dapat bergerak. Bercakap juga Anum tidak dapat, lidahnya mengeras secara tiba-tiba.
“Ya Allah.” Ayu pantas membuka pintu biliknya, berlari mendapatkan Mulong di biliknya. Sejurus kemudian, bergegas pula dia berlari dia memanggil emaknya di bilik bawah.
“Kenapa ni?” Soal Mulong. Dia mengambil selimut lalu menutup kaki adiknya yang tersingkap sehingga menampakkan betisnya yang mulus. Emak mereka yang sampai seketika kemudian terus sahaja mendapatkan Anum.
“Anum..” Panggil emaknya, mata Anum sahaja yang terkebil-kebil, bercakap langsung tidak.
-
-
CIK MEKANIK HATI KERING
ATUL tergesa-gesa berjalan menuju ke tempat parkir. Mulutnya membebel. Tidak habis-habis marahnya dihambur dari mula dia beratur hingga urusannya selesai. Mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspres pun kena ambil nombor? Tak masuk akal! Itulah yang dia umpamakan.
Dari jauh, butang kunci yang berwarna hijau ditekan. Terdengar sapaan ‘Helo’ dari motokar kesayangannya, pintu di bahagian pemandu dibuka. Si jejaka yang berdiri di sebelah motokarnya menjeling sekilas. Mungkin berbicara sendiri atau bermonolog dalam hati. Gila kentang minah ini, kereta Wolkswagen lama, tapi cutting macam baru keluar kedai. Gila bapak!
“Helo bos, kenapa itu?” Soal Atul. Dia menjeling bonet di bahagian hadapan kereta Honda city milik si jejaka tampan itu ternganga.
“Err, overheating agaknya. Tempreature naik tinggi. Hot!” Si jejaka mula bercerita masalah keretanya.
Atul datang menghampiri.
“Boleh saya tengok?.” Pergghhhh macam mekanik pula gayanya.
Si jejaka dengan mudah mengangguk.
“Macam mana boleh overheat?” Tanya Atul ingin tahu.
“Bila saya memandu laju, suhu normal macam biasa. Tapi bila saya memandu perlahan, suhu naik mendadak. Takut juga saya. Tak tahu lah apa problemnya. Kalau tengok tangki, coolent okey, radiator saya pun tak bocor. Kalau bocor mesti ada air menitis, lagipun air dalam radiator penuh lagi itu.” tambah Si Jejaka lagi.
Atul terangguk-angguk kepala mendengar cerita si jejaka.
“Saya rasa kipas radiator rosak atau gagal berfungsi. Saya nak tolong tengokkan, saya tak bawa toolbox, jadi saya nasihatkan lebih baik encik bawa City encik ini pergi bengkel untuk dapatkan rawatan.” Atul beri cadangan.
Mendengar cadangan Atul, yang bercakap bagaikan si mekanik yang pandai, si jejaka ketawa terbahak-bahak. Atul memandang pelik.
“Kenapa kau ketawa?” Soal Atul.
“Awak ini macam pakar kereta aja kan? Bercakap macam orang pandai. Awak tahu ke baiki kereta ini cik adik oi? Awak itu perempuan, mana pandai buat semua kerja bengkel!” Si jejaka jahanam itu masih syok ketawa. 
Atul hempas bonet kereta milik jejaka tersebut. Berdentum kuat bunyinya.
Bum!
“Bawa kereta pergi bengkel. Tak boleh gerak, panggil towing. Ini nombornya. Tak payah nak bantai gelak dekat sini. Lawak itu tak kelakar.” Balas Atul marah. Malas mahu memanjangkan cerita, Atul melangkah pergi meninggalkan si mamat sengal yang masih terpinga-pinga.

No comments:

Post a Comment