KOMBO PRINT ON DEMAND A

KOMBO POD A
🍁🍁🍁🍁🍁

LOVE STORY TALES HANIFIFI ~ Shiroe Sherry


“Abang Man balik kampung ke?” Soalku sambil mencapai sebiji rambutan. Pandangan mata cuba aku tahan daripada merenung Hanif yang juga turut ada membantu Hannah memilih buah.



“Ya. Kebetulan musim buah. Ada banyak buah lebih. Bolehlah kita sama-sama kongsi.”



Aku kunyah isi rambutan. Manis sangat. Ambil lagi. Makan. Semakin kuat bunyi Hannah ketawa, semakin banyak aku makan rambutan. Sedar tak sedar dah habis lima biji.



“Kulit tu buang dalam plastik ni.” Azrul tunjuk plastik hitam besar yang kebetulan berada di sebelahnya. Entah apa yang merasuk fikiranku, aku lempar segenggam kulit rambutan tadi tepat mengena Hanif dan Hannah yang kebetulan sedang duduk di tepi plastik hitam.



“Alamak!” Aku terjerit kuat. Cepat-cepat aku berjalan dapatkan Hannah yang sudah kelam kabut bangun menyapu lengan baju. Hanif? Aku tak berani pandang Hanif.



“Fifi mintak maaf Hannah. Fifi tak sengaja.” Entah syaitan apa rasuk Fifi tadi. Ayat tu aku sambung dalam hati.



“Tak apa. Hannah okeylah. Setakat kulit rambutan. Nasib baik Fifi tak baling kulit durian.” Seloroh Hannah. Habis semua orang gelak. Aku angkat muka pandang Hanif. Air liur aku telan. Okey. Hanif tak ketawa macam orang lain.



🍁🍁🍁🍁🍁
CIK MEKANIK HATI KERING
Random teaser..

Atul melangkah ke bahagian deretan buku-buku novel. Rambang mata usah kira, duit yang ada pula memang sudah disediakan untuk novel sahaja.

“Dia cinta peribadi? Macam best aja buku ini. Zaman sekarang ini ada ke cinta yang macam itu? Cinta peribadi?” Bebel Atul. Sinopsis cerita di belakang naskhah di belek Atul. Terangguk-angguk kepalanya, sedang memikir sama ada ingin dimasukkan ke dalam listing belian bukunya atau tidak.
“Kalutnya Cinta? Yang ini pun menarik juga. Beli aja lah.” Atul memuktamadkan keputusannya. Buku ketiga yang menjadi pilihannya, Mr Donat Karamel. Tengok kulit buku sahaja sudah terpaut hati, Lagi pula membaca sinopsis. Memang menjadi pilihanlah.
Usai membayar harga-harga buku yang dibeli, Atul mengayun langkah mencari ruang kerusi rehat yang kosong. Sewaktu dia membeli tiket wayang atas talian, waktu yang dipilih sekitar jam lima petang. Dia mempunyai kelebihan waktu lebih kurang satu jam. Malas pula mahu bersesak diatas, adalah lebih baik dia memanfaatkan masa yang ada untuk memulakan helaian-helaian buku yang dibeli.
“Rabiatul Adawiyah.” Nama penuhnya disebut oleh seseorang. 
Atul angkat kepala. Melihatkan wajah lelaki yang amat dikenali, Atul membuang pandang ke sisi. Mikael, seorang lelaki yang dianggap durjana, mengambil kesempatan ke atas dirinya. Nasibnya baik tatkala dia diberikan kelebihan untuk menyedari dengan lebih awal. 
“Awak.. Boleh saya duduk?” Mikael minta kebenaran. Atul masih membeku.
Tanpa menanti Rabiatul menjawab boleh ataupun tidak, Mikael sudah meletakkan punggungnya di sebelah Atul. Melihat Mikael tanpa perasaan, Atul menjarakkan sedikit kedudukannya.
“Awak datang dengan siapa?” Soal Mikael ingin tahu. Atul hanya berdiam diri. Malas rasanya ingin menjawab segala persoalan yang diutarakan buatnya. Melihat wajah Mikael sahaja, hatinya terasa perit bagaikan dihiris belati tajam.

No comments:

Post a Comment