PRINT ON DEMAND
[COVER SEMENTARA]
SINOPSIS:
PRINCE TUAH BENJAMIN
" Aku perlukan pewaris untuk mewarisi harta kekayaan aku. Aku inginkan anak dan kau dipilih untuk melahirkan zuriat aku" - TUAH BENJAMIN
Kata-kata itu membuatkan Dewi Raudhah mati kata. Kaki yang memijak bumi bagai tidak dirasa. Permintaan Tuah memang sewel. Memaksa seorang perempuan berkahwin dan melahirkan anaknya.
" Aku tidak sesuai untuk kau. Cari perempuan lain untuk lahirkan anak kau"- DEWI RAUDHAH
Lamaran itu ditolak mentah-mentah. Siapa yang sanggup menjadi isteri kepada seorang lelaki angkuh dan kejam macam Prince Tuah Benjamin?? Sudahlah mulut macam longkang, hati keras dan tak romantik langsung!
" Lepas kau jadi isteri aku, kau tahulah aku romantik ke tidak"- TUAH BENJAMIN
Tuah nekad untuk huru harakan hidup Dewi Raudhah sehingga gadis itu mengatakan ' YA' untuk menjadi isterinya.
" Aku tak nak kahwin dengan kau lah!" - DEWI
" Aku tak bagi kau pilihan" - TUAH
Akibat tidak tahan dengan perangai gila Tuah Benjamin, Dewi terpaksa setuju. Mengorek lubang kuburnya sendiri.
" Yes! Aku setuju kahwin dengan kau. Puas??!"
Penerimaan lamaran itu membuatkan Tuah tersenyum. Akhirnya dia menang! Namun, tiada siapa tahu mengapa dia terlalu inginkan zuriat. Dia telah menyimpan rahsia besar itu...
SINOPSIS:
THE ARROGANT TENGKU AMZAR
Tengku Amzar Tajuzzaman kacak, kaya, hot tetapi arrogant. Dia adalah pewaris billionaire keturunan diraja, Tengku Rafat Shah.
Kehadiran Julia seorang gadis biasa yang telah tersilap masuk ke bilik tidurnya, telah mencetus kemarahannya. Gadis itu telah melihat dia tanpa seurat benang. Sebagai putera raja, Amzar merasa maruahnya telah tercalar.
" URG!! Who are you? Berani kau masuk bilik aku tanpa kebenaran!!!" - TENGKU AMZAR
Semenjak dari hari itu, Julia diekori Tengku Amzar. Pelbagai taktik digunakan untuk sakiti gadis itu hingga Julia terpaksa tandatangan satu perjanjian. Tanpa Julia tahu, dia sebenarnya dipaksa kahwin dengan Tengku Amzar secara rahsia.
" Kau memang bodoh! Kau tak baca agreement dulu sebelum sign. Dalam agreement tu tertulis kau kena jadi isteri aku. Kita kahwin secara senyap"- TENGKU AMZAR
Julia dibawa ke istana. Dia dijadikan orang gaji Tengku Amzar. Apakah yang akan terjadi pada Julia saat identitinya sebagai isteri disorokkan dari pengetahuan semua orang? Apakah yang bakal berlaku bila rahsia ini terbongkar dalam istana. Dan bagaimana perasaan Amzar saat sepupunya sendiri, Tengku Faliq ada perasaan pada isterinya ketika status Julia masih dirahsiakan? Dan mengapa Tengku Amzar ambil keputusan drastik meniduri isterinya sendiri walaupun hatinya tiada cinta? Semuanya bakal terjawab dalam... THE ARROGANT TENGKU AMZAR.
email : mybizsantaishop@gmail.com

No comments:
Post a Comment