DIA PEREMPUANKU ~ FAUZIAH ASHARI

READY STOK TERHAD
Harga rm30/33ss
Poslaju rm8/12ss
Syukur...

Hari ini akan ada yang menggenggam Dia Perempuanku. Pihak kami sudah mula pos pada Ahad, 27 Mei. Hari ini akan diproses penghantaran lagi untuk mereka yang melanggan sehingga 24 Mei.

Jika sehingga 7 Jun, masih belum terima parcel untuk penghantaran pada 27 & 28 Mei, boleh pm untuk dapatkan tracking no.

Pembayaran bermula 25 Mei dan seterusnya, anda digalakkan menyegerakan pembayaran. Kami akan mula pos seawalnya pada 30 Mei dan selewatnya pada 6 Jun supaya semua buku yang kami pos diterima seminggu sebelum raya!

Maklum, poslaju sekarang, bukan semua hantar hari ini, terima esok. Ada kalanya, hantar hari ini, terimanya selepas 5 hari bekerja!

Sinopsis : Dia Perempuanku karya Fauziah Ashari
Sorry sayang
Ardini mengetap gigi. Geramnya tak habis lagi, lagi-lagi melihat dua perkataan daripada kertas A4 yang dilekap Aazad di cermin bangunan sana.
“Baik...” Ardini sudah merangka apa yang perlu dia buat sekarang ini. Segera dia balas nota Aazad.
Tengok I. Berdiri statik
Usai dia tunjukkan kertas itu kepada Aazad, dia undurkan dirinya. Ardini senyum senget. Kau memang cari nahas Tuan Ardini. Ini pagi lagi la ngok. Kalau orang sana tergoda, mati kau nak layan dia kat mana? Takkan kat ofis ni kut. Mati terkejut karang minah tu. Belum lagi witch yang sorang tu. 
“Pedulilah kalau orang kata aku miang kat Aazad.”
Ardini mula berdiri ala gaya model. Dia berjalan perlahan-lahan sambil mahu membuka butang kemejanya satu persatu bermula dari atas. Mengacah Aazad saja. Gayanya yang slow motion itu buat Aazad terkejut di sana. Teruja? Sangat sebenarnya. Ah, Ardini bikin dia gawat di pagi hari.
“Bos!” Juliana menerjah masuk, seiring dengan bukaan pintu.
Pekkkk! 
“Bos!” Juliana buntang mata melihat Ardini yang terjelepok jatuh.
“Awat ni bos?”
“You la, yang sergah I, kenapa? Terkejut tau tak!” Geram pula Ardini. Orang sedang sibuk goda Aazad, ada pula yang kacau daun. Dia mengurut pergelangan kakinya. Dahlah hari ni stiletto heel nya 5 inci. Selalunya dia pakai yang 2 ½ inci saja.
AAZAD RADI : Dia perempuan yang aku kahwini. Dia juga perempuan yang aku cerai! Namun dia juga yang kucintai. Tidak akan aku lepaskan dia lagi, perempuanku yang bertakhta di hati.
“Saat berpisah, sudah abang catat di hati, bila bertemu nanti...akan abang hayati setiap saat.”
TUAN ARDINI : Aku jatuh cinta kerana dia lelaki baik yang sangat menyayangi keluarganya. Namun, sayang, dia terseksa memilih antara aku dan mamanya. Dan aku memilih untuk memudahkan hubungan kami. Jadilah kami seperti aku ini mistressnya dan dia sugar daddyku.
“I dalam penjara, rasa cinta juga dalam penjara. Penjara jiwa.”
SEJAUH manakah pasangan ini berjaya pertahankan kisah unik dan aneh mereka daripada cengkaman Datin Sri Dafinah yang psiko?
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment