TRIPLE BAD BOYS ~ SUCI HIDAYAT

PRE ORDER
LIMITED STOK
HANYA JUALAN ONLINE
TIADA DI KEDAI
HARGA SINGLE:
RM40 SEM / RM47 SS
termasuk poslaju
JIBRAEL
Dara Adalia menghampiri wardrobe. Menyusun pakaian Jazriel di situ. Juga pakaian Jibrael. Satu demi satu, Dara lipat kemas dan susun di rak yang masih punya ruang. 
Untuk seketika, Dara mencapai semula sehelai pakai Jazriel dan sehelai pakai Jibrael. Membawa kedua-duanya rapat ke dada sebelum membenam wajah ke pakaian milik dua lelaki yang paling dicintai dalam hidupnya itu. 
Dara hela nafas. Pakaian milik Jibrael dan Jazriel disusun semula di tempatnya. Tidak mahu melayan perasaan.
Siap sudah mengemas pakaian Jazriel, giliran pakaiannya pula. Satu demi satu pakaian milik Dara, Dara susun di situ. Namun, tiba-tiba geraknya terhenti. Dara teringatkan sesuatu.
Perlahan-lahan pakaian miliknya yang baru sahaja disusun, Dara simpan semula ke dalam beg pakaiannya. 
Pintu ditutup sehabis perlahan. Tidak mahu mengganggu dua beranak itu tidur. Dara lalu mengatur langkah ke tingkat bawah. Menuju ke bilik orang gaji di bahagian dapur.
Ya. Di sini barulah tempatnya yang betul. 
Bukankah keistimewaan untuk duduk di kamar milik Jibrael itu sudah tamat tempohnya? Maka, di sinilah Dara Adalia akan menghabiskan masa yang ada. Tak lama dah. Lebih kurang empat bulan lagi.
Dara tersenyum sendiri. Memujuk hati. 
“Kenapa susun baju kau dalam bilik ni?” Terhinggut kedua-dua bahu Dara. Terkejut. Sejak bila Jibrael ada di dalam biliknya. Elok sahaja lelaki itu duduk di birai katil kecil itu. 
“Kenapa tak susun dekat atas?”
“Erm… takpalah. Saya susun dekat sini je.” Dara berdalih. Malas memanjangkan cerita. Lagipun, Jibrael seharusnya lebih tahu. Itukan peraturan yang dia sendiri tetapkan. 
‘Keistimewaan ini berakhir sebaik sahaja kau lahirkan anak aku.’
“Dara Adalia, itu bukan jawapan yang aku nak. Aku tanya kenapa kau susun baju kau dalam bilik ni? Ada aku suruh?”
Dara kerut dahi. Perlu ke Dara jelaskan?
“Ku Jibrael, tempat saya bukan dekat atas lagi. Tempat saya dekat sini. Awak yang tetapkan macam tu. Saya cuma boleh duduk dalam bilik tu sepanjang mengandungkan anak awak sahaja. Dan keistimewaan tu tamat bila saya lahirkan anak awak. Kan? Awak yang nak macam tu. Jadi… ya. Sebab tu saya simpan pakaian saya dekat bilik ni.”
Dada Jibrael berombak. Rasa nak marah. Tapi nak marah kepada siapa? Kepada Dara? Sedangkan semua ini apa yang dia mahukan? Macam tu?
“Habis, anak kau dekat atas macam mana? Kalau dia nak menyusu, nak mandi, nak tukar lampin?”
Dara sembunyi senyum. ‘Anak kau’? Bukankah dari awal lagi yang dicanang adalah ‘anak aku’. Sejak bila Ku Jazriel adalah ‘anak kita’?
“Tak apa. Kalau anak awak nak menyusu nanti saya naik atas susukan. Saya akan mandikan dia dan tukarkan lampin.” Sengaja Dara tekankan perkataan ‘anak awak’.
Jibrael masih tak puas hati. 
“Kau nak ulang alik naik turun tangga? Buat susah diri sendiri buat apa? Stay je dekat atas kan senang?”
“Tak. Tak susah pun. Saya tak kisah. Lagipun, saya selesa dalam bilik ni. Dan saya tak nak ganggu privasi awak dengan anak awak.”
“Oh ya?” Jibrael lukis senyum sinis. Kalau cara baik tak jalan. Mungkin Jibrael boleh gunakan cara yang lebih berkesan. Iaitu cara paksaan.
Jibrael datang menghampiri, menolak tubuh Dara rapat ke almari pakaiannya. Mengunci Dara di situ.
Pakaian milik Dara yang baru sahaja Dara siap susun, ditarik satu demi satu lalu dibuang ke lantai. Kemudian pandangannya kembali merenung Dara Adalia tajam. Wajah Dara Adalia diangkat mendongak kepadanya.
“Kau masih hak aku, Dara Adalia. Dan kau wajib patuh semua yang aku nak. Sekarang, aku nak kau kemas semula semua baju kau dan letak dekat bilik atas.”
Dara keliru. Apa sebenarnya yang Jibrael nak?
“Apa yang awak nak sebenarnya Jibrael? Saya tak faham.”
“Kau tak perlu faham. Kau cuma perlu ikut je. Okey?” 
Kerana hakikat yang sebenarnya, Jibrael sendiri tak faham apa yang dia mahukan dalam hidup. Jibrael sendiri keliru dengan apa yang dia mahukan dari Dara Adalia. 
Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dara tunduk. Tidak mahu memandang mata Jibrael.
“It’s okay. Kau kemas perlahan-lahan. Aku tunggu dekat atas.” Satu kucupan singgah di dahi Dara Adalia sebelum Jibrael keluar berlalu meninggalkannya penuh tanda tanya.
Yang pasti, baki masa yang tersisa terasa begitu mendera dan menyeksa.

RAEED #STRANGERINEEDYOU
Ranaa gelisah. Matanya meliar memerhati sekeliling kompleks membeli belah itu. Sesekali mencuri pandang ke wajah Raeed yang duduk di hadapannya. Cuba berlagak tenang. Tapi tak mampu. Hanya jasadnya di situ. Fikirannya entah di mana.
Bukan senang dia boleh keluar begini. Jangan harap Raeed benarkan. Jadi, inilah masanya. Peluang datang sesekali sahaja. Kalau terlepas kali ini, tak pasti bila lagi.
Nak beritahu Raeed apa yang dia mahu, rasa malu pula. Ya. Memang maruah dirinya mungkin sudah tiada. Tapi rasa malu masih bersisa.
“Kau apa hal?” soal Raeed. Ketara sangat gadis di hadapannya itu sedang tak ketahuan. Riak wajah Ranaa seperti ada sesuatu yang Ranaa sembunyikan.
Ranaa teguk liur laju-laju.
“Errr... boleh tak saya nak pergi toilet sekejap?”
Tidak terus menjawab, lelaki itu menghala tepat ke mata Ranaa. Kerut dahi Raeed membuatkan Ranaa larikan pandangan.
“Pergilah cepat. Jangan melencong tempat lain pulak.”
Bersama izin itu, Ranaa pantas berdiri. Laju melangkah keluar dari restoran makanan segera itu menghalakan kaki ke tandas.
Dan apabila dirasakan langkahnya sudah agak jauh dari restoran makanan segera itu, Ranaa sempat berpaling. Mengintai Raeed.
Melihat Raeed tidak melihat ke arahnya, Ranaa pantas menukar haluan. Bukan tandas yang menjadi tujuannya. Tapi farmasi.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam farmasi yang agak luas itu, Ranaa memerhati di setiap rak barangan. Puas juga mencari. Lebih lima minit barulah ketemu apa yang dicarinya.
Jantung tiba-tiba sahaja berdegup kuat. Orang bersalah. Memang sentiasa ketakutan. Tapi, apa lagi pilihan yang Ranaa ada?
Sempat Ranaa menoleh ke kiri dan ke kanan. Bukan nak mencuri. Tapi apa yang mahu dibelinya itu, bagi Ranaa, sesuatu yang menjijikkan. Dalam statusnya sekarang, Ranaa tak wajar, tak layak, tak patut membeli dan menggunakan benda itu. Tapi, Ranaa terpaksa.
Ranaa kuatkan hati. Pregnancy test kit itu dicapai, langkahnya ragu menghala ke kaunter pembayaran.
Aduh... ramai pulak orang yang beratur nak bayar. Lagi lambatlah dia balik kepada Raeed.
Tak punya pilihan, Ranaa mengambil giliran. Dan saat itu datang sekumpulan wanita yang Ranaa kira jauh lebih tua dari Ranaa, beratur di belakang Ranaa. Berbual dengan suara yang kuat, ketawa terbahak-bahak seolah-olah mereka sahaja yang ada di dalam farmasi itu.
Dan tiba-tiba suara-suara bising itu menyepi. Tapi Ranaa dapat menangkap dengar mereka berbisik-bisik sesama mereka.
Menoleh ke belakang, ketiga-tiga wanita berpangkat kakak itu sedang merenung Ranaa tajam. Juga memandang kepada pregnancy test kit yang sedang ada dalam genggaman Ranaa.
Sudahlah Ranaa takut-takut hendak membeli pregnancy test kit ini, direnung dengan renungan kecam begitu lagilah Ranaa pucat lesi.
Sepantas kilat Ranaa memandang ke hadapan semula. Dada yang berdetak laju usah dikata. Rasa nak meletup. Jauh di sudut hati Ranaa berdoa supaya gilirannya segera sampai.
Tiba-tiba bahu Ranaa dicuit dari belakang. Nak tak nak, Ranaa terpaksa berpaling.
“Sorry nak tanya... beli pregnancy test ni... dah kahwin ke belum?” soal salah seorang dari mereka. Dan ketiga-tiga wajah itu sungguh sinis menilik Ranaa atas dan bawah.
“Errr...” tak semena-mena tekak terasa kering. Perit untuk bersuara. Muka terasa berbahang. Kebas. Tebal. Malu.
Ranaa memang tak pandai sorok riak muka bersalah. Rasa nak menangis. Tapi kalau air matanya jatuh, itu seolah-olah satu pengesahan bahawa dia sudah tak suci lagi dan kalau mengandung, bermakna dia sedang mengandungkan anak luar nikah.
Melihat Ranaa tak menjawab, ketiga-tiganya memandang Ranaa dengan riak jijik.
“Entah-entah tak kahwin lagi. Dah syok beromen dengan boyfriend, dah terbunting, lepas tu buat muka sedih. Nilah perempuan zaman sekarang.”
Dan entah dari mana datangnya Raeed. Terus sahaja mendekati dan memeluk bahu Ranaa erat.
“Kenapa ni sayang? Sayang okey tak? Dah ambil dah pregnancy test tu?” Pregnancy test kit yang ada di tangan Ranaa, Raeed capai.
Dan Ranaa masih lagi tergamam. Sudahlah tak habis lagi terkejutnya dikecam wanita-wanita tadi, dan kini Raeed muncul tiba-tiba memeluknya dan memanggilnya ‘sayang’. Sayang?
Raeed pantas menoleh ke arah wanita-wanita tadi. Kalau tadi wajah mereka sinis dan jijik memandang Ranaa, tiba-tiba wajah masing-masing manis bak gula. Tersampuk lengan Raeed yang berketak-ketak tu agaknya.
“Kenapa sayang? Makcik-makcik ni cakap apa dekat awak?”
Sebenarnya Raeed mengekori Ranaa dari awal lagi. Ranaakan tak pandai berlakon. Tengok resah Ranaa pun Raeed tahu Ranaa bukannya nak ke tandas.
“Errr... tak. Tak ada apa-apa.”
“Kenapa ya? Ini isteri saya. Kalau ada anak dalam perut dia, pun anak saya? Kenapa ya? Ada masalah ke?” Tangan yang memeluk bahu Ranaa turun merangkul pinggang Ranaa erat.
Wajah Raeed berubah merah padam. Tak mampu nak berlakon cool bila dialog-dialog makcik bawang ini kedengaran sungguh menyakitkan hati.
Mereka tak tahu apa yang berlaku. Lalu mengapa sewenang-wenangnya menghukum Ranaa. Kalau bukan Ranaa pun, tak kisahlah sesiapa pun. Apa... mereka tu Tuhan? Yang layak menilai dan menghukum dosa pahala manusia lain? Apa... mereka itu sesuci malaikat yang tak pernah berdosa. Bersyukur sahaja Tuhan tutup aib kau disebalik tudung litup itu.
“Errr... min... min... minta maaf ye dik. Ak... akak tak tahun adik ni dah bersuami. Ma... maaf kan kami ya.”
Terus sahaja bakul yang penuh dengan barangan farmasi tadi diletakkan. Diikuti dua kawan lain. Dan mereka terus beredar dari situ. Takut kalau tunggu lagi, tak pasal-pasal lebam biji mata. Tengok lengan Raeed, nak tercekik rasa.
Dan pelukan Raeed terlerai saat ketiga-tiganya beredar.
Lelaki itu merenung Ranaa tajam. Membuatkan Ranaa tunduk. Tak berani untuk mengangkat wajah.
“Lain kali tipulah aku lagi. Kau pandai sangatkan? Tak habis-habis menyusahkan aku!”
Mendengarkannya kelopak mata Ranaa mulai panas. Kabur pandangannya oleh air mata. Mujurlah tiada pelanggan di belakang mereka. Dan pelanggan yang berdiri di hadapan pun agak jauh.
“Kalau boleh saya pun tak nak susahkan awak.”



EZRAEL BAD ROMANCE 
“Sayang... awak dekat mana? Senyap je dari tadi? Kata nak call saya tapi tak call pun? Ezrael mana? Awak okey tak? Awak tau tak saya risau?”
Tepat jam 12:00 malam. Saiful dan Ezrael, kedua-duanya sunyi sepi sejak mereka keluar berdua tadi. Ezza yang menanti di penthouse, tak tentu arah dibuatnya. Memikirkan apa yang berlaku di luar sana.
Apa yang berlaku kepada Saiful. Apa yang Ezrael katakan pada Saiful. Apa pula yang Saiful katakan kepada Ezrael.
Bimbang memikirkan Ezrael yang entah apa agenda rahsianya. Dan bimbang pula memikirkan Saiful. Takut-takut mudah terpedaya.
“Saya okey. Awak jangan risau. Ezrael ada. Kejap lagi dia hantar saya ke hotel.”
“Lepas tu? Bila kita nak balik?” soal Ezza terus. Ezza mahu tahu apa rancangan seterusnya? Yang pasti, Ezza tak nak Ezrael ada dalam hidupnya lagi. Ezza tak peduli lagi. Biarlah kalau Saiful nak marah pun. Biarlah Saiful nak kata Ezza bodoh pun. Biarlah gaji Ezza sikit pun. Tak apa. Asalkan Ezrael, tak wujud.
“Errr... erm... bila ya nak balik?” Tergagap-gagap, Saiful pulangkan soalan pada Ezza. Seperti bicaranya yang tidak lancar, fikirannya juga begitu. Setelah apa yang ‘dibincangkan’ secara panjang lebar dengan Engku Ezrael tadi, Saiful blur. Tak mampu berfikir dengan waras.
“Saiful... awak kenapa? Ezrael cakap apa dekat awak?”
“Tak... tak... Ezrael tak cakap apa-apa.” Di hujung talian sana, Saiful ketap bibir. Ligat otaknya memikirkan perkataan. Tapi makin difikirkan, makin kusut rasanya.
“Habis tu? Kenapa? Kenapa macam ada something yang tak kena je? Macam nak sorok sesuatu dari saya je?” Ezza bukan baru dua tiga hari kenal Saiful. Sudah bertahun. Ezza kenal riak Saiful apabila lelaki itu sembunyikan sesuatu darinya.
“Tak... mana ada. Nak sorok apa pulak?” Suara Saiful kedengaran sedikit tegang. Tak suka dicurigai begitu.
“Habis tu? Ezrael cakap apa pasal saya?” Ezza mahu tahu. Kalau-kalau Ezrael buat cerita palsu tentang Ezza.
“Ezrael...” Saiful perlu hati-hati. Salah kata, rosak semua.
“Ezrael apa?”
“Ezrael... suruh kita... kahwin.” Perlahan, dan teragak-agak. Namun, saat itu juga lampu kotak fikirannya seakan menyala.
“Apa? ‘Ezrael’ suruh kita kahwin? Engku Ezrael? Yang suruh kita kahwin?” Nama lelaki itu Ezza tekankan dengan jelas. Takut kalau-kalau Ezza tersalah dengar.
“Ya. Engku Ezrael. Dia suruh kita kahwin. Segera. Secepat mungkin. Kita kahwin ya, sayang?”
Ezrael? Engku Ezrael? Aik... ini pelik. Depan Ezza cakap lain. Nak ‘beli’ Ezza. Nak jadikan Ezza isteri dia. Milik dia. Dah kenapa dengan Saiful, terbalik segalanya? Ke... Engku Ezrael ni gila? Sakit otak? Sakit jiwa? Kejap macam ni, kejap macam tu? Ke... dah buang tebiat?
Ke... Saiful yang buang tebiat? Kahwin? Duit belanja kahwin mana? Bertahun dah mengumpul. Belum cukup-cukup lagi. Tak berani nak kahwin hanya kerana duit tak cukup. Tapi malam ni, kenapa Saiful macam yakin sangat?
“Tapi kenapa? Tiba-tiba je?” Selalunya topik kahwin adalah topik kesukaan Ezza. Memang Ezza nak sangat kahwin dengan Saiful. Tak sabar nak kahwin dengan Saiful. Tapi, untuk malam ini, topik ‘kahwin’ ini macam terdengar mengerikan pula.
“Errr... Ezrael kata, supaya saya boleh jaga awak dekat sini. Tinggal dengan awak dekat sini.”
Saiful pejam mata rapat-rapat. Ketap bibir kuat-kuat. Meramas mulut yang baru sahaja berkata dusta. Rasa kesal. Rasa bersalah. Tapi...
Tinggal dengan Ezza di sini. Atau... tinggalkan Ezza di sini?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment