KOMBO PESTA BUKU ANAASA






PRE ORDER
HARGA PROMOSI SINGLE + POSTAGE [ DLM POSTER]
Beli kombo lebih Jimat..FREE pos..lebih MURAH!!

🎀🎀🎀
UMAR HATTA - Jaja Ahmad.

Blurb:
“Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” - Hatta

Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.
““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta
Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.
Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.
“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” - Zafran
Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.
Leyla mahu rebah dan Hatta pula sudah mula lelah. Tidak tegar untuk dia melawan dan tidak mampu untuk dia pertahankan, akhirnya bahu dia dijadikan alas untuk menanggung segala kesalahan. Hatta akur dan Leyla semakin berduka.
Mampukah Hatta bangun semula dari segala kesedihan dan rasa kecewa?
‘Battle with our innerself is hundred times harder than pergi medan perang.’
🎀🎀🎀
DIA PENJAGA HATIKU - Hairynn Salehuddin

Blurb:
Saat hati dah mula jatuh suka, dia terpaksa pendam kerana gadis itu bukan miliknya. Dia terlambat. Dan dia juga terikat.

Haikal Qarleef, dicintai oleh tunangnya Kirana. Namun, entah kenapa pertemuan dengan pekerjanya Zaira mula membibitkan rasa cinta. Dalam diam, dia mencintai Zaira. Sungguh!
Nur Zaira, gadis yang setia menyerahkan cintanya pada kekasih hati. Walaupun dia tidak sehebat Haikal, namun itulah lelaki yang akan diangkat sebagai penghuni hatinya. Dia tidak ragu lagi. Kepada Azri dia serahkan rasa itu.
“Betul ke apa yang Zaira cakap tadi?” - Haikal Qarleef
“Betul apa, Encik Haikal?”- Nur Zaira
“Pasal nak kahwin tahun depan.” - Haikal Qarleef
“Ooo... Pasal tu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang. Encik Haikal dengan Cik Kirana bila pulak?”- Nur Zaira
Lalu, Haikal buang jauh perasaan cinta pada Zaira. Zaira akan menjadi isteri orang. Dan dia, menerima ketentuan jodohnya bersama Kirana.
“Kita dah kahwin, Kirana. We are suppose to think about us. About our own family. Anak-anak kita.” - Haikal Qarleef
“What? Anak?” – Kirana
Benarlah kata Haikal, perkahwinan ibarat satu perjudian. Indah bila disebut tetapi pahitnya hanya mereka yang tahu. Begitu juga dengan Zaira. Dingin Azri terhadapnya memungkinkan segalanya. Dia tergantung sepi!
“I love you Nur Zaira.” - Haikal Qarleef
Saat rapuhnya hati, Haikal datang mendampingi. Lelaki itulah yang mengambil berat tentang dirinya. Hatinya dijaga. Dirinya rasa dipeduli.
Namun, betulkah apa yang dia lakukan? Sanggupkah dia melukakan hati Kirana hanya kerana kepentingan sendiri? Dia juga wanita. Dia rasai apa itu perit. Dia pernah rasa bila hati itu hancur. Dia pernah dilukakan!
Lalu akan ternoktahkah cintanya pada Haikal? Itu, hanya Zaira yang tahu…
🎀🎀🎀
SAH! DIA MILIK AKU

Blurb:
“Saya tak akan biarkan awak berdua bawa isteri saya!” – khairul naim

Kerana kalimah ini, dia terjerat dengan gadis yang tidak dikenali. Niatnya hanya ingin membantu bila merasakan gadis itu memerlukan pertolongan.
“Encik, tolong lepaskan saya. Encik dah salah orang ni. Saya dah kahwin, encik. Lelaki itu suami saya!” - Qhaireena
Bagi Khairul Naim, mungkin apa yang terjadi akan berakhir di situ saja. Dia tidak mahu memikirkan tentang 'isterinya' itu. Tidak perlu ada kisah mereka berdua. Namun, tidak pula pada Tengku Qhaireena. Dia mudah sungguh jatuh hati!
Susahnya untuk mendekati lelaki kaku itu. Lelaki yang punya kisah cinta luka. Lelaki sarkastik pada tiap bicaranya. Lelaki itulah yang dah dia tampal dalam hatinya. Dia tak nak lelaki lain selain Abang Naim!
Maka bermulalah kisah Qhaireena dan Khairul Naim. Bagi Qhaireena, KN Café adalah rumah keduanya. Di situlah tempat dia menatap wajah kesayangannya. Tetapi bagi Khairul Naim, Qhaireena tidak diendahkan.
“Yang awak masih lagi kat sini kenapa, cik Tengku? Tak ada rumah ke?”- Khairul Naim
Dia bukan setaraf Tengku Qhaireena, pewaris tunggal Tengku Raisudin. Gadis yang punya banyak harta. Dia pula lelaki yang bangun dari kegagalan cinta dan membina resepi kejayaan sendiri.
“Ya, Zaki. Ada apa-apa ke?” - Khairul Naim
“Sorry, bos. Saya bukannya nak mengganggu bos tapi...”- Zaki
“Kenapa ni, Zaki? Cik ayang buat hal lagi ke?”- Khairul Naim
“Betul tu, bos. Tapi kali ini bapak mentua bos datang nak jumpa bos pulak ni. Cepatlah bos!”- Zaki

Khairul Naim tepuk dahi! Kenapa pula ayah Tengku Qhaireena mencemar duli mencarinya? Aduhai cik ayang! Kau dah buat apa?
“Dia beritahu penyiasat saya, awak suami dia. Kamu berdua sudah berkahwin. Betul ke?” - Tengku Raisudin
Bermula dari menjadi suami olok-olok, kini dia dilamar untuk menjadi suami yang sah.
“Abang Naim... Sudi tak ambil Qhai jadi isteri abang?”- Qhaireena
Hanya jelingan sajalah yang Khairul Naim mampu berikan. Ikut hati, mahu saja diikat-ikatnya cik ayang itu dan sumbat dalam kotak! Takkan dia nak kena jadi suami sebenar pada gadis yang tak sudah memberinya masalah? Atau mungkinkah ini jodoh yang ditentukan oleh NYA?
Hai Abang Naim… Sah! Dia milik aku.
🎀🎀🎀
SEBELUM LAMARAN DITERIMA - Ayumi Syafiqah

Blurb:
They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself.
Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah.

“Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?”- Julia
“Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?” - Julia
“Sounds like a mummy’s boy.” - Cami
Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai.
Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obsess dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati!
“Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type.”- Cami
“Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman.”- Kai
Bagi Kai, bertemu Cami bagaikan satu anugerah yang selama ini dinanti. Apatah lagi dalam masa yang sama dia sedang berdepan dengan dilema untuk menyertai konsert tribute buat arwah ayahnya, Allahyarham A. Iskandar, seorang penyanyi yang pernah terkenal suatu masa dulu.
Bersama Cami, dia mula menelusuri kehidupan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dan mula membongkar rahsia yang selama ini tersimpan kukuh.
Hari demi hari yang berlalu, hati Cami yang tegas dengan prinsip mula goyah. Dia jatuh cinta tanpa sengaja!
“You sound like a jealous girlfriend,” – Kai.
“Good night, Kai.” – Cami.
Tapi sebelum lamaran diterima, Cami perlu jawab soalan hatinya sendiri. Betul ke cinta, atau suka semata-mata?
🎀🎀🎀
PEREMPUAN TEPI JALAN- Wardina Aishah

Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina.
Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.
“Marry me.” – Ferdaus
Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.
“Saya terima lamaran Encik Ferdaus. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kita hanya pada nama. Tak lebih daripada itu. Saya nak Encik Ferdaus janji akan penuhi syarat-syarat saya.” – Maya Adriana.
Janji diikat. Namun bukan mudah bagi lelaki seperti Ferdaus mematuhi janji yang dipateri. Hari demi hari, janjinya hanya tinggal janji. Perlahan-lahan dia cuba menawan hati isteri yang beku.
“Hmmm… tadi kata tak suka. Sekarang ni… dia pulak yang over.” – Maya Adriana.
“Sebab tu orang tua selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Macam hubungan kita jugaklah. Kalau awak tak cuba kenal saya, macam mana awak nak jatuh cinta dengan saya? Betul tak?” – Ferdaus
Maya cuba menjauh. Semakin dia mencuba, semakin Ferdaus mendekat. Sehingga akhirnya dia tak mampu mencuba lagi. Kenangan silam yang penuh noda dibuang jauh dari hidupnya.
Namun, bukan senang perjalanan menuju bahagia. Datuk Rizlan muncul tanpa diduga. Mengundang badai lalu menggugat keharmonian dan kebahagiaan yang baru dinikmati.

“I told you, Maya Adriana. Sampai bila-bila… you tetap jadi milik I!” – Datuk Rizlan
Kini kebenaran tentang siapa dia terbentang di depan mata Ferdaus. Dia terduduk. Dia tidak mampu untuk mengubah siapa dia yang dulu. Mungkin benar, takdir seorang Maya Adriana cuma layak menjadi perempuan tepi jalan sampai ke akhir nafasnya.
Maya Adriana. Dia hanya ada Ferdaus. Cintanya pada Ferdaus dan kasihnya hanya pada lelaki itu. Layakkah dia?
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment