ZULAIKHA ~ SOPHILEA

PREORDER
ZULAIKHA...JASAD AKU MATI TAPI DENDAM AKU TAK PERNAH BERSEMADI


Ting!!! Bunyi sesuatu jatuh dari arah dapur. Hani dan Khairul saling berpandangan. Tiba-tiba ada angin halus menyapa di leher. Cepat-cepat Hani usap belakang lehernya. Serta merta lengan Khairul di paut kuat.

“Angin agaknya. Adalah benda yang jatuh tu.”

Angin? Masuk dari mana bukan kah tadi Hani dah tutup semua tingkap dapur rapat-rapat. Dia sendiri tak faham kenapa Khairul ajak dia berpindah ke mari. Sekalipun Khairul suda tidak punya kerja di kota, boleh sahaja mereka sekeluarga pulang ke kampung Hani di Bentong. Tapi Khairul bertegas untuk kembali ke rumah agam yang sudah lama di tinggalkan ini. Hani tahu kalau rumah agam ini telah di serahkan pada Khairul lama sebelum arwah bapa mertuanya meninggal lagi. Sudah using meski binaannya tetap sahaja kukuh. Pertama kali ke mari, dia suda terasa seram sejuk. Apatah lagi dari jendela biliknya jelas pohon Ara yang merimbun tinggi dan besar di tepi pagar utama yang hampir tumbang.

Prang…
Bunyi periuk yang jatuh dari rak simpanan ke lantai. Di kamar atas anak-anaknya sudah lena di buai mimpi. Rumah agam ini besar punya 10 buah bilik yang mana dua darinya berkunci rapat.

Khairul bangun. Di beranikan dirinya melangkah ke dapur. Hani mengekori meski rasa takut menyelubungi diri. Langsung dia tak berenggang dengan Khairul.

Khairul petik suis lampu dapur di tepi dinding. Matanya liar memandang dapur seluas 10 kaki ini namun tiada satu barangpun yang jatuh di lantai. Dia pandang Hani. Wajah Hani jelas ketakutan. Kalau tiada barang yang jatuh habis apa yang mereka berdua dengar seketika tadi. Lantai marmar peach bersih bila di mop Hani semalam. Pinggan mangkuk elok terletak dan tersusun di rak.

“Abang…” Hani berbisik perlahan. Khairul cepat-cepat matikan kembali suis lampu dapur.

“Tak ada apalah agaknya bunyi dari luar. Rumah ini kan sunyi mudah nak dengar apa sahaja dari luar rumah. Jangan risaulah.”

Khairul cuba menenangkan isterinya meski hatinya juga gusar.
Shuuuu….bunyi angin dari luar kuat menerobos ke gegendang telinga keduanya.

“Nak hujan agaknya.” Khairul memandang gelap malam yang pekat dari dinding cermin di sebelah kiri rumah agam ini. Tiada apa yang dapat di lihat melainkan pekat malam yang menyeramkan.

Langkah kaki keduanya di atur menaiki tangga ke tingkat atas. Sengaja lampu di ruang tamu ini di biarkan terbuka. Hani tak mahu semuanya bergelap. Sempat dia menjengah ke bilik Auni dan Aulia si kembar yang menyerikan hidup mereka selama ini. Keduanya lena di katil dengan anak patung masing-masing dalam pelukan. Tiba-tiba mata Hani terpandang sesuatu. Kelibat putih yang muncul dari tepi almari menuju ke ruang balkoni.

“Allahuakbar!” Dadanya di urut berkali-kali. Nafasnya turun naik. Matanya masih memandang kea rah balkoni dari pintu bilik ini.
“Mama…”

Hani menjerit bila tubuhnya dis entuh dari arah belakang. Aulia sedang berdiri dengan baju tidur kelabu dan anak patung. Matanya terus memandang kea rah katil. Yang ada Cuma Auni seorang sedangkan tadi bukankah Aulia juga tidur bersama. Matanya belum buta untuk kenal anak sendiri. Macamana Aulia boleh keluar dan berdiri di belakang sedangkan dia dari tadi berdiri di tengah pintu.

“Bila Aulia keluar?” Soal Hani tak sabar. Aulia sedikit pelik.
“Tadikan papa temankan Aulia pergi bilik air. Lepas tu Aulia duduk dekat bilik bacaan ini baru nak masuk tidur. Kenapa mama?”

‘Ya Allah habis tu siapa yang dia nampak bersama Auni tadi?”
Pipi Aulia di tampar perlahan.
“Mama kenapa?”
Hani menggeleng. Dia tak mahu takutkan anak gadisnya yang berusia 12 tahun ini.

“Tak ada apa-apa dah pergi tidur. Mama pun nak tidur ini. Jangan lupa baca ayat kursi sebelum tidur.”

Aulia angguk lantas kakinya di heret ke katil. Terus tubuh kecilnya di rebahkan ke tilam. Selimut di tarik separas dada. Tak ubah seperti apa yang kornea Hani lihat tadi. Dejavu? Mana mungkin. Bisik hati kecilnya.

Pintu bilik si kembar di rapatkan perlahan-lahan. Kakinya melangkah ke bilik. Belum sempat tombol pintu di pulas, terdengar bisikan halus Cuma sekali dinggah di cuping telinganya.

“Hani……” Suara seorang wanita. Hani tak berpaling lagi. Terus meluru ke katil. Selimut di tutup ke seluruh wajah.

“Hani, awak kenapa ni?” Khairul tarik selimut. Hani geleng. Wajahnya sedikit kalut dan takut. Peristiwa di bilik kembar dan seseorang yang memanggil nama dia tadi buatkan dia kelu utnuk bersuara.

“ Dah tidurlah. Baca surah-surah penghalang jin.”
Dahi si isteri di cium penuh kasih sayang. Khairul turut sama rebahkan dirinya di sebelah Hani. Di luar balkoni bilik, sesuatu sedang memandang. Rambutnya yang panjang terurai hingga ke kakinya yang terawang-awang. Kain putih yang menutupinya melayang-layang bagai dia tidak bertubuh. Wajahnya di angkat perlaha-lahan. Memandang tepat ke arah katil.

‘Kau seru aku untuk kembali dendam yang tidak pernah bersemadi akan ku ungkit lagi….’

Dia tersenyum. Senyuman yang mengerikan.
Khairul tersentak bila terasa ada seseorang yang sedang memandangnya. Matanya tertancap pada potret yang tergantung di bilik utama ini. Sudah puas cuba di turunkan namun potret itu bagai melekat di dinding.

“Zulaikha….”

Nama yang tertulis di bawahnya di sebut lagi. Dan saat itu juga kedengaran hilaian yang menyeramkan dari pohon Ara.

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment