MR HUNTER HANA

MR HUNTER Hana Efriena
RM 40 SM RM 47 SS
termasuk postage
ONLINE SHJ.
Pre-order 1-30 APRIL 2018.


PROLOG


Karl pekakkan telinga mendengar bebelan gadis di hadapannya. Sesekali mulut berdesis sakit saat jemari Dian elok menekan bahagian luka. Dian nampak cekap dengan setiap tindak-tanduknya. Marah macam mana sekalipun Dian padanya, tetap Dian juga yang kesudahannya akan merawat dirinya.



Lepas ni kalau you datang pada I dalam keadaan berlumuran darah macam ni lagi I memang takkan tolong you dah. Pergi cari doktor lain. Biar you..



Biar I mati?



Karl! You tahu I tak suka you sebut pasal tu kan?



Tersenyum mengingatkan ugutan Dian sebelum ini. Takkan tolong? Dian tu cakap aje tak nak tolong dia, hakikatnya mana sampai hati nak biarkan Karl kesakitan. Karl cukup mengerti pandangan tak puas hati yang Dian lemparkan padanya, tapi sengaja dia malas hendak ambil pusing. Langsung tak menyalahkan Dian. Tengok kekalutan Dian waktu dia sampai ke rumah gadis itu dalam keadaan berlumuran darah pun dia tahu Dian sejujurnya risaukan dirinya. 



“Dah.” Mendatar suara Dian seraya bangkit meletakkan peralatan. Baju Karl yang terpalit kesan darah dibawa ke sinki. 



Kadang-kadang dia pelik. Kebal sangat ke tubuh Karl sampaikan sedas tembakan pun tak mampu jentik ketakutan dalam diri Karl. Sebaliknya riak wajah Karl nampak cukup bersahaja. Dia yang melihat pula rasa nak putus nyawa. 



“Marahkan I, Dian?” soal Karl masih berbaring. Yang jujur, kesakitan itu terasa mencucuk-cucuk. Cuma Karl kuatkan diri. 



Ini dunianya.



Ini pilihannya.



Jadi mana mungkin lelaki yang digelar ‘Mr. Hunter’ ini mahu menonjolkan sikap lembik semata-mata.



“You sendiri tahu apa jawapan I, Karl.”



“Ini tugas yang diamanahkan untuk I. You faham kan, Dian?”



Serentak Dian berpusing. Sarung tangan yang dipakai dibuka lalu dicampak kasar meluahkan rasa tak puas hati. 



“Bukan main lagi banyak kerja dalam dunia ni, kenapa ini juga yang you pilih??”



“Sebab I tak pandai macam you, Dian. I tak ada sesiapa dalam dunia ni. Kalau you pun bencikan kerja yang I buat, bermakna you mesti meluat nak tengok muka I kan?” provok Karl sengaja mahu menduga.



Wajah Dian berubah mendung.



“I tak pernah bencikan you. Dan I tahu apa yang you buat selama ni hanya untuk membantu orang lain. Tapi kalau sampai bahayakan nyawa sendiri, itu yang I tak nak. Kali ni mungkin sedas tembakan. Selepas ni? I tak nak kalau lepas ni I terpaksa lihat jasad kaku you, Karl.”



Karl tersenyum nipis. Dengan Dian, senyumannya cukup murah. Berbeza sekali perwatakannya pabila tugas sebagai ‘pemburu’ kembali tergalas pada bahu. Menjatuhkan kedua-dua belah kaki, ingin berlalu pergi. Dia tidak boleh berlama di sini. Bimbang nanti bakal menyusahkan Dian pula.



“You nak ke mana?”



“Balik.”



“Karl!” Dian dah membentak.



“You dah buangkan peluru tu dan I pun masih boleh bercakap dengan you, kiranya I dah selamat kan?”



“Susah bercakap dengan you ni, Karl.” Mendengus geram.



Karl hamburkan tawa. Tapi masih terkawal. 
Bimbang kesakitan itu semakin berganda. Berhati-hati dia mendekati Dian.



Memandang Dian, dia hanya melihat Dian sebagai seorang saudara. Lebih tepat, dia menganggap Dian tak ubah seperti adik perempuannya sendiri. Tidak pernah lebih daripada itu.



“Terima kasih sebab tolong I, Dian..”



“Lepas ni jangan buat kerja berbahaya macam ni lagi.”



Karl mengeluh dalam.



“You sengaja minta sesuatu yang I tak mampu tunaikan, kan? Dian, you tak payahlah risau. I’m used to it.” Lagi ayat yang sama meniti pada bibir Karl.



Buat Dian terus menutup rapat mulutnya sendiri.
Bercakaplah berjuta patah perkataan sekalipun, jika itu keputusan Karl mana mungkin dia bisa ubah. 
Hoodie disangkut kembali pada kepala. Face mask berwarna hitam turut Karl kenakan pada wajahnya. Yang terlihat kini hanyalah sepasang mata memukau miliknya sahaja. Mengusap ubun-ubun Dian, Karl undurkan kakinya setapak ke belakang.



Di luar sana, pembantu Karl sudah sedia menunggu. Teringatkan sesuatu, Dian pantas berlari ke muka pintu.



“Demian.”



Menoleh sejenak lelaki berdarah kacukan itu kepada Dian.



“Jagakan Karl.”



“Diann..” Suara Karl meleret.



Dian sekadar menjeling. Tanpa menunggu lama, pintu kaca itu kembali dikatup rapat. Dari pengamatan Karl, Dian masih merajuk dengannya. Kalau tidak, Dian takkan berlalu macam tu aje.



Membuang nafas panjang, Karl langsung meneroboskan diri masuk ke dalam kereta. Rasa bersalah sebab dah menyusahkan Dian. Memandang jam pada tangan, tepat menunjukkan pukul 3.00 pagi. 



Kelak, budi Dian takkan mungkin terbalas sampai bila-bila.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment