PRE ORDER
limited edition
RM23.00
POSTAGE RM8 SEM / RM12 SS
limited edition
RM23.00
POSTAGE RM8 SEM / RM12 SS
Penghantaran dijangka hujung bulan Mac 2018
Jom layan teaser terakhir KPCB!
“Pak cik sedih tak?” Yulia bertanya lagi. Jari jemari kecilnya sengaja diputar-putar di atas meja makan yang masih kosong.
Encik Adi hadiahkan senyum. Kepala Yulia digosok perlahan.
“Sedih juga. Tapi pak cik tak boleh sedih sangat.”
“Kenapa?” Terkebil-kebil Yulia menunggu jawapan. Si Pak Cik Bawang pula macam sengaja aja menunda-nunda jawapan yang Yulia mahukan.
“Pak cik ada mak yang perlu pak cik jaga. Kalau pak cik sedih, mak pak cik lagi rasa sedih. Tak naklah macam tu…” Yulia angguk.
“Kakak pun tak nak mama dan adik sedih,” tutur Yulia antara dengar dengan tidak.
Aku tahu Yulia mahu mencari seseorang untuk berkongsi perasaannya. Mungkin seseorang yang senasib dengannya. Sudah lama aku dapat rasakan itu.
Dan bukan sekali dua aku cuba menyentuh hati anak kecil itu agar bersuara meluahkannya kepada aku. Tetapi Yulia tidak mahu melakukannya.
“Kakak… dengar kata pak cik ni ya…” Tangan kecil Yulia, Encik Adi capai dan genggam. Lama Encik Adi renung dalam ke mata Yulia.
“Untuk gembirakan mak pak cik, pak cik tak boleh bersedih. Pak cik kena sentiasa gembira, baru mak pak cik pun gembira.”
“Kakak pun gembira.” Dalam wajah redup, Yulia tayang sengih. Gembiralah sangat!
“Adik pun gembira!” Irana yang sedari tadi asyik memerhati ombak turut meningkah.
“Ayah yang dah meninggal, kita tetap sayang. Betul tak?” Belakang tangan Yulia diusap lembut. Yulia mengangguk setuju.
“Kakak dan adik selalu doa supaya ayah masuk syurga.” Yulia tutur perlahan.
Laju Encik Adi mengangguk. “Itu yang sebaiknya, sayang. Selalu ingat dan berdoa. Tapi tak bolehlah jadi alasan untuk kita bersedih lama-lama. Kasihan mak kita. Mesti mak sedih tengok kita macam tu. Dahlah dia penat-penat cari duit untuk kita. Betul tak?” Sambil itu Encik Adi sempat curi pandang ke arahku.
Yulia jawab dengan anggukan.
“Kakak nak tahu satu rahsia tak?” Encik Adi buat-buat berbisik ke tepi telinga Yulia.
“Apa?” Huii, bulat mata si kecil tu bertanya. Bersemangat betul nak membawang.
“Kita sama-sama ada mak yang cantik.” Spontan Yulia pandang aku.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752
No comments:
Post a Comment