TERIMA KASIH BEB

SPECIAL EDITION
LIMITED
RM30.00 SEM / RM33.00 SS
poslaju RM8 SEM / RM12. SS
“Ya Datin, boleh saya bantu?” sapa Luqman sebaik sahaja dia tiba di situ. Datin-Datin itu tersenyum dan berpandangan sesama sendiri.
“Wow... tak sangka chef di kafe ni sangat kacak!” ujar salah seorang daripada mereka yang lebih muda. Luqman mengerling kepada Amy yang sudah menarik muka masam.
“Terima kasih Datin. Saya biasa saja. Taklah kacak, cuma manis tu ada.” Luqman memberikan senyum yang paling manis kepada kumpulan wanita itu.
“You nampak tak lesung pipit dia? I geram betul! Rasa macam nak gigit-gigit.” Ujar Datin yang berpunggung lebar itu dengan menggedik. Telinga Amy seperti nak terbakar dibuatnya.
“Nama you apa ya?” soal mereka lagi.
“Saya, Luqman.” Luqman masih tersenyum. Sengaja mahu melihat reaksi Amy.
“Hmmm... kalau begitu,I panggil you Luq. Boleh?”
“Apa-apa pun tak apa, Datin.” Jawab Luqman menghadiahkan senyuman manis buat mereka.
“Maafkan saya ya, Datin, Luqman ada kerja di belakang.” Amy yang sudah berasa panas melingas, terus menarik lengan Luqman masuk ke dapur. Sampai sahaja di dapur, Amy terus mencubit pinggang Luqman kuat-kuat.

“Kenapa ni?” Luqman menggosok-gosok pinggangnya yang pedih akibat menerima cubitan.
“Gatal ya?” soal Amy geram.
“Mana ada…” jawab Luqman dengan leret suaranya.

“Dah teringin sangat nak jadi anak ikan ke?” muka Amy sudah merah padam. Luqman ketawa besar mendengar ayat itu.
“Awak ketawa bersungguh-sungguh sangat ni kenapa?”
“Kenapa marah sangat ni…” soal Luqman persis memujuk.
“Saya tak suka! Tak suka ! Tak sukalah!!!” marah Amy. Luqman menyambung ketawa lagi.
“Kenapa pulak?” soal Luqman. Sengaja dia berbuat begitu. Mahu tahu isi hati Amy terhadapnya.
“Saya cemburu tau!Tengok mereka pegang dada awak, tangan awak, pipi awak, tunjuk senyum gatal dengan awak! Ingat saya suka sangat ke?” marah Amy lagi. Mukanya sudah bagai udang dibakar. Dadanya berombak.
“Cik Amy cemburu mengalahkan saya ni hak milik Cik Amy.” Duga Luqman lagi.
“Ya, memang pun. Awak milik saya! Saya tak suka orang lain pegang''...

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment