SAYANGKU HANA - KAY Kay Omena


RM27(SM) /RM30(SS) 


poslaju RM8 SEM / RM12 SS

Tutup sahaja pintu, terus aku bangun berjalan menuju ke arah Hana.



"Ewah-ewah kau, jumpa kawan terus lupa aku. Sedar tak aku makan tak ada yang layan tadi? Nampak tak aku ambil lauk aku sendiri? Perasan tak aku tuang air sampai tertumpah-tumpah kena baju aku tadi? Kau Hana... suami depan mata pun kau boleh lupa." Aku mula membebel. Mata aku jelingkan sedikit memandang Hana.



Hana julingkan matanya ke atas.



"Hana seronok sangat lah tadi. Abang pun, tak payah lah mengada sangat sampai tuang air pun nak suruh Hana." Bebelan aku dibalas dengan bebelan juga oleh Hana.
Aku tarik muka. Hana ni, aku nak manja-manja dengan dia pun dia tak faham!



"Abang pergilah duduk tengok TV tu. Hana nak sambung kemas dapur sikit lagi." Hana sudah menolak sedikit badan aku. Kakinya mula menapak ingin menuju ke dapur.
Tapi langkahnya aku tahan.



Bila Hana menoleh memandang aku semula, badannya aku tarik perlahan masuk ke dalam pelukan.



Jelas rasa terkejut respons yang ditunjukkan oleh Hana. Kaku sahaja badannya sebelum tangan dia naik menyentuh belakang badan aku tidak lama kemudian.



"Abang kenapa peluk Hana tiba-tiba ni?" Kalut sedikit suaranya aku dengar.



Aku diamkan sahaja soalan Hana. Malah tangan aku makin kuat memeluk badannya. Aku sebenarnya rasa terharu dengan apa yang aku lihat tadi. Atau lebih tepat, aku terharu dengan diri Hana.



Macam mana dia yang selama ini menderita keseorangan dengan layanan yang diberikan oleh Farah, Noni dan Anita dengan begitu mudah memaafkan mereka bertiga?
Dan yang jelas aku nampak, dari mata Hana, memang benar-benar ada keikhlasan atas kemaafan yang dia beri.



Nafas aku hela. Lega bila memikirkan Hana tidak perlu lagi rasa terancam dengan layanan kawan-kawannya itu.
Tubuh Hana masih lagi aku biarkan dalam pelukan. Perlahan tangan aku naik mengusap rambutnya pula. Sesekali aku sentuh hujung hidung pada helaian rambut lembutnya itu.
Pelukan aku pereratkan lagi.



‘Hana, cuba beritahu aku cara macam mana aku boleh guna untuk aku ungkapkan kata cinta aku pada kau?’
Semakin dipendam, semakin sakit hati aku menahan semuanya.



Rasa mahu sahaja aku katakan I love you, aku cintakan kau, wo ai ni, aishiteru, ich liebe dich dan semaksud dengannya setiap saat pada Hana. Tapi aku takut. Takut jawapan balas yang aku terima nanti akan melukakan hati aku sendiri.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment