SAYANG AWAK SENDAT-SENDAT ~ Hayati Ahmad

karya yg memang best!
RM25 / RM28
+ rm8 sem / rm12 ss
Dan demi selaksa rindu, aku kembali untuk cinta kita ~Seorang awek SADO berjawatan inspektor polis. ~Seorang fesyen designer yang lemah-lembut mengepit mampukah kedua-duanya bersatu dalam cinta? Ia cukup aneh. Menjadi pelindung dan pecinta tidak semudah sebuah ungkapan dan kata-kata cinta.

“Aku memang tak suka dengan lelaki yang kuat membebel macam kau, lelaki yang merimaskan dengan perkara-perkera remeh. Labuci, manik... benang, jarum, sutera dan chiffon bukan untuk lelaki Rie. Cara kau duduk sahaja dah buat aku kembang tekak!” ~ ZAHIRA “
Kau nak macam mana? macam Idham? yang sado yang gagah? Kau ingat Idham tu bagus sangat ke? Bini sendiri pun tak mampu nak usik lagi kacau bini orang!” ~ AZHARI

“Sekurang-kurangnya dia tak mengepit macam kau! “Salahkah aku mencumbui kau kerana cinta yang ada dalam hati aku?” Dia membisikkannya dengan jelas ke telinga ku. “Apa Rie?” “Syhhh... “ Azhari merenung ku, aku tidak mampu menahan pandangannya yang hening. Dia merapatkan dahinya ke dahi ku... “Aku nak kau kekal di sini, dekat dengan jantung aku. Berada di mana kau diciptakan dari rusuk aku. Kau buat aku rasa sempurna Zack, lebih sempurna dari apa yang aku bayangkan.” Aku cuba memejamkan mata, namun segala-galanya terasa begitu segar. Azhari... di mana-mana pun aku terbayangkan dia. Arghhh parah ni, baru sahaja naik kapal terbang aku sudah teringatkan dia. Teringat bukan bermakna rindu!

MAMPUKAH GADIS SADO INI MENYERAHKAN MAHAR CINTANYA UNTUK SEORANG LELAKI YANG ‘LENTUK’ DAN ‘AYU’?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment