P/S I Love You

P/S I Love You
RM25 sem / RM28 ss
postage RM8 SM /SS

KUMPULAN kadet-kadet itu nampak tergamam memerhatikan Aryana yang mendatangi mereka membawa pinggan nasi.

“Heheee dia datanglah.” 

“Siot minah ni, berani mati sungguh.”

“Aku kasi ayat sikit.” Mereka tersenyum-senyum melihat Aryana yang datang menghampiri mereka.

“Joint makan ye bang.” Masing-masing diam melihat keberanian Aryana berhadapan dengan mereka. Aryana duduk dengan selamba lalu makan dengan tenang di meja mereka. Semuanya diam sejenak, namun tiba-tiba...

“Sorry pasal semalam.” 

“Ok.” Aryana menjawab perlahan.

“Pompuan masuk askar tak cun dik, tak cukup lentik nanti.”
“Kenapa? Takut kami lagi gagah dari uolls?”
Masing-masing memperkenalkan diri akhirnya, Aryana tidak banyak bercakap, sebaliknya hanya tersenyum-senyum sahaja mendengar cerita mereka. Tiba-tiba seseorang yang dipanggil Edy menyuarakan persoalan kepada Aryana.
"Awak tak rasa rugi ke masuk sini? Esok-esok kita dapat Lt. Muda je kot. Kalau masuk suksis kompom-kompom kuar jadi inspektor, jawatan setaraf dengan inspektor regular? Kita ni apa ada? Low class kot.
"Kalau macam tu korang masuk polislah, kenapa masuk tentera.”
“Kami cakap pasal hak! pasal pangkat"
"Hak apa yang korang maksudkan?"
"Pangkatlah, rugi kita berlatih bagai nak rak lepas tu dapat Lt. Muda je kot." Edy masih tidak berpuas hati.
"Kalau pangkat yang kau cari pergilah masuk suksis, kau lupa ke tauliah kita dari Ke Bawah Duli YD Agong. Watikah dorang dari PDRM. Suka hati PDRMlah nak bagi setaraf atau tidak." Edy menunduk, sukar untuk dia memahami maksud Aryana..
“Sudah, sudah! Jangan bertengkar tentang pangkat. Kalau awak dapat masuk PALAPES nanti, awak rasalah latihan kami macam mana. Tu pun awak jadi student awam, kalau kadet macam kami boleh biol kalau tak cukup ketahanan mental.” Faris mengakhiri perbalahan. Segalanya berakhir dengan tenang, tidak ada pertengkaran dan tidak ada sindiran sinis. Tapi memang ada yang tidak berpuas hati atas perkara yang berlaku.
“Huh! aku paling benci ‘orang pompuan’ berlagak handal nak jadi askar!” Dia mendengus melepaskan rasa.
atau
www.wasap.my/60189666752
atau

No comments:

Post a Comment