NOVEL CINTA SUCI SPECIAL EDITION


NOVEL CINTA SUCI (SPECIAL EDITION)
PRE ORDER
cetak mengikut berapa order ketika preorder dibuka sahaja.
NCSSE(gabungan NCS1+2) hanya boleh diorder dalam tempoh preorder sahaja.
Once preorder close, no more NCSSE.

Last date preorder 28/2/2018
HARGA RM78.00 SEM / RM80.00 SS
termasuk poslaju
-
SINOPSIS NOVEL CINTA SUCI
Asyiknya kisah bahagia yang terlakar di dalam novel-novel cinta. Begitulah juga asyiknya cinta Suci Arianna terhadap lelaki pertama yang menakluk hatinya, Dr. Harazz Hidayat. Betapa dia mengharapkan untuk hidup bahagia di sisi lelaki itu sehinggakan dia mengabadikan impian cinta mereka di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’ dan mengharapkan segalanya bakal menjadi kenyataan.


Hakikatnya, kisah cinta dunia nyata tidak seindah kisah cinta dongeng dalam novel tulisannya. Dr. Harazz Hidayat meninggalkan Suci Arianna dalam sekelip mata. Tanpa sebab. Tanpa alasan. Tanpa punca.

“Sayang, terima kasih sebab sudi bagi peluang pada abang. Abang akan buktikan pilihan Suci tak salah. Abang akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup Suci. Abang janji, Suci tak akan menyesal.” – Zarul Rezza.

Tuluskah huluran cinta Zarul Rezza? Lelaki yang selama ini Suci Arianna anggap seperti abang kandungnya sendiri.

“Aku tak peduli. Dan aku rasa kau tak bodoh untuk tahu betapa berdosanya seorang isteri minta cerai dari suami tanpa sebab. Dan kau kena ingat, dosa seorang isteri yang mencintai lelaki lain selain suaminya yang sah. Aku akan tunaikan semua tanggungjawab aku sebagai suami dan aku akan penuhi segala hak kau sebagai isteri. So… tak ada alasan lagi untuk kau minta aku jatuhkan talak.” – Zarel Razzi.

Atas kehendak Ilahi, lelaki yang selama ini membenci Suci Arianna sepenuh hati akhirnya memegang hak mutlak sebagai seorang suami ke atas diri gadis itu.

"Saya pernah hilang awak sekali, Suci. Dan saya sedang kehilangan awak buat kali yang kedua. Saya tak sanggup untuk kali yang ketiga. Saya akan tunggu awak. Tak kisah berapa lama pun. Tak peduli dalam keadaan apa sekalipun. Sebab sejak dari kali pertama saya jumpa awak, saya tau awaklah gadis yang Dia takdirkan untuk saya.” – Dr. Harazz Hidayat.

Akan tercapaikah impian Suci Arianna dan Dr. Harazz Hidayat untuk bersama seperti yang tertulis di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’? 

Temui segala jawapannya di dalam NOVEL CINTA SUCI.


SINOPSIS NOVEL CINTA SUCI 2
Andai tulisan manusia ingin memisahkan dua jiwa, tulisan takdirlah yang berkuasa menyatukannya. Sesungguhnya, selama-lamanya tak akan ada yang mampu melawan kehendak dan kemahuan qada’ dan qadar-Nya.

Hampir tiga tahun Suci Arianna bahagia melayari bahtera rumah tangga di samping lelaki yang dia puja-puja, Dr. Harazz Hidayat. Realiti percintaannya sama indah seperti babak-babak yang tertulis di dalam Novel Cinta Suci karangannya sendiri. Namun, siapa yang sangka segalanya hanyalah sementara cuma. Segalanya bermula pada hari itu. 

Dr. Harazz Hidayat berubah sekelip mata. Kejam, tergamak meninggalkan Suci Arianna bersama benih yang baru sahaja memekar di dalam rahim wanita itu. Lebih memeritkan, Dr. Harazz Hidayat meminta Suci Arianna kembali ke pangkuan Zarel Razzi, suami pertama Suci Arianna.

“Janji dengan saya, yang awak akan balik semula pada Zarel Razzi.”- Dr. Harazz Hidayat.

“Dayat, awak memang dah hilang akal! Tak mungkin. Saya cuma cintakan awak!” – Suci Arianna.

Tanpa Suci Arianna rela, dirinya tetap ditinggalkan. Berjanji pada diri sendiri permintaan Dr. Harazz Hidayat agar dia kembali kepada Zarel Razzi, tidak akan dia penuhi. Dia rela hidup berdua sahaja bersama Iman Haidar, zuriat mereka daripada kembali kepada Zarel Razzi, lelaki yang tidak pernah dia cintai sekelumit pun!

Tanpa diduga, sesuatu berlaku. Memaksa Suci Arianna mengubah fikiran. Puas dia memikirkan jalan penyelesaian. Namun, istikharah yang dilakukan menguatkan keyakinan bahawa menikahi Zarel Razzi adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menyelamatkan segalanya. Terdesak, masa kian suntuk. 

“Kahwin dengan Suci.” – Suci Arianna
“Betul ke apa yang aku dengar?” – Zarel Razzi

Sehabis daya Suci Arianna berusaha melakonkan wataknya dengan baik. Berjanji akan mencuba untuk mencintai, mengasihi dan menyayangi lelaki itu seperti yang lelaki itu harap-harapkan. Halusnya cinta, kasih dan sayang palsu yang Suci Arianna suntik ke dalam hati lelaki itu. Sehingga Zarel Razzi terbuai dan percaya sepenuhnya. Terpaksa, Suci Arianna terpaksa.

“Maknanya, semua ini lakonan semata-mata? Kau pergunakan aku?! Kahwin dengan aku, sayang aku, layan aku semata-mata untuk pastikan rancangan kau berjaya? Kau perbodohkan aku?! Macam tu ke Suci Arianna?” – Zarel Razzi.

“Suci minta maaf. Memang Suci tipu abang. Memang Suci gunakan abang. Hari ni Suci nak berterus terang. Suci boleh hidup tanpa suami. Iman boleh hidup tanpa papa.” – Suci Arianna.

Apakah mungkin akan terlafaz talak yang kedua? Atau cinta sejati milik Zarel Razzi mampu mengubah jalan cerita cinta mereka? 
Segala-galanya telah tertulis dalam novel takdir-Nya.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment