KOMBO IKP

Pre-order untuk novel Feb 2018 sehingga 04 Mac 2018
1.....
Tajuk : SATU CINTA - LIMITED EDITION
(2 cerita dalam 1)

Penulis : Laydee Amarfi(Kau Kata Kau Cinta) 
& Farah Darianna (Kekasih Semalam)

Harga : RM 28(SM)/ RM31(SS) +
Postage : RM8(SM)/RM12(SS)

Sinopsis :
# KAU KATA KAU CINTA (Laydee Amarfi)
Mendengar berita dirinya bakal menjadi bapa, reaksi Amri langsung tidak seperti yang Falihin jangka. Cinta Amri rupanya hanya terhad untuk Falihin seorang saja.
I already planned out my life for the next 3 years. A baby doesn’t fit in there. – Amri
Baby ni membesar dalam perut I, sikit pun tak akan mengganggu life you.– Falihin

Menyangka semua itu hanya sementara, Falihin beralah. Memberi masa untuk Amri menerima. Tapi, kesukaran Amri untuk membuka hatinya menerima titipan Allah itu menimbulkan ribuan rasa dan impak. Silapnya Amri dalam membuat keputusan, dia langsung tidak sedar bahawa takdir-Nya adalah sesuatu yang harus diyakini, bukannya dikesali.
# KEKASIH SEMALAM (Farah Darianna)
Memilikki Qaisara sebagai isteri itu adalah trofi besar buat Hadif. Bertahun memendam rasa, akhirnya si dia yang dipuja jatuh dalam pelukan. Namun, jalan yang ditempuh bukan semudah dia membawa lamaran untuk Qaisara.
“Saya menyesal kahwin dengan awak. Saya rasa bersalah dengan Aariz. Saya khianati dia.” – Qaisara
Hati Qaisara itu terbelah dua. Antara cinta pada Hadif dengan setia pada Aariz. Dirantai kenangan silam buatkan rumah tangga mereka berantakan. 
“I was the moon but you chased the stars.”- Hadif

Qaisara bukan batu. Dia manusia yang dikurnia deria. Bohonglah kalau dia tidak terasa bila Hadif berubah dingin akibat kesilapan diri. Bagaimana pula dia mahu meraih kembali perhatian seorang suami?
*************
2.....
Tajuk : JADI MENANTU PILIHAN
Penulis : Cik Amal Amina
Harga : RM 25(SM)/ RM28(SS) +
Postage : RM8(SM)/RM12(SS)

Sinopsis :
“Jom kita kahwin!” – Farhan.
Sebaris ayat tersebut buat hidup seorang Zara jadi huru-hara. Tak pernah terfikir olehnya untuk menjadi isteri pada Ahmad Farhan, anak jiran sebelah rumah yang sudah dianggap sebagai abang sendiri.
“Pasal apa abang hantar rombongan meminang?” – Zara.
“Sebab abang nak kahwin dengan Zaralah…” – Farhan. 
Menjadi tunang kepada Farhan@paan itu tidak mudah. Tetapi lagi sukar menyandang gelaran yang halal di sisi lelaki tersebut. Ada saja langau yang datang menghimpit.
“Yup, bakal madu! Saya kan nak nikah dengan Dr. Farhan.” – Maya.

Tak cukup dengan Maya yang menggoda, datang pula cinta pertama si suami.
“Aku akan pastikan Farhan jadi hak aku balik! Aku yakin dia masih cintakan aku. Aku ni cinta pertama dia.” – Suraya.
Tapi sedikit pun Zara tak melatah. Dia mula mengatur strategi dalam menepis segala cubaan merampas. Namun bila soal anak dibangkitkan, Zara mula kalah. Dia menjadi takut akan kehilangan suami sendiri.
Mampukah Zara terus bertahan menjadi yang halal buat suaminya bila orang-orang yang mahu merebut Dr Ahmad Farhan itu tak pernah jemu berusaha dan tak pula ada rasa malu?


atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment