SUPERHERO HATI ~ WARDINA AISYAH

RM25.00 SEM / RM28 SS
poslaju RM8 SEM / RM12 SS

“Adam marahkan abah, ya? Abah mintak maaf, sayang... Abah tak sengaja datang lambat. Dekat hospital tadi ramai sangat orang sakit. Sebab tu abah datang lambat.” Akasyah memulakan bicara dengan menjelaskan kelewatannya kepada anak kesayangannya itu. Dia tidak mahu Adam menyangka dia sengaja datang lambat. Namun sebaliknya yang terjadi. Adam menarik muka. Abahnya asyik sibuk dengan urusan di hospital. Sampaikan hati anak yang terluka pun tidak dihiraukan. Adam kecewa dengan sikap abahnya yang dirasa mementingkan diri sendiri. 
“Adam please... Janganlah macam ni. Abah bukan sengaja nak buat Adam tunggu lama. Abah mintak maaf ya, sayang.”Adam cebik. Tak kuasa melayan abahnya. Asyik maaf, maaf, maaf! Itu saja yang abah tahu bila dah buat salah. Hati Adam yang sekeping ini langsung tidak dijaga. Dibiarkan terluka dan terus terluka. Adam kecewa, tersangat kecewa!
“Adam...” Akasyah merayu. Sengaja dicebir bibirnya untuk menagih simpati si anak yang sedang memprotes.
“Malaslah nak layan abah. Abah selalu mungkir janji.” Akhirnya suara Adam bergema juga. Wajahnya masih dibuang ke luar tingkap. Langsung tidak mahu memandang wajah abah yang telah mencalar hati kecilnya ini. Akasyah hela nafas. Kata-kata Adam diakui kebenarannya. Memang dia selalu sahaja memungkiri janji. Tapi dia bukannya sengaja. Kesibukan sebagai seorang doktor pakar di sebuah hospital terkemuka membuatkan dia kadangkala lupa pada janjinya terhadap si kecil ini. Tapi itu bukanlah bermakna Adam tidak penting dalam hidupnya. Adam merupakan segala-galanya. Tanpa Adam, hidupnya ini menjadi kelam.
“Abah tahu abah salah. Maafkan abah, please...” pinta Akasyah sekali lagi mengharap kemaafan anaknya itu. Serentak itu kepala Adam menunduk. Dadanya terasa sesak. Kelopak matanya mula digenangi air hangat. Alangkah indah andai dia masih ada mama seperti kawannya yang lain. Tentu hidupnya tidak sunyi seperti ini. Tentu mamanya akan lebih menghargai masa bersamanya. Namun Allah lebih sayangkan mama. Dia tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu. Dia ditinggalkan sejak lahir lagi. Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir ke pipi. Esakannya mula memenuhi ruang kereta yang bergerak laju.Mendengar tangisan si anak, Akasyah memperlahankan pemanduan. Kemudian dia menghentikan kereta di bahu jalan. Tubuhnya dipalingkan menghadap Adam yang mula menangis teresak-esak. Rasa bersalah menguasai diri.
“Maafkan abah, Adam. Memang abah yang bersalah. Abah tak patut biarkan Adam tunggu lama kat sekolah tadi. Maafkan abah, sayang. Please... Jangan menangis,” pujuk Akasyah. Dia tidak sanggup melihat anak kecil itu menangis di depannya. Walau sesibuk manapun dia, kasih dan sayangnya pada Adam tidak mungkin berkurangan. Adam adalah hartanya. Satu-satu harta peninggalan arwah isteri yang amat disayangi.
“Abah tak sayangkan Adam,” ucap Adam dengan air mata bercucuran ke pipi.
“Jangan cakap macam tu. Abah sayang sangat dekat Adam. Adam satu-satunya anak abah. Harta abah, nyawa abah.”
Demi Allah, anak itu merupakan segala-galanya pada Akasyah. Harta yang tak terhingga nilainya.
“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama, tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” Hati mana tidak tersentuh mendengar anak sekecil Adam berkata begitu? Apatah lagi tangisan si anak yang mula menampar pendengarannya. Menyeksa batinnya. Lantas dia menarik tubuh kecil Adam ke dalam pelukan. Diusap rambut anaknya penuh kasih.
“Maafkan abah, sayang. Abah tahu abah bukan ayah
yang terbaik, tapi... abah terlalu sayangkan Adam. Adam segala-galanya pada abah.”

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment