SEMAHAL LAFAZMU ~ HASH AULIA

PRE-ORDER
*Hanya dijual ONLINE sahaja. 
Tiada di mana-mana kedai buku.
PRE-ORDER bermula 10 JAN - 10 FEB 2018.
RM 40 (SM) / RM 47 (SS)
termasuk poslaju

PRINT ON DEMAND
LIMITEDPRINT

SINOPSIS 👇👇
💮 SEMAHAL LAFAZMU💮
'Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.'
Itu prinsip Adellia Hazen sebelum ini. Tapi, selepas melangkah ke dalam keluarga "kandungnya", terus saja prinsip itu jauh tercampak entah kemana. Setiap masa, Adellia terasa seperti ingin menamatkan riwayat sendiri.
Sungguh!
Berdepan dengan lelaki yang dikatakan abang kandungnya, hidup menjadi lintang pukang. Berpusing 360 darjah.
Lelaki itu pelik. Sikapnya lain macam. Buat dia seram sejuk setiap kali mata bertentang mata.
"Adik jaga abang baik-baik, barulah abang jaga adik sepenuh hati." Reez Hyaikal.
Ayat itu kedengaran janggal dipendengarannya. Namun, entah kenapa hati terusik dengan setiap tingkah si abang. Dalam diam, Adellia memendam rasa. Menyembunyikan perasaan terlarang dek kerana status.
Jiwa terseksa. Hati pedih. Tetapi, dia harus menelannya.
"Abang yang baik, adalah abang yang selalu menjaga kebajikan si adik. Yang selalu melindungi adik. Yang selalu.."
"Menyayangi si adik? Kalau macam tu, we should get married."
Dia dah cakap dah! Segalanya tentang Reez Hyaikal meninggalkan seribu persoalan yang mana dia tak mampu ungkapkan. Sehinggalah terluah sebuah lafaz yang tak diduga, sekali lagi, Adellia Hazen terhenyak dalam kekeliruan.
"Apa lagi rahsia yang korang kena sembunyikan? Apa lagi penipuan yang korang sedang rancangkan? Semua ni main-main ke di mata korang?" Adellia
"Sekali aku melafazkan, tak ada istilah main-main, Hazen. Semuanya terpulang pada kau untuk mentafsirkan." Reez
Macam mana dia nak tafsirkan kalau semua ini sebuah permainan? Hati dah tercalar. Jiwa dah robek. Tiada istilah peluang kedua setelah kepercayaan dikhianati. Melainkan, sebuah perpisahan.
Adellia nekad. Langkah kaki, dia bawa tanpa arah tujuan. Dan dia tak akan sesekali menoleh lagi.
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment