KOMBO DEJA

OFFER KOMBO LEBIH JIMAT!!
promosi sehingga 15 februari 2018
Sinopsis
DEVIL OF MY LIFE
Bermula dengan pertemuan dengan seorang anak guaman disebalik 'pagar besi', hidup Rasya Imani berubah sepenuhnya apabila dia diculik oleh anak guamannya sejurus kes itu selesai. Nasibnya malang apabila dia diculik dan dibawa ke sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Sebuah pulau yang penuh dengan kuncu-kuncu si 'Devil' yang ganas dan bersenjata. Silap sikit, mungkin kepalanya bakal hancur ditembusi peluru kuncu-kuncu si 'Devil' yang sentiasa berkawal diseluruh pulau tersebut.
"Perlu ke kau culik aku macam ni?. Kau tahu kan apa akibatnya dari perbuatan kau ni?." ~ Rasya Imani.
"Aku memang dilahirkan untuk melanggar undang-undang. Dan kau pula? Dilahirkan untuk pertahankan aku dengan pengetahuan yang kau ada didalam mahkamah." ~ Norman Daniel Eduardo.
"Bukan ke kita ibarat pasangan yang serasi? Kau tak rasa ke tanpa penjenayah macam aku ni, peguam macam kau tak akan dapat kerja?." ~ Norman Daniel Eduardo.
"Kau nak apa sebenarnya dari aku, Daniel?. Aku dah sedaya upaya bantu kau dan kes kau pun dah selesai. Tolonglah lepaskan aku. Kau nak apa?!. Beritahu aku cepat!. Aku tak ada masa nak layan kegilaan kau ni la, Daniel!." ~ Rasya Imani.
"Aku nak kau.. Welcome to hell, Rasya!" ~ Norman Daniel Eduardo.
JAHANAMNYA CINTA
Ayden Ryqal. Satu nama yang menjadi satu sumpahan buat Luna Nadira sejak kematian kekasihnya, Haiqal dan membuatkan dia menyimpan satu dendam buat Ayden Ryqal serta sanggup melakukan apa saja demi memusnahkan hidup Ayden Ryqal, termasuklah mengahwini lelaki itu secara paksa rela. 
“Aku tak bergurau, Sha. Aku betul-betul nekad nak kahwin dengan dia..” – Luna Nadira. 
“Luna, kau tu perempuan tau. Kalau dia dah kahwin dengan kau, secara automatik kau jadi milik dia. Dia boleh buat apa saja pada kau, dia tu musuh kau tau.” – Natasha.
“Sebab dia musuh akulah, aku pilih dia untuk jadi suami aku..”- Luna Nadira.
Luna Nadira telah bersumpah diatas kematian Haiqal bahawa dia akan memusnahkan hidup Ayden Ryqal namun mampukah sumpah itu bertahan setelah segalanya berlaku sebaliknya? Adakah cinta yang menjahanamkan hidup Luna atau sebenarnya dia adalah si penjahanam cinta?.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment